Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mei 2018

TALAPIA MASAK PEDAS THAI


#HomemadeByRoselyza




Bahan:
  • 1 ekor ikan talapia( if nak guna ikan siakap pun boleh)
  • 1sdb sos ikan 
  • 1sdb cili kisar (ni sy tambah)
  • 1sdb thai cili paste (ni sy tambah)
  • 5ulas bawang putih - cincang halus2
  • 7-8biji cili padi hijau -hiris
  • 1biji cili merah -cincang halus2
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 1cwn air
  • Daun limau purut (saya tambah)
  • Halia -hiris (yg ni sy tambah)
  • 1sudu olive oil -guna minyak masak pun boleh


Cara-cara :
  1. Ikan talapia salut dgn kunyit dan garam lepas tu goreng..ketepikan.Bahan cincang bawang, cili merah, cili padi, halia, ditumis.
  2. Masukkan satu sudu cili kisar, 1sudu pes cili thai, tambah sikit sos cili thai.tambah dengan air, masak hingga mendidih (kalau ikut video asal, dia x tmbah air, x ltk cili kisar @ thai cili pes, cuma gune minyak saje utk berkuah. Tpi ni sy adjust sendiri).
  3. Seterusnya masukkan lime juice, sos ikan, daun limau purut. Masak lagi hingga kuah agak pekat. Last sekali masukkan gula n garam secukup rasa.. 
  4. Siap, tutup api curah atas ikan ...

Boleh tahan lah rasa dia lepas adjust sendiri kan..mcm dh lari sngt dari video asal...tak pelah kita buat dia kan, bukan dia buat kita..




Ahad, 20 Mei 2018

IKAN KERISI GORENG MASAK TAUCU





Bahan2:3 ekor ikan kerisi
1 bawang besar hiris
3 biji bawang putih hiris
1 inci hali
2 sudu besar taucu
5 tangkai cili padi
Sedikit air asam jawa
Kicap manis saya pakai jalen
1 sudu Sos tiram

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak. Gorengkan ikan dengan serbuk kunyit hingga garing. Angkat.
  2. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia yang dihiris. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan taucu, air asam jawa, sos tiram
  4. Masuk cili padi. Gaul ratakan ikan. Angkat. Xperlu garam sbb taucu dah masin. Rasa dulu seblum angkat. Kalau perlu garam tambah sikit.



Jumaat, 18 Mei 2018

IKAN HARUAN MASAK LADA HITAM







BAHAN-BAHAN
Seekor ikan haruan yang telah dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan lendir dan dipotong kepingan.

  • 1 inci halia dihiris nipis
  • 3 ulas bawang kecil dimayang
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
  • Air
  • Garam

CARA-CARA
Didihkan semua bahan masakan kecuali ikan. Setelah air mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Biarkan ia merenih sehingga ikan masak dan ramuannya mesra. Perasakan dengan garam dan hidangkan.

Info
Ikan haruan yang mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak penting membantu dalam proses penyembuhan luka luar dan dalam menjadi hidangan utama bagi ibu selepas bersalin. Ikan ini biasa dimakan pada peringkat awal lepas bersalin. Luka bersalin biasanya sembuh dalam tempoh 2 minggu.



Isnin, 27 November 2017

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM




BAHAN-BAHAN

  • 500ml air
  • 3 ketul ikan tenggiri
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
  • 30gm halia
  • 3 biji bawang merah

CARA-CARA
  1. Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
  2. Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
  3. Kacau rata sebelum dihidangkan.

Info
Resepi ini membekalkan protein dan melawaskan pembuangan air kecil.



Khamis, 16 November 2017

SINGGANG IKAN TENGGIRI




BAHAN-BAHAN

  • ikan tenggiri 3 keping besar
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 7 ulas cili api
  • 2 cm lengkuas - dihiris nipis
  • 2 cm kunyit hidup - dihiris nipis
  • 3 keping asam gelugur
  • 4 cawan air
  • garam secukup rasa

CARA-CARA

  • Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  • Masakkan hingga kuah mendidih.
  • Sedia untuk dihidang. Sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih panas...

