Memaparkan catatan dengan label Desert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Desert. Papar semua catatan

Ahad, 3 Jun 2018

AIR BANDUNG HIJAU BERCINCAU



Air secukupnya
1 sudu teh esen pisang
1 sudu teh pewarna hijau
1 helai daun pandan di simpul
gula secukup rasa
1 tin susu cair
Cincau ~ di dadu


  1. Masak air bersama gula dan daun pandan hingga larutLetakkan esen pisang dan pewarna hijau
  2. Bila didih matikan api dan biarkan sejuk
  3. Tuang air dalam jug
  4. masukkan susu cair
  5. Masukkan cincau
  6. masukkan ketulan ais
  7. Sedia di nikmati


Sumber



Rabu, 30 Mei 2018

PUDING BERKUAH





Bahan Untuk Kastard

1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula + 1 sudu besar gula

  1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak atas dapur dengan api sederhana hingga ia meletup-letup dan pekat.
  2. Angkat dan sudukan dalam acuan kecil
  3. Sejukkan hingga keras

Bahan Untuk Kuah
1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan

  1. Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
  2. Biarkan kuah mendidih.
  3. Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
  4. Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

Selasa, 29 Mei 2018

AGAR-AGAR SOYA CENDOL GULA MELAKA



10 gm serbuk agar-agar
1 liter air
1 cawan gula halus
1 cawan Soya Yeo's
2 cawan cendol
1 cawan gula Melaka
1 helai daun pandan ~ di simpul


  1. Satukan gula halus, air, agar-gar dan daun panadan dalam periuk dan masak hingga agar-agar laut dan mendidih
  2. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian
  3. Panaskan semua, 1/3 bahagian dan masukkan gula Melaka
  4. Kacau rata dan biarkan gula melarut
  5. Setelah didih , tapis
  6. Tuang dalam loyang dan biarkan hingga hampir keras
  7. Panaskan pula 2/3 bahagian agar-agar
  8. masukkan air soya dan cendol
  9. Bila bahagian gula Melaka telah sedikit keras, cucuk-cucuk permukaannya dengan garfu
  10. Kemudian tuangkan adunan soya cendol perlahan-lahan
  11. Kemudian sejukkan
  12. Bila dan keras bolehlah di potong dan di hidangkan dingin

Jumaat, 18 Mei 2018

BUBUR KACANG HIJAU DURIAN




2 cawan kacang hijau ~ di rendam hingga kembang
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
1 cawan santan
1 helai daun pandan di simpul
secubit garam
6 ulas durian
air secukupnya

  1. Satukan gula melaka, gula pasir dan gula merah dalam periuk bersama daun pandan dan masak hingga gula larut. Kemudian di tapis.
  2. Sementara itu dalam periuk lain rebus kacang hingga empuk
  3. Bila dah empuk masukkan air gula yang telah di tapis tadi
  4. Biarkan didih sebentar
  5. Masukkan santan dan garam 
  6. Akhir sekali masukkan durian
  7. Masak hingga didih
  8. Jika terlalu pekat tambahkan air.
  9. Sedia di hidangkan

Khamis, 17 Mei 2018

LAI CHEE KANG



Buah mata kucing kering
Buah kabung
Biji selasih
Beras barli
Getah anggur
Kembang semangkuk
Halua kundur
Kismis
Buah laici dalam tin
Kacang tanah
Cincau
Agar-agar
Nata de coco
Gula batu
Gula Melaka
Gula pasir
Daun pandan

Bahan-bahan di atas ni tak lah di gunakan semua. kalau nak guna semua pun boleh juga. atau boleh pilih mana yang berkenan di hati. Berapa sukatannya pula terpulang , tiada sukatan yang khusus.. sesuamnya terserah pada selera masing-masing. Ita pun tak gunakan semua bahan ni dalam lai chee kang yang ita sediakan.

  1. Buah mata kucing kering tu kita rebus hingga kembang.
  2. Bila dah kembang masukkan daun pandan, gula Melaka, Gula batu dan gula pasir.
  3. Biarkan semuanya larut.
  4. Bila dah didih tutup api, masukkan halua kundur, getah anggur dan kismis
  5. Biarkan sejuk
  6. Sementara itu, kita rendam kembang semangkuk dalam air panas. Rendamkan juga biji selasih Beras barli juga di rebus, bila kembang tapis ketepikan
  7. Bila air dah sejuk, masukkan dalam bekas besar
  8. Masukkan kembang semangkuk, biji selasih, beras bali, halua kundur, cincau atau agar-agar, buah kabung, nata decoco, laici dalam tin atau apa-apa lagi yang di rasakan sesuai dengan selera keluarga.
  9. Akhir sekali bila nak di sajikan, sendukkan dalam mangkuk dan taburkan kacang tanah.
  10. lai chee kang siap di sajikan sejuk atau dingin