Ahad, 13 Mei 2018

Red Pearl Cookies



150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang


  1. Mula-mula kita satukan butter dan gula.
  2. Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata
  4. Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
  5. Sudukan atas dulang pembakar
  6. Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
  7. Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
  8. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
  9. Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
  10. Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


Tiada ulasan: