Khamis, 7 Jun 2018

Kuih Tart Nenas Landak Yang Gebu dan Sedap



Bahan bahan:
  • 300 gram tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar gula ising
  • 200 gm butter Anchor
  • 2 kuning telur
  • 1/2 kg jem nenas 
  • Kuning telur + pewarna kuning telur 


Cara-cara:
  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
  2. Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan kuning telur dan satukan menjadi doh. Simpan selama 20 minit di dalam peti ais.
  3. Bulat bulatkan doh, kemudian dileperkan dan masukkan inti yang telah dibulat bulatkan Kemudian ditutup kemas dan dibentukkan seperti buah nenas. Gunting mengikut corak disukai. Cucuk bunga cengkih di bahagian atas, jika suka.
  4. Susun doh yang telah siap di atas dulang pembakar. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven 180C selama 20 minit atau sehingga masak. 

Nota:


Jika suka, kuning telur untuk disapu atas tart boleh juga diletakkan sedikit pewarna kuning telur.


Inti Tart Nenas
Bahan bahan:
  • 1 Ib isi nenas parut 
  • 1/2 Ib gula pasir 
  • Bunga cengkih dan kayu manis
  • Daun pandan
  • Sedikit pewarna kuning - opsyenal 

Cara cara:
  1. Nenas diparut dan ditoskan airnya. Boleh juga jika nenas dihancur menggunakan food processer. Kemudian timbangkan isi nenas.
  2. Masukkan semula, nenas, jus nenas, gula, daun pandan serta bunga cengkih dan kayu manis ke dalam kuali dan masak di atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga ianya tak melekat di daun pandan dan berkilat. Jangan terlalu kering.
  3. Sejukkan dan siap untuk digunakan.


Sumber





Tiada ulasan: