Ahad, 4 Februari 2018

LEMON CUPCAKES with LEMON BUTTERCREAM







Bahan-bahan:

A) Kek3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1/8 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan + 2 sudu besar gula caster
1 sudu besar parutan kulit lemon
1/2 cawan mentega tanpa garam - dilembutkan
1 biji telur saiz L
2 biji telur saiz L (putih telur sahaja)
1/2 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan + 3 sudu besar buttermilk
1 1/2 sudu besar jus lemon tablespoon

B)Sirap Lemon:1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar gula

C)Lemon Buttercream Frosting:1/2 cawan mentega tanpa garam + 1/4 cawan mentega bergaram
1 1/2 sudu kecil parutan kulit lemon
2 1/2 cawan gula icing
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar heavy cream
1/2 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu kecil
Kepingan lemon atau gula-gula lemon dan daun pudina sebagai hiasan (jika perlu)

Cara membuatnya:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 Celsius.
  2. Ayak tepung serbaguna dan tepung kek terlebih dahulu. Kemudian campurkan dengan baking soda, baking powder dan garam, gaul sebati.
  3. Kisar gula dan parutan kulit lemon dengan menggunakan 'food processor' sehingga halus.
  4. Selepas itu, pukul mentega bersama campuran gula itu tadi sehingga kembang dan berwarna pucat. Masukkan telur, kacau. Kemudian masukkan telur putih satu persatu dan pukul sehingga sebati. Selepas itu masukkan esen vanila, kacau sehingga sebati.
  5. Campurkan 1/3 tepung dengan bancuhan mentega berselang seli dengan 1/2 buttermilk secara 3 peringkat. Kacau sehingga sebati.
  6. Tuang secara sama rata kedalam setiap acuan cupcake. Bakar sehingga masak.

Untuk membuat sirap lemon:

  1. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau sehingga gula menjadi larut.
  2. Sapukan sirap ini di atas setiap kek yang telah siap dimasak. Sapukan semasa kek masih suam.

Untuk frosting:
  1. Pukul mentega dan parutan kulit lemon sehingga kembang. Masukkan 1 cawan gula icing, jus lemon, heavy cream, esen vanila dan ekstrak lemon. Pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan lebihan gula icing dan pukul sehingga menjadi kembang. Paipkan frosting ini di atas kek dan hiaskan dengan kepingan lemon/gula-gula lemon dan daun pudina.




Tiada ulasan: