Memaparkan catatan dengan label Laksa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laksa. Papar semua catatan

Rabu, 30 Ogos 2017

Laksa Asam Pulau Pinang




BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA :-)
  • 600 gram ikan selayang @ ikan sardine (gunakan ikan yang segar)
  • 6 keping asam gelugor
  • 2 kuntum bunga kantan, dibelah 4 setiap 1
  • 1 genggam daun kesom
  • 3 camca besar cili kisar
  • 1 batang serai, diketuk
  • 2 liter air rebusan ikan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air panas

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2.5 inci belacan
  • 3 biji cili merah


BAHAN-BAHAN UNTUK LAKSA :-)
  • Mi laksa secukupnya (jika guna yang kering, rebus hingga kembang, tos dan cuci bawah air paip untuk membuang kanjinya, toskan)
  • Telur rebus secukupnya, dibelah 2 setiap 1
  • Daun salad, hiris
  • Bawang besar, hiris
  • Nanas, dihiris kecil
  • Timun, dihiris kecil
  • Bunga kantan, hiris halus
  • Daun kesom, hiris halus
  • Daun pudina, hiris halus
  • Cili merah @ cilipadi, dihiris
  • Limau kasturi, dibelah 2
  • Petis @ otak udang, secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Ikan direbus dengan 2 liter air selama 15 minit. Keluarkan ikan, sejukkan. Asingkan isi dan tulangnya. Isi ikan dihancurkan. Air rebusan tadi ditapis dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar halus, cili kisar, serai dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah sedikit air panas jika perlu.
  2. Masukkan isi ikan, daun kesom dan bunga kantan. Kacau rata dan biarkan mendidih dengan api sederhana selama 20 minit. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (boleh juga masukkan sedikit serbuk perasa jika suka). Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK LASAK ASAM PULAU PINANG :- Masukkan secukupnya mi laksa ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah laksa asam secukupnya (pastikan anda kacau dulu kuahnya). Tambah bahan2 ulam atasnya, taruk telur rebus dan sudukan petis atau otak udang sebelum dihidangkan. Jangan lupa perahkan limau kasturi...Selamat mencuba!


Rabu, 7 Jun 2017

LAKSA IKAN CENCARU





Bahan Utama

  • Laksa lembut 1 paket
  • Ikan cencaru besar 3 ekor
  • Gula melaka (agak2)
  • Garam

Bahan Kisar
  • Cili kering 10 tangkai
  • Bawang merah 15 biji
  • Bawang putih 8 biji
  • Halia 2 inci
  • Lengkuas 2 inci
  • Belacan 2 inci

Bahan Kuah
  • Bunga kantan 4 kuntum
  • Daun kesum (Ambik daun je)
  • Asam keping 10 keping
  • Serai 2 batang (ketuk)

Bahan Hiasan
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Telur rebus
  • Timun

Cara Penyediaan
  1. Rebus Laksa.. toskan
  2. Rebus ikan..Blend isi..tulang blend pastu tapis..Air rebusan ikan jgn buang guna utk kuah
  3. Satukan bahan kisar dengan bahan kuah dan jugak ikan..masukkan garam dan gula melaka.
  4. renehkan.. tambah apa yg patut.
  5. Dah masak bolehlah dihiaskan
  6. okey siap..