Memaparkan catatan dengan label Pakej Rahsia Bun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pakej Rahsia Bun. Papar semua catatan

Khamis, 30 November 2017

TIP UNTUK MEMBUAT PAU



Bagi sesapa yg berminat untuk membuat kuih pau..di sini ada beberapa maklumat yg buleh dijadikan panduan :

1. Bagaimana cara mengawal suhu supaya pau sentiasa masak dan licin?
  • Mudah untuk mengawal suhu dengan menggunakan api letrik atau gas tetapi pastikan dapur bukan di tempat yg berangin kerana ini boleh menjadikan api “tidak stabil”.
  • Bila anda kurangkan air, wap pun akan berkurangan dan ini akan mengganggu pau dari menjadi kembang sepenuhnya.
  • Semasa mengukus, api hendaklah sederhana, tidak terlalu banyak wap. Anda tidak boleh menurunkan/mengecilkan api semasa Pau berada didalam pengukus.

2. Tidak semua pau saya menjadi licin.
  • Mungkin anda tidak membiarkan doh pau kembang 2 kali ganda (kali pertama selepas diuli). Ketika ini juga, doh mesti ditutup dengan tuala bersih. Bila doh (kali pertama) sudah betul-betul kembang, barulah diuli ke saiz asal semula, isikan inti kemudian bentukkan bulat dan letak atas kertas kalis minyak. Tutup sekali agi dengan tuala dan biar kembang semula.
  • Anda mesti pastikan doh Pau benar-benar gebu sebelum mengukusnya kerana jika ia belum kembang sepenuhnya, ia tidak boleh kembang maksima (licin) bila dikukus.

3.Adakah anda meletakkan terlalu banyak pau di dalam pengukus pada satu masa?
  • Pastikan ia agak renggang supaya wap kukusan dapat berlegar ke seluruh pau-pau itu.

4. Adakah pengukus kayu membantu dlm hal ini?
  • Pengukus kayu/buluh hanya akan memberikan bau yg berbeza dari pengukus aluminium. Hanya pastikan penutup kukus (kelilingnya) dibalut dengan kain (jika agak renggang) supaya wap terperangkap di dalam pengukus.

5. Setelah PAU masak, padamkan api dan biar wapnya REDA seketika sebelum membuka penutup kukusan itu. Ini juga akan menghalang kulit pau menjadi “kedut-kecut” serta-merta dengan perubahan suhu mendadak itu.



Untuk mendapatkan pau yang lembut, selain resepi dan cara membuat yang betul, tepung pau adalah sesuai untuk membuat pau. Tepung gandum – pau akan menjadi kuning dan keras. Selain itu menguli dengan mesin adalah langkah yang terbaik untuk mendapatkan pau yang lembut, putih dan gebu. Kebiasaaannya menguli dengan tangan tepung pau masih bergentel dan pau yang di kukus teksturnya agak kasar





Inilah persediaan jika anda dibuang kerja



Pernahkah anda terfikir sekiranya anda kehilangan pekerjaan suatu hari nanti.Bagaimana jika kilang tempat bekerja anda ditutup atau berpindah. Ramai yang telah mengalami nasib seperti ini. Bagaimana jika berlaku pada diri anda suatu hari nanti. Bagaimana anak-anak dan keluarga anda.Adakah anda sanggup membiarkan mereka kesusahan dan kelaparan.

Inilah masa terbaik mempelajari ilmu yang membolehkan anda 'survive' dalam apa juga keadaan. Bersiap sedia dari sekarang. Ilmu masakan adalah yang terbaik membantu menjana pendapatan.Bisne bun mudah dimulakan dengan modal yang rendah. Kos memulakannya amat rendah dan peralatannya telah sedia ada di rumah anda.




Rabu, 29 November 2017

Bagaimana buat Bisnes Bun, Pau di rumah?



Ya, bisnes bun boleh dibuat hanya dirumah. Ramai yang telah berjaya. Caranya dengan membekalkan bun, pau dan pizza anda ke kedai-kedai berhampiran seperti kedai makan, warung, kantin, pasar malam, kedai runcit dan banyak lagi. Malah anda boleh menjual di depan rumah anda dengan menggantung bun dan pizza dipintu luar rumah anda. Inilah permulaan yang baik dalam bisnes bun dan pau anda.



Nak sangat belajar Resepi Bun ....


Memang ramai yang berminat membuat sendiri roti bun, pau dan pizza di rumah. Namun mungkin ada yang rasa bimbang akan masalah seperti dibawah


  • Tiada asas dalam cara buat roti bun, pau dan pizza. Memang tak pernahlah buat roti bun dan pau. Takut nak cuba dan tak jadi.
  • Tidak tahu bentuk bahan-bahan dan sukatan yang betul dalam pembuatan bun dan pau. .
  • Tidak tahu teknik yang betul dalam menguli, membahagikan doh, membulatkan doh, gliss dan menjadikan bun berkilat.
  • Pernah buat roti bun dan pau. Tapi tak sedap dan lembut seperti di kedai.
  • Pernah pergi kursus belajar. Tapi bila balik, buat sendiri tak jadi juga. Sebab terlupa apa yang dipelajari di kursus
  • Mencuba banyak resepi dari kawan-kawan. Tapi semuanya tak menjadi. Letih dah buat dengan cara yang tidak betul.

Pakej ini akan mengajar anda dari asas sehingga pandai. Ia sangat terperinci. Anda diajar dari menimbang bahan, menguli, membulatkan doh sehinggalah siap roti bun, pau dan pizza yang lembut dan sedap. Panduan di dalam pakej ini ditunjukkan melalui video bersuara step by step.