Jumaat, 23 Jun 2017

Ayam Percik Lada Hitam



Bahan

  • 1 ekor ayam [belah 4] 
  • 2 cawan santan [1 biji kelapa] 
  • 1 batang serai [ketuk] 
  • 3 keping asam keping 
  • garam 

Bahan Mesin
  • 1 s/b lada hitam 
  • 5 tangkai ciliapi 
  • 5 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 5 cm halia 
  • 2 cm lengkuas 
  • 2 cm kunyit 
  • 3 batang serai 

Cara
  1. Bersihkan ayam. 
  2. Masukkkan semua bahan dalam kuali dan biarkan mendideh. 
  3. Keluarkan ayam dan masukkan dalam loyang. 
  4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit [gunakan api atas]
  5. Masakkan kuah yg lebihan sehinga agak pekat. 
  6. Bila ayam telah garing boleh hidangkan dengan kuahnya.


Ketam Percik




  • 3 ekor ketam, siang dan bersihkan 
  • 1 cwn santan pekat 
  • 3 sudu cili kering atau cili tumbuk 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah kecil 
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 btg serai, di titik sedikit 
  • kunyit hidup dan halia 
  • garam dan gula 

  1. Tumis bahan kisar iaitu cili kering yg di mesin, bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar, halia dan kunyit. 
  2. Setelah naik baunya, masukkan santan pekat dan serai. 
  3. Masukkan ketam dan kecilkan api. 
  4. Masukkan garam dan gula. 
  5. Bila ketam dah masak, bolehlah di angkat.


Rabu, 21 Jun 2017

Resepi Ayam Percik 'Piawww'



Bahan-Bahannya ialah:

  • 1.5 kg ayam
  • 50 gm bawang merah | dikisar
  • 10 gm bawang putih | dikisar
  • 10 gm halia | dikisar
  • 10 gm buah keras
  • 30 gm serai | dititik
  • 20 gm tepung ubi | dibancuh dengan sedikit air
  • 40 gm asam jawa | dibancuh dengan sedikit air
  • 5 gm gula
  • 5 gm garam

Cara Memasaknya ialah:

  1. Ayam dibelah dua dan dibersihkan.
  2. Gaul ayam bersama separuh dari bahanbahan yang telah ditumbuk halus. Perap selama lebih kurang 1 jam.
  3. Masukkan santan ke dalam periuk dan campurkan sebahagian lagi bahan yang ditumbuk ke dalam santan.
  4. Kacau hingga sebati dan jerang atas api sederhana.
  5. Apabila mendidih, masukkan serai, air asam jawa, gula dan garam. Untuk memekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung ubi dan kacau perlahan. Angkat kuah apabila telah pekat.
  6. Panggang ayam yang telah diperap. Cucur kuah sedikit demi sedikit ketika memanggang.
  7. Balik-balikkan ayam supaya kuah melekat pada ayam.
  8. Pangganglah ayam hingga masak.
  9. Hidangkan bersama salad dan timun. Baki kuah dicucurkan pada ayam yang telah dimasak.

Sumber

kuih siput




  • 1 kg tepung gandum
  • * 3 genggam udang kering atau udang pepai (yg jenis halus tu goreng tanpa minyak sampai garing) 
  • 1 kampit kecik serbuk cili
  • 3 sb serbuk kari
  • 1 cwn santan pekat
  • 250 g marjerin (dicairkan dan biarkan sejuk jap) 
  • 1 biji telur @ 2 biji
  • Garam secukup rasa
  • Gula sikit (lau nak tambah) 
  • 1 cawan air sejuk dalam peti ais + garam (dibancuh).. Boleh tambah jika perlu
  • * 5 ulas bwg putih (hiris halus n goreng ngan minyak dulu pun boleh) 
  • * 3 sb jintan manis
  • * 3 sb jintan kasar
  • * 3 sb ketumbar
Bahan bertanda * ni kisar kering

Bahan2 ni leh adjust tuk kesesuaian ek.. Kuih siput yg best.. Makan rangup je, tak berderai bila dipegang pas goreng, tak rasa pahit (api kuat sangat masa goreng), x rs bermentega rapuh sesangat)..

Cara buat

  1. Campurkan tepung bersama bahan kisar, telur, serbuk cili dan serbuk kari. Gaul bg sebati.
  2. Masukkan pula marjerin yg dicairkan tadi. Gaul sebati. Diikuti ngan santan. 
  3. Gaul sebati kemudian baru tambah air sejuk bergaram tu sedikit demi sedikit.
  4. Uli le sampai tak lekat di tangan dan doh lembut. Dah siap rehatkan doh sekejap, sapukan permukaan acu siput ngan tepung. Jgn lupa tgn pun kena sapu tepung, amik secubit kecik doh, letak atas permukaan acuan, tekan dan seret sikit jari tu secara membulat atau separa bulatan. Sampai doh tu bergulung cam siput
  5. Buat sampai abis. Dah byk buat boleh la goreng guna api yg sederhana panas. Kalau masa buat tu siput2 cam melekat antara satu sama lain tu xpe sebab masa goreng nanti dia bercerai gak. Goreng keemasan. Last sebelum nak angkat tu tabur daun kari. Sejukkan sebelum masuk dalam bekas yg kedap udara... Selamat mencuba

Selasa, 20 Jun 2017

Biskut Nestum




Bahan²-

  • 250gm butter
  • 100gm gula halus @ kastor
  • 100gm tpg.jagung
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh air sejuk dlm peti ais
  • Tepung gandum cap ros secukupnya
  • 80gm nestum 
  • 1 biji telur ayam + sedikit pewarna kuning telur (tuk sapuan)
  • Nestum tuk hiasan

Cara²nya-

  1. pukul butter,gula & air sejuk hingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla & pukul lg hingga sebati @ nmpk warna kuning keputihan..
  2. masukkan tpg jagung nestum yg d ramas sikit dan tepung rose.. tpg rose buh sedikit demi sedikit hingga doh boleh d uli dan tidak melekat d tangan..
  3. terap guna acuan kesukaan anda dan sapu telur atasnya dan tabur nestum..
  4. bakar dlm oven pada suhu 160 selama 20-25 minit... ikut suhu oven masing2 ya..

P/s- panaskan oven dulu dgn suhu 170 selama 20 minit kemudian semasa membakar turunkan suhu pada 160..









Ahad, 18 Jun 2017

Tart carrot






1kg butter/margerin
320grm gula aising
80grm susu tepung
80grm cornflaks kisar
1sudu sudu kecil esen vanilla
1sudu kcl emplex
1sudu suji
Sedikit garam

  1. gaul sebati semua bahan diatas kemudian barulah dirambah tepung gndum sedikit demi sedikit sehingga mnjadi doh.... 
  2. ambil sedikit doh leper kn letak inti nenas yg dah digentel panjang2, tutup doh kmudian blh lh dibentuk mnjadi bntuk carrot.
  3. ambil pisau dan buat garis2 kecil seolah2 urat2 carrot...
  4. untuk daun nya hanya cucuk 2 batang almond slice
  5. telur putih + pewarna digunakn untuk mengecat carrot dan daunya...hijau apple untuk daunnya
  6. kuning telur + beberapa titik pewarna merah untuk warnakn carrot...
  7. dah siap blh bakar pada suhu 15minit api bawah sahaja.... keluarkan dan cat lagi skali....
  8. masukkn balik bakar lagi selama 30 minit api atas bawah suhu 150 sahaja...
  9. suhu jangan tinggi klau x biskut merekah

AYAM PERCIK KELANTAN




Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian

Bahan Perapan:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa

Bahan untuk kuah:
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 pek santan pekat
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara Memasak:
  1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.
  2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
  3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.
  4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat.
  6. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.
  7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
  8. Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.
  9. Siap!


Sabtu, 17 Jun 2017

IKAN PERCIK MAK NGAH



Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan kembung (termenung) yang besar
  • 2 biji kelapa atau 1 paket santan serbuk (ambil santannya, anggaran satu mangkuk penuh)
  • 10 biji cili kering
  • 10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
  • Sedikit halia
  • 1 batang serai Sedikit belacan
  • 1 camca besar gula
  • 2 camca besar air asam jawa
  • Sedikit kunyit (ditumbuk)
  • Garam secukup rasa



Cara Penyediaan:
  1. Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar kedua belah badannya. 
  2. Setelah itu lumurkan dengan garam dan kunyit, kemudian bakarlah di atas dapur arang sehingga separuh masak. 
  3. Sementara ikan di atas dapur, eloklah sediakan kuahnya. 
  4. Bawang merah, cili kering dan halia digiling hingga lumat bersama belacan. Serai diketuk sedikit, setelah itu masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama santan. 
  5. Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. 
  6. Masaklah di atas api yang perlahan hingga pekat kuahnya. 
  7. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi. 
  8. Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi. 
  9. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya melekat pada ikan. 
  10. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN





AYAM:-

  • Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
  • Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.
  • Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.
  • Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  • Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering. Perap daging paling kurang selama 1 jam.
  • Bakar daging sehingga masak.