Isnin, 13 November 2017

IKAN BAWAL KUKUS ASAM JAWA







BAHAN-BAHAN

  • Ikan bawal dikelar sedikit
  • Dua keping halia dihiris
  • Sekeping kunyit hidup dihiris
  • 1 sudu teh pes asam jawa Adabi
  • Lada hitam ditumbuk
  • Garam

CARA-CARA

  1. Lumurkan kesemua bahan pada ikan dan kukus ikan sehingga masak.
  2. Hidangkan.

Sabtu, 17 Jun 2017

IKAN PERCIK MAK NGAH



Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan kembung (termenung) yang besar
  • 2 biji kelapa atau 1 paket santan serbuk (ambil santannya, anggaran satu mangkuk penuh)
  • 10 biji cili kering
  • 10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
  • Sedikit halia
  • 1 batang serai Sedikit belacan
  • 1 camca besar gula
  • 2 camca besar air asam jawa
  • Sedikit kunyit (ditumbuk)
  • Garam secukup rasa



Cara Penyediaan:
  1. Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar kedua belah badannya. 
  2. Setelah itu lumurkan dengan garam dan kunyit, kemudian bakarlah di atas dapur arang sehingga separuh masak. 
  3. Sementara ikan di atas dapur, eloklah sediakan kuahnya. 
  4. Bawang merah, cili kering dan halia digiling hingga lumat bersama belacan. Serai diketuk sedikit, setelah itu masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama santan. 
  5. Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. 
  6. Masaklah di atas api yang perlahan hingga pekat kuahnya. 
  7. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi. 
  8. Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi. 
  9. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya melekat pada ikan. 
  10. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Khamis, 15 Jun 2017

SUP IKAN HARUAN




Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan haruan
  • 2 cawan air
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • 1 sudu makan lada hitam – di tumbuk
  • 3 ulas bawang merah – di tumbuk
  • 2 ulas bawang putih – di tumbuk
  • 2 cm halia – di tumbuk
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara:
  1. Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.
  2. Bilas dengan air dan di tos. 
  3. Panaskan air sehingga mendidih dan Masukkan bawang putih, merah, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & sup bunjut.
  4. Kemudian masukkan lada hitam, garam,asam keping dan ikan. 
  5. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. 
  6. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera

IKAN ASAM REBUS




Bahan-Bahan :

  • Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
  • Tomato / kacang bendi / batang keladi
  • Serai - 1 batang (di ketuk)
  • Asam keping (3-4 keping)
  • Sedikit serbuk ikan bilis
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B : untuk di kisar
  • Lada kering (8-10 batang)
  • Bawang merah besar - 1 labu
  • Bawang putih - 2 ulas
  • Belacan - setengah inci
  • Kunyit - setengah inci

Cara-cara :
  1. Didihkan air di dalam periuk
  2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
  3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
  4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi) sehingga layu. 
  5. Matikan api dan sedia untuk di hidang.

Nama lain bagi masakan ini adalah "Lauk Malas".



Rabu, 14 Jun 2017

IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACAN




Bahan-bahan :-

  • ikan kembung yg telah dibersihkan
  • air (ikut berapa byk kita nak kuah dia)
  • garam, perasa
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 1 biji lada besar - hiris halus
  • Cili api - hiris halus - ikut nak pedas mana
  • 1/2 cawan asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit belacan
  • asam limau (optional) 

Cara-caranya
  1. Rebus ikan dengan air sehingga masak.
  2. Masukkan belacan & asam jawa, garam & perasa.
  3. Satukan kesemua bahan hirisan ke atas ikan.Perahkan asam limau.

Ini memang terbaik kalau makan dengan nasi putih ni.