Memaparkan catatan dengan label BIHOON. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BIHOON. Papar semua catatan

Ahad, 3 Jun 2018

MEE HOON LADA SULAH






Bahan-bahan:
*6 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Kisar semua bahan2 * di atas
1 Paket Bihun (direndam dalam air biasa sampai kembang)
3 genggam udang yang telah dibuang kulit
1/2 paket Mix Vege
3 genggam taugeh
sedikit crabstick (dihiris nipis)
boleh ganti/tambah dengan daging atau dada ayam
telur dadar yang potong nipis
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cuka
lada sulah dan lada hitam secukupnya
sedikit air garam
cili hidup yang dihiris nipis
bawang goreng
Jika suka, boleh tabur daun bawang, daun sup atau daun kucai.

Cara-cara:
  1. Tumis bahan kisar tadi hingga naik wangi
  2. Masukkan sos tiram,cuka lada sulah,lada hitam mix vege,crabstick dan udang...
  3. Bila dah naik bau, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan semua bihun tadi. Akhir sekali masukkan Taugeh. Kacau rata. Rasa dan tambah lagi serbuk sos tiram/lada hitam/lada sulah/garam/cuka jika perlu. Tutup api dan boleh la dihidangkan panas2. Hias dengan hirisan telur, cili hijau/merah dan juga bawang goreng



Sumber




BIHOON GORENG TAUCO



200 gram mee hoon
3 camca besar pes cili*(*resipi dibawah)
100 gram taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 keping fish cake, hiris
15 ekor udang sederhana besar, bersihkan'
1 1/2 camca besar taucho
1 camca besar sos tiram
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tomato
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan'

Bahan Pes Cili2 1/2 cawan cili kisar
1 biji bawang besar saiz sederhana*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 camca besar udang kering, rendam, cuci dan toskan*
2 camca besar ikan bilis, rendam, cuci dan toskan*(*kisar halus)
1 camca besar jus asam jawa yang pekat
Garam dan gula secukup
Serbuk perasa secukupnya (yang ni mat tak letak, cuma tulis saja)

Untuk pes cili
Panaskan minyak dalam kuali, kena lebih sikit. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menunis hingga garing dan terbit minyak, guna api sederhana, dan dikacau selalu. Tambah jus asam jawa, gula secukup rasa dan sedikit garam (garam jangan banyak, bagi rasa lemak saja dah ok). Masak sekejap lagi dan boleh matikan api, biar sejuk boleh letak dalam botol, simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian..

Cara penyediaan

  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan biar mengeras sikit, kacau hingga separuh hancur, tolak tepi kuali. Masukkan pes cili, taucho bersama sos tiram dan sos tomato. Tambah udang, fish cake dan tauhu, gaul rata bersama telur tadi, tuang sedikit air. Biar mendidih.
  2. Kemudian masukkan mee hoon tadi, kacau hingga rata. Masak sekejap, tambah taugeh dan gaul. Kemudian rasa jika kurang masin, renjiskan dengan sedikit kicap cair. Bila dah ok boleh matikan api. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili merah

Rabu, 23 Mei 2018

BIHUN TOMYAM THAI





Bahan-Bahannya:1/2 bungkus bihun - dicelur hingga lembut dan disejatkan.

Bahan untuk kuah tomyam:
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 3 sudu makan pes tomyam
  • 2 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 inci lengkuas - dihiris nipis
  • 1 biji karot - dipotong 1 inci dan dibelah dua
  • 1 batang seleri - dihiris serong
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 5 biji cili api - dititk
  • 3 cawan air
  • 3 sudu makan nampla (sos ikan)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji limau nipis
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 pokok daun sup

Cara-caranya:
  1. Didihkan 3 cawan air.
  2. Masukkan bawang besar,serai dan lengkuas. Biarkan mendidih sebentar
  3. Masukkan ayam dan karot. Biarkan hingga mendidih.
  4. Maukkan pes tomyam, nampla, garam dan sedikit serbuk perasa.
  5. Masukkan cili api, tomato, batang seleri, jus limau nipis dan daun limau purut. Biarkan sebentar.
  6. Akhir sekali masukkan daun sup.Kacau rata dan tutup api.
  7. Masukkan sedikit bihun ke dalam mangkuk dan masukkan kuah tomyam.

Selamat mencuba


Sumber






MEE HOON BAKSO





Bahan Mee
  • 1 bungkus mee hoon (rendam dan celur sebentar )
  • Taugeh
  • Kobis ~ di hiris halus
  • Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • Bawang goreng

Bebola Daging
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah ~ di cincang halus
  • 2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
  • 1/2 biji telur ~ 1 biji telur di kocok tapi ambil 1/2 sahaja
  • 2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Satukan daging bersama bawang putih, bawang merah, lada sulah, garam, tepung jagung dan telur.
  2. Kemudian gaul rata (Adunan juga boleh diblend) Kemudian diuli-uli biar padat sedikit
  3. Bulat-bulatkan sebesar guli
  4. Ketepikan

Tauhu sumbat daging
  • 2 kepig tauhu belah 2 segi tiga
  • Belah tengah tahu dan sumbatkan dengan adunan bebola daging tadi.
  • Rebus dalam api perlahan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

Kuah Bakso
  • 1/2 kg tulang
  • 2 biji bawang merah ~ dihiris
  • 3 ulas bawang putih ~ di cincang halus
  • 1/2 inc halia
  • 2 sudu teh lada sulah
  • 1 batang serai dititik
  • 1 kiub pati daging atau pati ayam
  • garam secukup rasa
  • 1 bungkus sup bunjut (kalau suka)
Cara menyediakan kuah bakso
  1. Mula-mula ... rebus dahulu tulang hingga daging pada tulang empuk
  2. Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumiskan bahan hiris, halia dan serai hingga harum
  3. Kemudian masukkan dalam air rebusan tulang tadi
  4. Masukkan sup bunjut, kiub daging dan rasakan dengan garam secukup rasa
  5. Bila dah mendidih kuahnya, masukkan bebola daging kita tadi
  6. Bebola daging akan masak bila ia timbul di permukaan kuah
  7. Biar renih sekejap dan telah tersedia lah kuah bakso kita
  8. Bakso dimakan bersama mi hoon yang kita dah celur tadi, taburkan taugeh, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng
  9. Tuangkan kuah bersama bebola daging. Boleh dimakan bersama sos atau sambal kicap dan tahu sumbat daging tadi

sambal kicap
  • lada cili api
  • lada merah
  • bawang putih 1 ulas (goreng sekejap untuk bau sambal yang harum)
  • tumbuk hancur semua bahan
  • kemudian masukkan dlm bekas dan masukkan kicap serta perah limau nipis

Sumber