MUSHROOM SOS:-

Bahan-Bahan
  • Cendawan butang
  • 1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
  • Sedikit kiub ayam
  • 1 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1/2 tin air (guna tin prego tu)
  • Sedikit minyak

Cara-Caranya:-
  1. Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
  3. Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
  4. Masukkan sos carbonara.Tambah air.
  5. Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat. Sesuaikan rasa.Tutup api.

Hidangan ini sangat disukai anak anak dan suami anda. Silap silap encik hasben dah taknak beli minyak, hari hari masak ini je.



Jumaat, 16 Jun 2017

BISKUT SEMPERIT SUSU







Bahan-bahan:

  • 1 cawan@seketul 250g butter (Jenama Buttercup)
  • 1/2 cawan Susu pekat
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla
  • 4 cawan @ Sepeket 400g Tepung Jagung
  • 2 sb Tepung Beras
  • 2 sb Tepung Custard
  • Sedikit pewarna kuning (ikut suka nak warna apa dan banyak mana)
  • Choc chip utk hiasan (bole juga guna ceri or manik)

Cara-cara:

  1. Masukkan butter, susu pekat dan esen vanila ke dalam bekas. Kacau menggunakan senduk biasa sehingga sebati.
  2. Selepas sebati, masukkan pewarna kuning. Kacau lagi sampai rata.
  3. Masukkan Tepung Jagung 1 cawan dulu, dan diikuti tepung beras dan tepung custard. Gaul guna tangan ye. 
  4. Kemudian masuk lagi baki 1 cawan tepung jagung tadi. Masukkan sikit sikit. Uli doh sampai lembut.
  5. Bila dah siap uli, boleh buat semperit.
  6. Hias kan dengan choc chip. 
  7. Panaskan oven 170 darjah selama 5 minit. 
  8. Bakar semperit yang dah siap tadi 160 darjah selama 25 minit atau sehingga bila kita tolak dia mudah tertanggal.

Cornflakes crunchy cookies




  • 1 3/4cwn gandum
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan cornflakes ramas kasar
  • 200g butter (suhu bilik)
  • 3/4 cwn gula kastor
  • 1 biji kuning telor

cara cara

  1. Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... Boleh guna whisk dan masukkan telor
  2. Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder 
  3. Gaul sebati
  4. Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 mnt
  5. Sapu nipis permukaan loyang dengan butter 
  6. Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis 
  7. Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah...

Khamis, 15 Jun 2017

SUP IKAN HARUAN




Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan haruan
  • 2 cawan air
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • 1 sudu makan lada hitam – di tumbuk
  • 3 ulas bawang merah – di tumbuk
  • 2 ulas bawang putih – di tumbuk
  • 2 cm halia – di tumbuk
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara:
  1. Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.
  2. Bilas dengan air dan di tos. 
  3. Panaskan air sehingga mendidih dan Masukkan bawang putih, merah, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & sup bunjut.
  4. Kemudian masukkan lada hitam, garam,asam keping dan ikan. 
  5. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. 
  6. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera

IKAN ASAM REBUS




Bahan-Bahan :

  • Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
  • Tomato / kacang bendi / batang keladi
  • Serai - 1 batang (di ketuk)
  • Asam keping (3-4 keping)
  • Sedikit serbuk ikan bilis
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B : untuk di kisar
  • Lada kering (8-10 batang)
  • Bawang merah besar - 1 labu
  • Bawang putih - 2 ulas
  • Belacan - setengah inci
  • Kunyit - setengah inci

Cara-cara :
  1. Didihkan air di dalam periuk
  2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
  3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
  4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi) sehingga layu. 
  5. Matikan api dan sedia untuk di hidang.

Nama lain bagi masakan ini adalah "Lauk Malas".



RESEPI SUP EKOR ALA THAI




BAHAN-BAHANNYA:

  • 1 kilo ekor lembu
  • 3 sudu besar kicap sotong
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 batang serai
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 sudu bawang besar
  • 15 tangkai cili padi }di belah dua
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 biji limau nipis
  • 3 biji tomato

CARA MENYEDIAKANNYA:
  1. Tumis cili kisar dan masukkan serai yang telah di titik. 
  2. Kacau sampai garing dan masukkan kicap sotong ,kemudian masukkan air dan ekor lembu. 
  3. Masak hingga ekor lembu empuk kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
  4. Masukkan cili padi,tomato dan bawang besar.Setelah itu masukkan jus limau,daun limau purut, dan bolehlah diangkat.

Selamat Mencuba



Rabu, 14 Jun 2017

IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACAN




Bahan-bahan :-

  • ikan kembung yg telah dibersihkan
  • air (ikut berapa byk kita nak kuah dia)
  • garam, perasa
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 1 biji lada besar - hiris halus
  • Cili api - hiris halus - ikut nak pedas mana
  • 1/2 cawan asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit belacan
  • asam limau (optional) 

Cara-caranya
  1. Rebus ikan dengan air sehingga masak.
  2. Masukkan belacan & asam jawa, garam & perasa.
  3. Satukan kesemua bahan hirisan ke atas ikan.Perahkan asam limau.

Ini memang terbaik kalau makan dengan nasi putih ni.



SUP AYAM KAMPUNG







  • 1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 1 inci halia ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 2 batang serai dititik
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk 
  • 2 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis (banyaknya ikut suka)
  • Garam secukup rasa.
  • Sedikit bawang goreng.

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan ayam yg telah dipotong ke dalam periuk. rebus sehingga ayam lembut.
  2. Masukkan halia, bawang merah, bawang putih,serai, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang 10 - 15 minit.
  3. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yg telah dihiris. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah diangkat.
  5. Bila nak makan taburkan sedikit bawang goreng ( kalau bawang goreng buat sendiri lagi sedap)

Masakan paling femes. Siapa boleh masak kira dah boleh kahwin dah.



Selasa, 13 Jun 2017

BISKUT BUAH KANA







Bahan-bahan:-

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan marjerin / mentega
  • 1/2 sk serbuk penaik / baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan gula kastor (dikisar halus) –jika menggunakan gula aising, lebihkan sedikit sukatannya.
  • jem secukupnya

Cara-cara :

  1. Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan serbuk penaik diayak bersama.
  2. Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata.
  3. Masukkan tepung. Uli perlahan menjadi doh. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya.
  4. Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan ke dalam acuan buah kana. Ketukkan acuan dan susunkan biskut ke dalam dulang pembakar yang sudah dilengserkan dgn mentega /marjerin.
  5. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga masak.
  6. Sapukan jem yg digemari pada biskut dan tutup kemas.
  7. Sapu jem semasa biskut tengah panas supaya ia cepat kering dan melekat dgn sempurna.

Isnin, 12 Jun 2017

BISKUT SUSU




Bahan-bahan:-

  • 1/2 tin susu pekat manis...(yg tin 505g...guna 1/2 je)
  • 250g butter
  • 600g tepung jagung

Cara-cara:-

  1. pukul sebati ssu pekat bersama butter kembang
  2. masukkan tepung jagung sikit2...gaul sebati....jika adunan sudah cantik...tak perlu habiskan tepung
  3. terap atas dulang pembakar
  4. bakar suhu 170....15min bergantung pd oven masing2

RESEPI KEK MILOKO LAYER MARIE









Bahan22 cwn tepung naik sendiri
3 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1 cwn air panas suam
1/2 cwn gula castor
1 cwn serbuk koko
1 cwn serbuk milo
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanila

CARA BUAT

  1. Blend/Mixer telur+gula dan esen vanila sampai gebu
  2. Masukkan susu pekat dan blend/mixer
  3. Lps tu masukkan minyak dan blend/mixer+ tepung+baking powder+serbuk koko dan milo yg telah diayak dan kacau cara kaup balik bersama air panas suam
  4. Curahkan SEPARUH adunan dlm loyang 8x8 yg telah dialas paper butter dan disapu minyak disekeliling loyang dan kukus selama 10 minit atau tgk agak2 keras dan keluarkan

Lapisan biskut marie

Bahan2 lapisan biskut marie

  • 1 1/2 cwn biskut marie yg telah dikisar**}
  • 1/2 cwn tepung naik sendiri**}
  • 1/2 sdt baking powder**}
  • 1 biji telur*
  • 1/2 sudu teh esen vanila*
  • 1/2 cwn minyak masak*
  • 1/2 cwn susu pekat*
  • 1/2 cwn air panas suam
  1. Blend/mixer bahan2 yg bertanda * masukkan bahan2 yg bertanda ** yg telah diayak dan kacau cara kaup balik bersama air
  2. Curahkan keatas kek coklat yg telah separuh masak dan kukus lagi dlm 10 minit
  3. Lps tu curahkan lapisan separuh lagi adunan coklat tadi dan kukus selama lbh kurang 30 minit . (Angkat dan sejukkan kek)

BAHAN2 UTK TOPPING
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 2 sdb minyak masak
Kacau semua bahan2 tersebut gunakan kaedah double boil dan biarkan sejuk sikit curahkan atas ke tadi

Ahad, 11 Jun 2017

AYAM KAM HEONG





Bahan2
ayam (dlm 1/4 ekor camtu la.. hehehehe)
2 sudu besar kicap cair
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar tepung jagung

Perap semua bahan di atas selama 1/2 jam atau lebih kemudian goreng dan ketepikan.
Bahan Sos
Bahan A

  • 3 sudu besar udang kering - rendam, toskan dan tumbuk
  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 4 batang cili padi - ditumbuk
  • 2 tangkai daun kari

Bahan B
  • kacang panjang - hiris panjang.. dalam 3 inci
  • 4 biji cili padi - ketuk

Bahan C
  • 5 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk kari


Cara-cara
  1. panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan C tumis sehingga separuh kering.
  3. Masukkan bahan B kemudian masukkan ayam. Tumis sehingga kering.

Air Kurus Viral



1 liter air
2 batang serai, diketuk
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu

Cara-cara

  1. Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam 30 minit sebelum makan.
  2. Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Minum waktu suam tau, baru mujarab.
Air ni bukan tuk kuruskan badan jek, tapi kalau amalkan minum hari hari, nanti badan kita KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI sebab bebahan yang kita guna semua best best.

Kayu Manis Ceylon
  • boost metabolisme badan
  • kurangkan kolestrol
  • Kurangkan selera makan
  • lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
  • lancarkan period dan servis dalaman

Serai
  • bantu penghadaman
  • buang toksin dalam badan
  • kurangkan bau badan
  • cantikkan kulit
  • kurangkan stress
  • cairkan lelemak degil
  • anti kanser
  • kurangkan kencing manis
  • kurangkan jerawat kat muka

Halia
  • buang angin dan toksin dalam badan
  • pecahkan lemak
  • hilangkan bau badan
  • lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam

Lemon
  • cuci kerak kerak lama dalam usus
  • bakar lemak degil
  • ada vit c, bagus untuk kulit
  • anti kanser
  • mengempiskan perut

Cengkih
  • boleh mencegah stroke, cegah darah beku
  • lancarkan pencernaan
  • cantikkan kulit
  • wangikan badan

Madu
  • melancarkan darah
  • tambahkan tenaga 
  • antioxidant
  • mencegah kanser
  • pemanis semula jadi

Siapa nak badan KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI. Wajib try resepi ni. Memang bestt sangat.



Kuih Akok



1 cawan santan pekat
1cawan air daun pandan
1 cawan air gula melaka (2kpg)
3 bijik telur itik
2 bijik telur ayam
4 sudu tpg gandum
Secubit garam
Pewarna


  1. Blend semua bahan
  2. Panaskan acuan
  3. Masukkan adunan hampir penuh dlm lubang acuan.
  4. Tutup acuan.
  5. Bakar selama 4 minit.

Sabtu, 10 Jun 2017

Resepi Sambal Terung Ikan Bilis





Bahan-Bahan:
2 biji terung panjang bersaiz sederhana, hiris pada ketebalan 1.5 cm
1 senduk cili kisar
1 sudu kecil belacan (optional)
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
1 mangkuk ikan bilis goreng


Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan belacan. Masak sambal hingga pecah minyak. Jika kering, tambahkan sedikit air.
  2. Masukkan terung dan kacau seketika sehingga masak, kemudian masukkan ikan bilis.
  3. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kacau sebati, angkat dan hidang. Hiaskan bersama daun bawang.

Tips
Hati-hati menambah garam kerana ikan bilis sudah mempunyai rasa masin.



Gulai Nangka Daging Tetel Tumis Darat




  • 1/2 kilo daging tetel dibersihkan dan direbus hingga empuk
  • 3 hiris nangka dipotong kecil2 rebus sehingga empuk
  • 1 paket rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air rebusan dagin
  • garam dan perasa dan gula secukup rasa

Satukan semua bahan dan masak atas api sehingga mendidih


* Ikut kepekatan yang disuka, boleh tambah air atau santan jika hendak lebih berkuah.


Bahan tumis

  • 11 biji bawang merah dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 sdt jintan manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 senduk minyak masak


Tumis semua bahan sehingga kekuningan dan curah dalam kuah yang mendidih tadi, biar seketika sehingga naik minyak dan angkat



Jumaat, 9 Jun 2017

AYAM GORENG TOMYAM




Bahan2: (5 ketul ayam)

  • 1/2 Kiub tomyam
  • 2 Biji Bwg putih (Di tumbuk)
  • 4 Biji Bwg merah Di Tumbuk)
  • 2 Btg Serai (titik)
  • 1 Biji Bwg besar (hiris bulat)
  • 1 inci Halia (hiris)
  • 4 Biji Cili padi (hiris)
  • 3 sudu Cili kisar
  • 1 sudu Sos cili
  • 1 sudu Sos tiram
  • 1 sudu Sos ikan
  • 2 sudu Kicap manis
  • Gula hujung sudu

Ayam goreng dulu
**tak perlu garam sebab semua bahan da ada rasa.

Selamat mencuba!



Kuih Buah Melaka





Bhn2:

  • Tepong pulut 2 cawan
  • Tepong gandom 1sdb
  • Secubit garam
  • Air daun pandan(agak2)
  • Sedikit asen pandan
  • Kelapa putih yg gaulkn dgn sdikit garam.
  • Gula nisa di potong kecil

Cara2:
  1. Masokkn asen pandan n air daun pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh dibentok.
  2. Bentokkn bulat2 n tekan bahagian tengah. Masokkn gula nisa n bulatkn semula. Buat hingga habes.
  3. Sementara itu panaskn air rebusan hingga mengelegak. Masokkn adunan. Biar hingga timbul dan boleh lh diangkat. Toskn sekejap n golekkn atas kelapa parut.
  4. Masokkn dlm pinggan dan bolehlh di hidang. Selamat mencuba...

Khamis, 8 Jun 2017

Roti Paratha Berinti Sardin





Bhn2:

  • 1bungkus roti paratha
  • 1tin ikn sardin brand ape saje yg d suke. 
  • Sebiji limau nipis d ambil jusnye
  • Bwg besar d dadu
  • Cili api d hiris 7 biji. Nk pedas blh tmbh ikut selere
  • Sedikit garam, gule, ajinomoto n ld sulah

Cara2:

  • Ikan sardin d buang tulang n isi perotnye. Sos x perlu ambil yer. 
  • Masokkn cili api, bwg besar n lenyekkan hingge hancur. Gune garpu lbh mudah. Perasakn dgn sdikit garam, gule, ajinomoto, jus limau n ld sulah. Dah sesuai rase ketepikn.
  • Roti paratha trlbh dulu d kuarkn dr dlm petiais. Dah agak lembot, belah 2 bhgn.
  • Isikn inti d tengah2 n tekankn tepinye. Ambil garpu n tekan d sekeliling roti. 
  • Sapukn kuning telor d permukaan roti n bakar ps suhu 180 api atas bwh selame 25 min or hingge masak. Depend pd oven msg2. 
  • Dah masak, sapukn magerin d permukaan roti. 
  • Siap utk d hidang. Selamat mncube...


Karipap Mini






BAHAN DOH :-

  • 2 sudu besar minyak sapi 
  • 100 ml air 
  • 1/2 sudu kecil garam 
  • 1 biji limau kasturi ambil jusnya 
  • 225 g tepung gandum

INTI :-
  • 100 g udang kering 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 sudu besar lada kisar
  • 1 batang serai 
  • Garam, gula, perasa secukup rasa. 
  • 3 sudu besarminyak - untuk menumis

Cara-cara
Untuk menyediakan doh :-
  • Minyak sapi,air,garam dimasak hingga mendidih.Masukkan jus limau dan matikan api.
  • Tuang air minyak yang panas ini kedalam tepung dan uli hingga sebati.
  • Biarkan selama 10 minit. 
  • Canai doh nipis-nipis ,terap bulat sebesar syiling 50 sen.
  • Masuk inti dan kelim.
  • Goreng terendam dalam minyak banyak sambil digaul hingga karipap garing sama rata.

Untuk menyediakan inti:-
  • Kisar semua bahan inti kecuali minyak masak hingga halus. 
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga kering. Sejukkan dan siap utk digunakan.

MEE GORENG BASAH






Bahan- bahan :

  • Mee kuning 1bungkus dibilas dan tos
  • Sotong 10 ekor dibersihkan potong dan tos
  • Fish ball 1paket dibersihkan potong dan tos
  • Sayur sawi jepun 1ikat dibersihkan potong dan tos
  • tomato 1biji dibersihkan dan dibelah 6
  • Cili kisar 4sudu besar
  • Sos cili 5sudu besar
  • Sos tiram 1sudu besar
  • Sos ikan 1sudu besar
  • kicap pekat 1sudu besar
  • Kicap manis 5sudu besar
  • Kicap mee 2sudu besar
  • air putih 1cawan kecil
  • Minyak masak 2sudu besar untuk menumis
Bahan2 tumbuk
  • Cili api 10biji
  • bwg putih 3ulas
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat

Cara-cara :
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar..
  2. Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit.
  3. masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil..
  4. Masak dan kacau2 bagi sebati, masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato... kacau2 bagi sebati dan masak.. siap.
  5. Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sbb rasa kicap2 tu semua dh cukup..

BISKUT SMARTIES





Biskut smarties atau biskut m&m ni sangat digemari kanak kanak tapi bila dihidangkan diraya mereka hanya makan coklat smarties itu saja.

Jom kita buat biskut smarties ni. Boleh jual raya ni.

Bahan Bahan
  • 200 gram mentega
  • 80 gram gula ising
  • 1/2 sudu teh paste oren
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 biji telur (pecahkan telur bahagia dua)
  • 270 gram tepung red rose

Cara
  1. Putar mentega bersama gula ising, pes oren, esen vanilla sehingga sebati.
  2. Masukkan telur dan kacau rata
  3. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata
  4. Isikan adunan kedalam piping bag yang telah diletak nozzle bintang
  5. Sapu sedikit mentega ke loyang pembakar
  6. Picitkan adunan diatas loyang dan letak sebiji coklat smarites keatas biskut.
  7. Bakar biskut selama lebih kurang 20 minit suhu oven 160 degree

Rabu, 7 Jun 2017

SPAGETTI AGLIO OLIO





Bahan

  • Spagetti 100 batang
  • Udang 3 ekor
  • Bawang putih 3 biji (cincang)
  • Tomato cherry 5 biji (belah 4)
  • Cili padi 4 tangkai (cincang)
  • Daun sup (agak2/cincang)
  • Daun ketumbar (agak2/cincang)
  • Minyak zaitun 3sb
  • Gula perang 1sb
  • Butter 2sb
  • Kiub pati ayam 1
  • Black pepper
  • Oregano
  • Thyme
  • Parmesan (perfect italiano)

Cara Penyediaan
  1. Rebus spagetti sampai lembut, bubuh minyak zaitun sikit semasa merebus tu.. dah masak toskan..bubuh lagi sikit minyak zaitun.
  2. Kopek kulit udang sahaja rebus dengan air 1/2 cawan campur kiub pati ayam..pastu angkat.. buang kulit udang.. air rebusan udang letak tepi dulu..
  3. Panaskan kuali..bubuh butter.. goreng udang.. pastu angkat.
  4. Kuali yg sama bubuh minyak zaitun, tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan..
  5. Masukkan spagetti, tomato, daun sup,daun ketumbar, dan stok rebusan kulit udang tadi.. serta isi udang.
  6. Akhir sekali masukkan oregano, black pepper, thyme dan gula perang. goreng sampai kering..bubuh sikit2 je.
  7. Taburkan parmesan..(Perfect italiano)

LAKSA IKAN CENCARU





Bahan Utama

  • Laksa lembut 1 paket
  • Ikan cencaru besar 3 ekor
  • Gula melaka (agak2)
  • Garam

Bahan Kisar
  • Cili kering 10 tangkai
  • Bawang merah 15 biji
  • Bawang putih 8 biji
  • Halia 2 inci
  • Lengkuas 2 inci
  • Belacan 2 inci

Bahan Kuah
  • Bunga kantan 4 kuntum
  • Daun kesum (Ambik daun je)
  • Asam keping 10 keping
  • Serai 2 batang (ketuk)

Bahan Hiasan
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Telur rebus
  • Timun

Cara Penyediaan
  1. Rebus Laksa.. toskan
  2. Rebus ikan..Blend isi..tulang blend pastu tapis..Air rebusan ikan jgn buang guna utk kuah
  3. Satukan bahan kisar dengan bahan kuah dan jugak ikan..masukkan garam dan gula melaka.
  4. renehkan.. tambah apa yg patut.
  5. Dah masak bolehlah dihiaskan
  6. okey siap..

Selasa, 6 Jun 2017

Kuih Arab




Ghee 250g
Icing Sugar 200g
Tepung Gandum 540g
**Esen(tambahan jika perlu)

1) Campurkan Ghee dgn Icing sugar gaulkan rata
2) Masukkan esen(jika perlu) dan tepung gandum.. Adun sehingga sebati..
3) Bakar suhu 170© 30 minit(kenal oven memasing ya dulu)
4) Sejukkan dan mask dlm balang kedap udara


Tart Kerang JJ





1 ketul pure butter
50 gram gula icing
1 sudu teh essen vanilla
350 - 370 gram tepung gandum
Atau 3 1/2 cawan
70 gram tepung jagung @ 1/2 cawan
10 gram @ 1 sudu besar tepung sagu
10 gram @ 1 sudu besar tepung beras
Pewarna kuning dan merah ..
Manik hiasan.

Untuk sapuan

  • 2 biji kuning telur.
  • Pewarna kuning lemon
  • sebatikan.

