Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mei 2018

SAMBAL TERUNG






Bahan-bahan

2 biji terung panjang (dipotong tiga dan dibelah dua)
1 biji bawang besar (untuk hiasan)
1 tangkai cili merah (untuk hiasan)

Tumbuk

10 tangkai cili kering
3 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih (dimayang halus)
segenggam udang kering

Perasa

garam secukup rasa
2 sudu makan minyak makan
2 sudu makan kicap pekat manis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga garing.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama udang kering,kacau sehingga naik minyak.
  3. Masukkan terung bersama secawan air dan tutup sehingga terung empuk.
  4. Kacau lagi supaya semuanya sebati dan masukkan kicap pekat manis bersama garam.
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar bersama cili merah dan boleh dihidangkan.


Sumber





Rabu, 30 Mei 2018

PARU GORENG BERLADA, BENDI GORENG TELUR






RESEPI PARU GORENG BERLADA
Bahan rebus:700 gram paru
2 hiris halia
1 batang serai - ketuk
Sedikit garam

Bahan tumbuk kasar:9-10 tangkai cili merah - boleh guna cili kering kisar
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia

Bahan lain:1 batang serai - ketuk
2 sudu besar gula atau secukupnya
Garam
1 keping asam keping

Cara cara:
  1. Paru direbus bersama halia, serai dan garam sehingga empuk dalam 30 minit sehari sebelum dimasak. Masak sampai paru tak liat. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk dicucuk tengok kalau dah tak liat. Tos kan airnya.
  2. Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam jika suka dan biarkan seketika.
  3. Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.
  5. Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul sebati.

p/s: guna api besar kalau nak paru kekal rangup.

RESEPI BENDI GORENG TELURBahan bahan:
15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
2 biji telur - dipukul
Sedikit garam
1 cili merah - dihiris
2 ulas bawang merah hiris
1 ulas bawang putih hiris

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah, putih, sehingga naik bau.
  2. Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan . 
  3. Agak agak bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur sekelilingnya.


Jumaat, 15 Disember 2017

SUP LOBAK PUTIH




BAHAN-BAHAN
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Hiris bawang merah ,bawang putih dan halia.
2. Tumis dalam minyak yang sedikit.
3. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris

bulat.
6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
7. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Info
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.


Sabtu, 10 Jun 2017

Resepi Sambal Terung Ikan Bilis





Bahan-Bahan:
2 biji terung panjang bersaiz sederhana, hiris pada ketebalan 1.5 cm
1 senduk cili kisar
1 sudu kecil belacan (optional)
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
1 mangkuk ikan bilis goreng


Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan belacan. Masak sambal hingga pecah minyak. Jika kering, tambahkan sedikit air.
  2. Masukkan terung dan kacau seketika sehingga masak, kemudian masukkan ikan bilis.
  3. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kacau sebati, angkat dan hidang. Hiaskan bersama daun bawang.

Tips
Hati-hati menambah garam kerana ikan bilis sudah mempunyai rasa masin.



Gulai Nangka Daging Tetel Tumis Darat




  • 1/2 kilo daging tetel dibersihkan dan direbus hingga empuk
  • 3 hiris nangka dipotong kecil2 rebus sehingga empuk
  • 1 paket rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air rebusan dagin
  • garam dan perasa dan gula secukup rasa

Satukan semua bahan dan masak atas api sehingga mendidih


* Ikut kepekatan yang disuka, boleh tambah air atau santan jika hendak lebih berkuah.


Bahan tumis

  • 11 biji bawang merah dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 sdt jintan manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 senduk minyak masak


Tumis semua bahan sehingga kekuningan dan curah dalam kuah yang mendidih tadi, biar seketika sehingga naik minyak dan angkat