Khamis, 21 September 2017

APAM NASI







resepinya

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras ( sy guna cap teratai)
  • 2 cawan nasi yg da sejuk
  • 2 sdt yis mauripan
  • 2 1/2cawan air biasa
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 paket eno biru (xde pun xpe)
  • Sedikit pewarna..

Caranya
  1. Satukan nasi + gula+ air biasa dalam blender.. kisar hingga nasi hancur..3minit lebih kurang.
  2. Satukan tepung beras+tepung gandum+yis kering dalam satu bekas.. masukkan bahan kisar.. gaul rata.. masukkan pewarna kesukaan. .. gaul rata.. nak guna senduk atau tangan terpulang 
  3. Peram selama 3 jam ( kalo malas.. peram mlm esok paginya baru kukus)
  4. Panaskan kukusan hgg air mendidih. . sapu minyak pada acuan..
  5. kacau adunan utk buang angin.. masukkan eno. . masukkan adunan hampir penuh acuan.. kukus selama 15mnt. .. api sederhana.. jika nak apam agak merekah guna api kuat (balut tutup kukusan supaya air x menitis atas apam)
  6. Sedap dimakan dengan kelapa parut+sedikit garam. .

Jumaat, 15 September 2017

Kek Milo Viral




2cwn penuh milo
1sdk esen vanilla
3biji telur
2sdb susu pekat manis

  • pukul telur/esen vanilla/ susu sehingga kembng, 
  • lepas tu masukkan milo ..
  • putar sekejap smpi sebati ..gune senduk kayu pon boleh ... 
  • Then bakar lah ikut suhu oven masing2 ..mekza pny oven 200°c - 40minit 


Sabtu, 9 September 2017

Udang Percik



Bahan-bahan

  • 4 ekor udang besar
  • *1/2 biji bawang besar@ 4 biji bwg merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 batang serai - hiris
  • *1 inci halia
  • *3cm kunyit hidop
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sk halba
  • sehelai daun kunyit - hiris halus
  • santan kelapa
  • gula melaka
  • garam

Cara-cara

  1. Blend bahan yg bertanda *.
  2. Tumis bahan blend dan juga cili kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan, garam, gula melaka dan juga halba.
  4. Masukkan udang. Masak setengah masak sahaja. Angkat. Lebihan kuah tadi masak hingga kuah pekat. Taburkan daun kunyit dan matikan api.
  5. Bakar udang atas bara api dan balik2kan.
  6. Dah masak, tuangkan lebihan kuah percik tadi ke atas udang.Siap utk dihidang.

Jumaat, 8 September 2017

Ayam Percik Versi Utara




Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz sederhana - Dibelah dua atau 4.

Bahan dikisar :

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu makan biji ketumbar
  • 2 batang serai
  • 3 -4 biji buah keras
  • 10 -15 tangkai cili kering rebus
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Cara :

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan sedikit air. Masak dan kacau hingga kuah mendidih.
  2. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  3. Masukkan ayam tadi kedalam kuah dan masaklah hingga ayam 1/2 masak.
  4. Setelah ayam 1/2 masak keluarkan ayam tadi dan ketepikan.
  5. Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat. Selalunya biar pecah minyak sikit baru sedap. Ini dinamakan kuah percik untuk dipercik keatas ayam yang sedang dipanggang. Simpan sedikit untuk buat sos cicah.
  6. Lumurkan ayam dengan kuah dan panggang atas api arang atau didalam oven.
  7. Balik-balikkan ayam tadi dan percik-percik kan kuah percik tadi keatas ayam mengunakan daun kunyit
  8. Panggang sehingga masak.

Sabtu, 2 September 2017

Ayam Percik Putih Kelantan





Bahan bahan

  • 1 ekor ayam - potong 4, buang kulit & dikelar
  • 1/2 keping asam keping
  • Garam 
  • Gula
  • 1 batang serai - ketuk

Bahan kisar:
  • 6 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 cawan santan pekat 

Bahan perap:
  • Bawang merah
  • Halia
  • Garam

Cara cara:
  1. Kisar beberapa biji bawang merah dan beberapa hiris halia dan lumur pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika. 
  2. Susun ayam dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang. Nota: Ayam boleh juga dikukus sehingga sehingga masak. Atau boleh juga dicelur seketika.
  3. Kisar pula bahan kisar iaitu bawang merah dan halia bersama santan. Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan bersama serai yang diketuk sehingga pekat. Nota: Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah. Ini adalah opsyenal. Kalau santan telah pekat, tak perlulah masukkan tepung.
  4. Masukkan garam, gula dan asam keping. Sesuaikan rasa.
  5. Kuah percik dilumur rata rata pada ayam yang sedang dibakar. Terbalikkan ayam dan bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga kuah percik melekat di ayam.