Isnin, 21 Mei 2018

GULAI SIPUT SEDUT MASAK CILI API DAN AYAM GORENG MAMAK






RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
BAHAN - BAHANNYA

  • 1 kg siput sedut
  • 3 batang serai, diketuk
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1200 ml santan cair
  • 400 ml pati santan
  • Garam secukup rasa

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili padi (optional)

CARA MEMBUATNYA
  1. Siput sedut dicuci bersih, kemudian kerat hujung siput (kerat pada bahagian senggan ketiga dari atas), buat hingga siap dan masukkan ke dalam bekas besar. Tuang air hingga penuh cuci sekali lagi dan toskan. Ulangi proses ini sekali lagi, tapi kali ini anda cedok siput tadi guna tangan dan masukkan dalam tapis, tujuannya untuk mengelakkan serpihan2 bahagia siput yang dikerat tadi ikut termasuk sekali. Ketepikan.
  2. Masukkan siput sedut yang telah dibersihkan ke dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau rata dan biarkan menggelegak., Kacau perlahan.
  3. Tuang santan pekat, masukkan daun kunyit. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan kacau sentiasa. Tambah garam secukup rasa Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.

AYAM GORENG MAMAK
Bahan2:
  • 7 ketul ayam
  • 2 Sudu besar Tepung beras.
  • 1 Sudu kecil Tepung jagung.
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 Sudu kecil serbuk lada putih.
  • 2 Sudu kecil Serbuk kunyit.
  • 2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
  • 1/2 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
  • Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 5 ulas + Halia 2 inci
  • 3 Tangkai daun kari
  • 1 kg minyak untuk goreng.
  • 1 sudu kecil gula( kalau bubuh aji tak payah bubuh gula)
  • Garam Secukup rasa
  • 2 biji putih telur
  • Air secukupnya untuk bancuhan..

Cara2:

  1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan toskan @ keringkan air basuhan ayam...
  2. Selepas air dah tos, masukkan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ayam...
  3. Kemudian, masukkan semua bahan2 lain dan gaul sebati.. Air masukkan sedikit demi sedikit..
  4. Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang sesuai..Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah sedikit air...Kelikatan tepung adalah amat penting diberi perhatian..,sekiranya terlalu cair tepung ini akan terlerai dari dari ketulan ayam..dan kalau terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng ler pulak...
  5. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut makanan dan perapkan dalam peti sejuk bahagian beku selama 1- 2 jam atau lebih supaya bahan2 rempah ini serap kedalam isi ayam...
  6. Selepas cukup masa perap, boleh laa goreng ye..Maka dinasihatkan agar test goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bancuhan tadi cantik kejadiaannya atau tak..
  7. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukupnya ( ayam perlu tenggelam dalam minyak)...Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan gorengan..suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik...
  8. Untuk gorengan yang cantik ,jangan masukkan terlalu banyak ayam dalam satu2 masa..Api dapur perlulah sentiasa diawasi supaya ketulan ayam tidak hanya masak diluar tapi masih berdarah didalam..pada satu2 masa cuma masukkan 4-5 ketul ayam dalam kuali yang sederhana besar pada api yg sederhana..gorengan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit...
  9. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung..
  10. Goreng ayam tak perlu terlalu lama..Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam...





Tiada ulasan: