Memaparkan catatan dengan label Biskut Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biskut Raya. Papar semua catatan

Ahad, 3 Jun 2018

JEJARI OATS






Bahan:
  • 250g mentega
  • 4 0z gula kaster
  • 2 cawan oats-dikisar
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum

Hiasan:(disatukan)
  • gula aising
  • tepung susu

Artikel asal: http://bit.ly/2pWvvzD

Cara:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan serbuk koko dan gaul sebati.Masukkan oats.Gaul lagi dan akhir sekali masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh.
  3. Bentukkan seperti jejari atau ikut suka.Bakar pada suhu 170'C selama 10-15 minit.
  4. Selepas ia sejuk golekkan biskut dengan gula aising dan tepung susu.



Sabtu, 2 Jun 2018

Biskut Snow Almond






Bahan A
  • 260gm mentega
  • 150gm gula kaster
  • 1 tsp esen vanila
  • 50gm serbuk badam

Bahan B
  • 300gm tepung red rose
  • 50gm tepung kastard
  • 50gm susu tepung
  • 40gm tepung jagung
Hiasan : Coklat masakan dan breadcrumb putih

Artikel asal: http://bit.ly/2pWvvzD

Cara-cara
  1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
  2. Canai dan terap dengan acuan di sukai.
  3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
  4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb





Jumaat, 1 Jun 2018

BISKUT ALMOND LONDON






Bahan-bahan:
  • 250g mentega
  • 125g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50g serbuk badam (optional)
  • 200g tepung jagung - ayak
  • 300g tepung gandum - ayak
  • 1 sudu besar tepung beras - ayak
  • 1 sudu teh baking powder - ayak
  • 200g kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50g badam cincang untuk hiasan
  • +/- 700g cokelat compound

Artikel asal: http://bit.ly/2pWvvzD

Cara Membuat:

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan serbuk badam dan kacau.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
  3. Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
  4. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
  5. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.
  6. Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.
  7. Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering. Siap disimpan.




SEMPERIT COKELAT






Bahan-bahan:
240 g mentega
3 sudu besar serbuk koko
120 g gula halus
2 biji kuning telur
150 g tepung jagung
80 g tepung kastard
230 g tepung gandum

Hiasan:cip coklat secukupnya

Artikel asal: http://bit.ly/2pWvvzD
Cara Memasak:
  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati
  2. Masukkan kuning telur dan pukul sebati lagi
  3. Selepas itu masukkan tepung gandum, tepung jagung ,tepung kastard yang telah diayak serta serbuk koko. Uli hingga menjadi doh lembut.
  4. Sapu dulang dengan mentega. masukkan doh dalam acuan bunga dahlia atau bergerigi. Picit doh di atas dulang.
  5. Hiaskan dengan taburan coklat cip di atasnya. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 15-20 min.





Isnin, 28 Mei 2018

Biskut Suji Kristal





Bahan-bahannya:-

Bahan A (diayak bersama)
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125gm gula aising
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (panggang terlebih dahulu)
1/2 sudu teh esen vanilla
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)


Pewarna:
Pewarna pink, hijau dan kuning


Hiasan:
Gula kaster


Cara-caranya:-

  1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna. Pukul perlahan sehingga menjadi doh 
  2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya. 
  3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10gm setiap doh. 
  4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar. 
  5. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit. 
  6. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kastor.
Sumber






Biskut Nestum Rangup



Bahan-bahan A :
1 cawan tepung gandum - ayak
1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar

Bahan-bahan B :125 gm butter
1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
1 tsp esen vanilla
1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
Buah ceri yang dipotong kecil
Cara penyediaan :

  1. Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. 
  5. Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. 
  6. Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
  7. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. 
  8. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



Ahad, 27 Mei 2018

Resepi Tart Nenas Gulung






Bahan-Bahan Tart Nenas Gulung250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum

jem nenas secukupnya ~ digentel dengan bulat2 (kecik sedikit dari guli)

Hiasan:1biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
Bancuh ketiga-tiga bahan ini sehingga sebati.

Artikel asal: http://bit.ly/2pWvvzD
Cara-cara membuat Tart Nenas Gulung

  • Ayak ke tiga-tiga tepung.
  • Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  • Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
  • Pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  • Perap sebentar supaya doh ini mesra.
  • Ketika membuat tart gulung ini buat la macam biasa ya.. (dari start picit doh kat acu tart tu, letak inti yang digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
  • Buat hingga adunan habis dan bakar sehingga masak dgn suhu 175 - 180C.
  • Bakar dalam anggaran 25 minit.
  • Angkat dan sejukkan atas rack dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.




Sabtu, 26 Mei 2018

BISKUT CHEESE






Bahan - bahan :250gm Mentega
180gm Gula Aising
2 biji Kuning Telur
250gm Tepung Ubi - sanggar 10 min
225gm Tepung Jagung
1/2 st baking powder
70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan

Artikel asal: http://bit.ly/2pWvvzD

CARA2:
  1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 kering.
  4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.
  5. Bakar 160C 15 -20 minit.






