Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mei 2018

Daging Masak Hitam



1 kilo daging (Rebus dulu hg empuk)
Bawang besar 4 biji dikisar
4 biji Bunga lawang
2 batang Kayu manis
Bawang putih 5 ulas (dikisar)
Halia 3 inci (dikisar)
Serai 2 batang (diketuk)
5 biji bawang holland (dimayang)
Serbuk kari daging 5 sudu
1 cawan cili kisar
4 biji buah pelaga
Kicap manis 1/2 cawan (Klu Nk kurangkan pun bole)
Kicap pekat 3sb
Serbuk lada Hitam 1sb
Sos tomato 4sb
Sos cili 4sb
Minyak secukupnya

Cara-caranya
  1. Tumis bahan kisar dan rempah 4 sekawan hg Naik Bau 
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan Serbuk kari..garingkan 
  3. Masukkan serai sos tomato sos cili serta bwg hiris.. 
  4. Tambahkan Kicap manis Kicap pekat dan lada Hitam serta daging. 
  5. Gaul rata perasakan dgn gula garam dan secukup rasa. 
  6. Biarkan mendidih seketika hg agak pekat dan sebati. 
Sumber





Rabu, 23 Mei 2018

Daging Masak Kicap Sedap






Bahan-bahan :
  • 1/2 Kg Daging -Daging dihiris nipis dan digaul dengan hirisan halia (1 cm) dan serbuk kunyit (1 Sudu Besar)
  • 1 Biji Bawang Besar-Dihiris
  • 2-3 Ulas Bawang Putih-Dihiris (saya suka letak lebih)
  • 1 Biji Cili Merah-Dibelah 2
  • 2 Biji Cili Hijau-Dibelah 2
  • 3 Sudu Besar Sos Tiram
  • 2 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1 Sudu Besar Sos Cili
  • Kicap secukup rasa (Selalu guna Kicap Tamin)-Dalam Secawan
  • 1 inci Halia-Dihiris
  • Sedikit Air
  • Garam dan Gula
  • 1 Keping Asam Keping
  • 2-3 Sudu Besar Minyak untuk menumis
  • 1 Batang Kayu manis

Tambahan:
Goreng Ubi kentang yang dipotong sederhana sehingga setengah masak

Cara menyediakan dan memasak:
  1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis,hirisan halia dan hirisan daging.
  2. Kacau dan biarkan daging menjadi kering, kalau kurang empuk tambah air (paras daging biar tenggelam).
  3. Tunggu lagi sehingga daging kering dan naik minyak
  4. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau rata hingga naik bau.
  5. Masukkan Sos Tiram, Sos Tomato, Sos Cili dan Kicap.
  6. Kacau lagi.. Masukkan Gula (1 Sudu Besar) dan Garam (1/2 sudu kecik).
  7. Kacau lagi.
  8. Masukkan Air ikut kehendak (untuk kuah). Biarkan mengelegak.
  9. Masukkan Asam keping dan Ubi Kentang yang sudah digoreng tadi...
  10. Tunggu sehingga kuah pekat dan hidangkan.

Sumber




Isnin, 21 Mei 2018

KARI DAGING DAN SAMBAL TELUR HANCUR





RESEPI KARI DAGING
800gm daging – potong nipis & kecil. Senang dan cepat nak empuk.
3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
2 ulas bawang putih – dihiris halus
Halia – 1 inci – dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah kari – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
1 kotak santan segera – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari uolss.
2 – 3 biji kentang – potong ikut selera nak belah berapa. Jangan besar sangat lak
Garam secukup rasa
Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
Daun kari beberapa helai

Cara penyediannya
  1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan kecil dan nipis. Rebus daging tersebut sehingga empuk. Nak cepat leh guna pressure cooker. Dah empuk asingkan. Air rebusan daging jangan buang yea… Nanti nak masukkan dalam kuah kari tu semula.
  2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.
  3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.
  4. Masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air. Masak hingga mendidih. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing. Biarkan mendidih sebentar. saya suka kuah kari yang pekat so airnya sikit. Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.
  5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi, masak hingga kentang hampir empuk.
  6. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing.
  7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan…

RESEPI SAMBAL TELUR HANCUR
3 biji telur
2 ulas bawang putih - kisar
segenggam cili kering - kisar
1 labu bawang besar - kisar
garam

  • Panaskan minyak, masukkan bahan kisar hinga pecah minyak.
  • perasakan dengan garam
  • Pecahkan telur dan biar sebentar jangan kacau. Bila telur dah masak bawah tu boleh pusing.
  • dah sebati semua boleh angkat dan hidang.





Sabtu, 27 Januari 2018

DAGING GORENG KUNYIT




BAHAN-BAHAN
250gm daging lembu (Dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
1 inci kunyit (Ditumbuk halus)
2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak

BAHAN DIPOTONG SERONG
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau

CARA PENYEDIAAN
1) Perap daging bersama kunyit dan garam selama 20 minit.
2) Masukkan daging dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.
3) Rebus daging hingga empuk.
4) Masukkan bawang besar,cili merah dan cili hijau.
5) Kacau sekata sebelum diangkat.

Info
Selain serat yang tinggi pada daging lembu,ia juga membekalkan pelbagai mineral penting untuk tubuh.


Sabtu, 30 Disember 2017

HATI MASAK BEREMPAH




BAHAN-BAHAN
300gm hati lembu (Dihiris)
1 sudu besar serbuk rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak

BAHAN DIKISAR
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
20gm halia
10gm lengkuas

CARA PENYEDIAAN
1) Gaulkan hati lembu dengan bahan kisar,garam dan serbuk rempah yang lain sehingga rata.
2) Perapkan semalaman.
3) Masukkan hati lembu yang telah diperap ke dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.
4) Masak sehingga hati lembu empuk.

Info
Hati lembu membantu dalam pembentukan sel darah merah.Ia mempunyai nilai gizi yang tinggi.



Sabtu, 23 Disember 2017

SINGGANG DAGING ALA KELANTAN




BAHAN-BAHAN
1 liter air
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
1/2 sudu besar ketumbar (Ditumbuk kasar)
2 tangkai cili kering (Dipotong 3)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIHIRIS KASAR
200 daging
20gm halia
20gm lengkuas

CARA PENYEDIAAN
1) Rebus daging bersama halia,lengkuas,bawang putih,ketumbar,cili kering dan asam keping hingga empuk.
2) Kemudian,masukkan bawang besar,garam dan gula.
3) Didihkan seketika sebelum diangkat.

Info
Asam keping dapat mengembalikan tubuh langsing selepas bersalin.Ia sangat berkesan untuk mengempiskan perut yang buncit.


Rabu, 18 Oktober 2017

Resepi Sup Daging Yang Lembut Dan Ringkas





Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Kentang
  • Garam
  • Gula 


Bahan Kisar Atau Ditumbuk
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Lada hitam


Cara Menyediakan Resepi Sup Daging
  1. Tumis bahan yang dikisar atau ditumbuk bersama bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
  2. Kemudian tambah air setelah bahan yang ditumis naik bau.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul bagi sebati.
  4. Masukkan daging bersama tulang
  5. Setelah daging empuk, air mendidih, masukkan kentang.
  6. Dah rasa macam dah nak masak tu, bubuh pula daun sup dan bawang goreng.
  7. Siap untuk dihidangkan..

Selesai..