Doh bunga hiasan

  • Ambil doh sedikit dan warnakn merah
  • Klu adunan lembik tambah tepung hingga adunan senang untuk diterap.

Cara penyediaan
  1. Satukan butter , gula icing pukul sebati dan masukan essen vanilla kacau sebati
  2. Masukan semua tepung uli hingga jadi doh dan dan ambil sedikit doh timbang dalam 250g dan warnakn hijau dan selebihnya warnakan kuning lemon....asingkan 30 gram untuk buat bunga dan warnakan 
  3. Ambil sedikit adunan hijau 3 gram dan kuning 7 gram dan bulatkan kemudian leperkan bahagian tengah dan masukan inti berat 3 gram dan pastikan kedudukan hijau sebelah tepi dan masukkan dalam acuan kerang dan tekan ikut laras yg anda suka ...keluarkan dari acuan .
  4. ...sapu kuning telur dan hiaskan dgn bunga dan dot ditgh dgn adunan warna kuning atau manik hiasan.
  5. Bakar pada suhu 160 selama 30 minit ..

Tips 
  • Bila doh yg di campur warna akan jadi lembik ...blh tambah tepung gandum sedikit lagi ...pstikan doh xterlalu keras okey..
  • Klu doh keras tmbh butter bgi lembut bila terap xpecah atau retak atau patah ..bila di gulung.


RESEPI AIR KATIRA YANG PALING NYAMAN BILA DI MINUM





Bahan-Bahannya .... Perlu disediakan lebih awal
  • Penyediaan Sirap - Permulaannya anda perlu didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air. Kemudian anda masukkan 1 helai daun pandan dan masak sehingga larut gulanya....
  • 2-3 ketul biji katira – anda perlu merendam biji kathira semalaman, dan perlu buangkan kekotoran serta ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.
  • 10 butir kembang semangkuk – Perlu direndam semalaman dan buangkan biji serta kulitnya. Kemudian anda perlu menapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.
  • 1 sudu besar biji selasih – Perlu direndam dengan air masak sehingga ianya mengembang, kemudian ditapis lagi.

Cincau
Kismis
1 cawan sirap (air gula)
6 cawan air
1 sudu teh air mawar
1 tin susu sejat @ susu cair
Cara-Cara Membuatnya:
  1. Sediakan sebuah bekas yang besar atau mangkuk. Masukkan bahan-bahan seperti kembang semangkuk, katira,cincau, kismis dan biji selasih.
  2. Seterusnya anda tuangkan sirap (air gula), air susu cair dan juga air mawar.campuran bahan-bahan tadi dikacau rata.
  3. Akhir sekali boleh masukkan ketulan air batu dan bolehlah dihidangkan didalam gelas.. Semestinya ada akan teruja akan kesedapan air katira ini.

Sumber

MAGGI KARI CAMPUR PETAI




Bahan

  • Maggi kari 1 paket
  • Petai (agak2)
  • Kobis (agak2)
  • Kacang panjang (agak2)
  • Baby tomato 2 biji
  • Bawang merah 1 biji (hiris)
  • Bawang putih 1 biji (hiris)
  • Cili padi 2 biji
  • Sos cili 1sb
  • Sos tiram 2sb

Cara Penyediaan
  1. Panaskan minyak..Tumis bawang sampai layu..masukkan Air 1 cawan, sos cili dan sos tiram..biarkan mendidih.
  2. Masukkan maggi dan semua bahan, masak sampai kuah kering sikit..siap!

RESEPI MEE GORENG BASAH



Bahan- bahan :
  • Mee kuning 1bungkus dibilas dan tos...
  • Sotong 10 ekor dibersihkan potong dan tos.....
  • Fish ball 1paket dibersihkan potong dan tos
  • Sayur sawi jepun 1ikat dibersihkan potong dan tos..
  • tomato 1biji dibersihkan dan dibelah 6 ..
  • Cili kisar 4sudu besar..
  • Sos cili 5sudu besar..
  • Sos tiram 1sudu besar..
  • Sos ikan 1sudu besar..
  • kicap pekat 1sudu besar..
  • Kicap manis 5sudu besar..
  • Kicap mee 2sudu besar..
  • air putih 1cawan kecil...
  • Minyak masak 2sudu besar untuk menumis...
Bahan2 tumbuk
  • Cili api 10biji
  • bwg putih 3ulas...
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat...
Cara-cara :
  1. Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar..
  2. Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit..
  3. masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil..
  4. Masak dan kacau2 bagi sebati... masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato... kacau2 bagi sebati dan masak.. siap
  5. Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sbb rasa kicap2 tu semua dh cukup..
Haa dah siap my favourite mee !!