Jumaat, 25 Mei 2018

Black Sesame Fingers Cookies





Bahan A250gm mentega
180gm gula ising
1 biji telur

Bahan B250gm tepung gandum
100gm tepung ubi kentang
50gm susu tepung
100gm nestum - dikisar halus
2 sudu teh esen kopi
40gm bijan hitam

Bahan Hiasan : Bijan hitam dan putih/kuning telur

Cara-cara
  1. Pukul bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Uli hingga menjadi doh. Rehatkan selama 20 minit di dalam peti sejuk. Keluarkan dan uli semula.
  2. Bentukkan seperti jejari atau picit dengan nozzle. Sapu kuning telur dan tabur dengan bijan.
  3. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.







BISKUT PANDAN NESTUM






Bahan-bahan
  • 250gm mentega
  • 120gm gula icing
  • 50gm nestum (kisar kasar)
  • 300gm tepung redrose + 1/4 cwn
  • 1/4 cwn susu tepung
  • 2 sudu teh pandan paste
  • 1 sudu teh baking powder
  • sedikit pewarna hijau [ ikut suka nak letak atau tak ]

Untuk hiasan

  • 1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning
  • Nestum secukupnya

Cara-Cara
  1. Ayak dan satukan tepung, susu tepung dan baking baking. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan pandan paste dan pewarna hijau.
  4. Masukkan nestum dan putar (sekejap sahaja) hingga adunan sebati.
  5. Masukkan tepung red rose sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
  6. Terap dan sapu telur. Tabur nestum di atasnya.
  7. Bakar pada suhu 150'c dalam 15-20 minit.





Khamis, 24 Mei 2018

BISKUT COKLAT URAI






Bahan-bahan:250g mentega
140g gula halus
2 biji kuning telur
480g tepung gandum
50g serbuk badam
50g serbuk koko
2 sudu teh esen vanilla
Coklat urai - untuk hiasan

Cara:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla.
  3. Masukkan serbuk badam, serbuk koko dan juga tepung (untuk tepung dimasukkan sedikit demi sedikit) Pukul lagi hingga menjadi adunan yang lembut.
  4. Uli adunan dan kemudian terapkan dengan acuan.
  5. Tabur coklat urai diatasnya dan bakar pada suhu 175'c selama 20 minit.

Sumber






Jumaat, 18 Mei 2018

Biskut Semperit Cheese






200g mentega (yg tulen akan membuatkan biskut lebih sedap)
100g cream cheese
130g gula icing
200g tepung jagung kupu2
140g tepung kastad(birds custard)
180 g tepung gandum
2 biji kuning telur
2 camb susu pekat manis
1/2 camt esen vanilla
ceri merah @ kismis hitam@ choc chip untuk hiasan


CARA-CARANYA.

  1. Pukul mentega,cream cheese sehingga gebu.
  2. Masukan esen vanilla susu pekat dan telur sebiji2.
  3. Pukul perlahan sampai sebati.Campurkan kesemua tepung,masukan sedikit2 sambil dikacau dengan spatulla sehingga menjadi doh.
  4. Biarkan 5-10 min.Picit dengan acuan samprit.letakan ceri @kismis hitam @choc chip sebagai hiasan.Bakar 15 min,suhu 150*C dengan api bawah.

Khamis, 17 Mei 2018

Cornflakes Milo..





1 kg cornflakes..
150 gm gula..
250 gm mentega..
250 gm madu..
10 sudu makan susu manis..
1 bungkus kecil milo..
coklat rice secukupnya..

Cara..

  1. panaskan kuali. masukkan mentega n bahan2 lain selain cornflakes, milo n coklat rice..
  2. bila sudah cair n sebati. tutup api..
  3. masukkan cornflakes n gaul rata..
  4. taburkan milo sikit2 smbil digaul2..
  5. terakhir baru tabur coklat rice..
  6. kemudian bakar dgn kepanasan 100°C dgn selama 20 minit..
  7. jika tak mahu milo ditabur diatas cornflakes, boleh dimasuk dalam adunan mentega td.
  8. boleh diletak dalam papercup kecil, kemudian dihias dgn coklat n baru dibakar.

Sumber






Rabu, 16 Mei 2018

CHOC CHIP COOKIES




BAHAN A1cwn butter
1cwn gula perang
1cwn minyak masak
1/2 cwn gula halus
1sdb susu cair/susu segar (sy guna susu full cream 2sdb)
1 biji telur
1sdk esen vanilla
Secubit garam

BAHAN B4cwn tepung gandum
1sdk cream of tartar
1sdk baking powder
1sdk berkarbonat soda
2cwn choc chip (sy guna 1cwn choc chip+1cwn choc rice)
1cwn kekacang xkira jenis apa pun

Cara

  1. Pukul bahan A hingga sebati..jangan pukul lama..Dlm 1minit je..
  2. Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja..
  3. Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang..
  4. Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit

Sumber resepi : FB Shahila Hanim






Selasa, 15 Mei 2018

kuih ros @ kuih goyang





Bahan-bahan diperlukan:
2 kampit tepung beras
3 cawan gula
1 biji telur
1 biji kelapa(di perah sehingga 3x,tp setiap perahan asing2kan
air(jika perlu di tambah)

Sedikit esen ros
Secubit garam
Sedikit air kapur


Cara menyediakan dan memasak:
  1. Tepung beras, gula, telur dan perahan santan pertama di gaul sebati.
  2. Jika adunan agak pekat campurkan perahan santan berikutnya tapi jangan di letakkan semua, letakkan sedikit demi sedikit.
  3. Gaul hingga sebati, kemudian tapis.
  4. Panaskan minyak dan rendam acuan kuih goyang ke dalam kuali yang telah di isi minyak. Gunakan api sederhana.
  5. Bila minyak dah panas, acuan pun dah panas, celupkan acuan ke dalam adunan.
  6. Goyang-goyangkan acuan hingga kuih tertanggal dari acuan. Jika kuih agak tebal, tambahkan sedikit lagi air santan.
  7. Setelah kuih kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya atas redai.
  8. Bila dah sejuk segera simpan ke dalam bekas kedap udara.

Isnin, 14 Mei 2018

Biskut Suji





Bahan-Bahan :2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus ( gula kastor)
1 cawan minyak sapi
Hirisan buah ceri merah sebagai hiasan

Cara Membuat Biskut Suji Tradisional
  1. Cairkan minyak sapi dalam kuali dan tuang ke dalam bekas menguli.
  2. Campurkan dengan 1 cawan gula halus.
  3. Masukkan pula tepung gandum dan gaul rata sehingga sebati
  4. Ambil tepung yang sudah diuli dengan sudu kecil bentuk bulat supaya saiz biskut sama.
  5. Bentukkan tepung bulat-bulat di atas tapak tangan.
  6. Letakkan hirisan ceri di atas bahagian tengah biskut sebagai hiasan.
  7. Sapu minyak dengan marjerin di atas loyang pembakar sebelum letakkan biskut suji yang sudah dibentuk bulat.
  8. Bakar pada suhu 150 `c dalam masa 15 minit. 

Biskut coklat








Bhn:
  • 1 ketul butter
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 3 cwn tepung gandum (kalau lembik sgt tmbh lagi)
  • 1 sk esen vanilla
  • Coklat rice/coklat chips utk hiasan
  
Cara2:
  • Kacau butter & kuning telur, saya guna senduk je
  • Lepas tu msukkan gula halus & esen vanila.. Kacau lagi
  • Kemudian msukkan serbuk koko, tepung jagung & tepung gandum skit2..tmbh kalau adunan lembik tp jgn smpai keras sgt..sedang2 xlekat kt tgn sgt..uli sebati
  • Tekap adunan..sapu telur putih & tabur coklat rice /lain2 utk hiasan
  • Kemudian bakar suhu 160 dlm 30 minit ( @ ikut oven masing2)



Sumber
 

Ahad, 13 Mei 2018

Biskut Sarang Semut





Bahan-Bahan;

  • 1 Buku Buttercup (250g)
  • 1 1/4 Cawan Gula Kastor
  • 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
  • 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Cawan Tepung Jagung
  • 1 Cawan Tepung Kastard
  • 1/2 Sudu Teh Baking Powder
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  • 1 Biji Telur
  • Chocolate Rice

Cara-Cara;
  1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga agak kembang sedikit. 
  2. Masukkan telur dan esen vanilla kemudian pukul lagi hingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dengan tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
  4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
  5. Sagat doh menggunakan sagat timun. Sagat sikit-sikit supaya tak tertekan dan melekat.
  6. Masukkan kedalam cup dan taburkan choclate rice diatasnya.
  7. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.

Biskut Raya Paling Senang Sedap German Cookies




Bahan-bahan125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (boleh juga guna tepung gandum)
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak, nak ikut style Che Mat sila letak)


GERMAN COOKIES sukatan cawan½ cawan butter
1 cawan tepung kentang
¾ cawan tepung halus /tepung gandum
¼ cawan gula ising
Secubit garam

Cara penyediannya

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit 
  4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara….

Red Pearl Cookies



150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang


  1. Mula-mula kita satukan butter dan gula.
  2. Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
  3. Masukkan tepung dan gaul rata
  4. Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
  5. Sudukan atas dulang pembakar
  6. Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
  7. Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
  8. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
  9. Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
  10. Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.