Memaparkan catatan dengan label Tart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tart. Papar semua catatan

Khamis, 7 Jun 2018

Kuih Tart Nenas Landak Yang Gebu dan Sedap



Bahan bahan:
  • 300 gram tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar gula ising
  • 200 gm butter Anchor
  • 2 kuning telur
  • 1/2 kg jem nenas 
  • Kuning telur + pewarna kuning telur 


Cara-cara:
  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
  2. Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan kuning telur dan satukan menjadi doh. Simpan selama 20 minit di dalam peti ais.
  3. Bulat bulatkan doh, kemudian dileperkan dan masukkan inti yang telah dibulat bulatkan Kemudian ditutup kemas dan dibentukkan seperti buah nenas. Gunting mengikut corak disukai. Cucuk bunga cengkih di bahagian atas, jika suka.
  4. Susun doh yang telah siap di atas dulang pembakar. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven 180C selama 20 minit atau sehingga masak. 

Nota:


Jika suka, kuning telur untuk disapu atas tart boleh juga diletakkan sedikit pewarna kuning telur.


Inti Tart Nenas
Bahan bahan:
  • 1 Ib isi nenas parut 
  • 1/2 Ib gula pasir 
  • Bunga cengkih dan kayu manis
  • Daun pandan
  • Sedikit pewarna kuning - opsyenal 

Cara cara:
  1. Nenas diparut dan ditoskan airnya. Boleh juga jika nenas dihancur menggunakan food processer. Kemudian timbangkan isi nenas.
  2. Masukkan semula, nenas, jus nenas, gula, daun pandan serta bunga cengkih dan kayu manis ke dalam kuali dan masak di atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga ianya tak melekat di daun pandan dan berkilat. Jangan terlalu kering.
  3. Sejukkan dan siap untuk digunakan.


Sumber





Tart Permata Nur Qaseh



Bahan bahan:8 oz/226 gram tepung naik sendiri
5 oz/141 gram mentega
2 sudu besar air ais
Secubit garam, jika guna unsalted butter
Kuning telur + sedikit air + pewarna kuning telur - sapu di atas tart

Cara cara:
  1. Satukan mentega yang dipotong dadu dan tepung. Ramas ramas sehingga rata sebelum dimasukkan air ais. Gaul sebati sehingga ianya menjadi adunan doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  2. Masukkan doh ke dalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dicanai dan terap menggunakan acuan tart bunga atau apa apa yang disukai. Untuk hari ini, saya buat tart gulung.
  3. Sapu kuning telur di bahagian atas. Jangan sampai meleleh ke atas loyang untuk mengelakkan tart hangus di bahagian bawah. Susun dalam loyang yang dilenser sedikit mentega. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga bahagian bawahnya berwarna perang sedikit. 


Inti Tart Nenas

Bahan bahan:
  • 1 Ib/454 gram isi nenas parut 
  • 1/2 Ib/227 gram gula pasir 
  • Bunga cengkih dan kayu manis 
  • Daun pandan 
  • Sedikit pewarna kuning - opsyenal 

Cara cara:
  1. Nenas diparut dan ditoskan airnya. Boleh juga jika nenas dihancur menggunakan food processer atau blender. Kemudian timbangkan isi nenas. 
  2. Masukkan semula, nenas, jus nenas, gula, daun pandan serta bunga cengkih dan kayu manis ke dalam kuali dan masak di atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga ianya tak melekat di daun pandan dan berkilat. Jangan terlalu kering. 
  3. Sejukkan dan siap untuk digunakan. 


Sumber







Ahad, 27 Mei 2018

Resepi Tart Nenas Gulung






Bahan-Bahan Tart Nenas Gulung250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum

jem nenas secukupnya ~ digentel dengan bulat2 (kecik sedikit dari guli)

Hiasan:1biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
Bancuh ketiga-tiga bahan ini sehingga sebati.

Artikel asal: http://bit.ly/2pWvvzD
Cara-cara membuat Tart Nenas Gulung

  • Ayak ke tiga-tiga tepung.
  • Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  • Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
  • Pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  • Perap sebentar supaya doh ini mesra.
  • Ketika membuat tart gulung ini buat la macam biasa ya.. (dari start picit doh kat acu tart tu, letak inti yang digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
  • Buat hingga adunan habis dan bakar sehingga masak dgn suhu 175 - 180C.
  • Bakar dalam anggaran 25 minit.
  • Angkat dan sejukkan atas rack dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.




Ahad, 18 Jun 2017

Tart carrot






1kg butter/margerin
320grm gula aising
80grm susu tepung
80grm cornflaks kisar
1sudu sudu kecil esen vanilla
1sudu kcl emplex
1sudu suji
Sedikit garam

  1. gaul sebati semua bahan diatas kemudian barulah dirambah tepung gndum sedikit demi sedikit sehingga mnjadi doh.... 
  2. ambil sedikit doh leper kn letak inti nenas yg dah digentel panjang2, tutup doh kmudian blh lh dibentuk mnjadi bntuk carrot.
  3. ambil pisau dan buat garis2 kecil seolah2 urat2 carrot...
  4. untuk daun nya hanya cucuk 2 batang almond slice
  5. telur putih + pewarna digunakn untuk mengecat carrot dan daunya...hijau apple untuk daunnya
  6. kuning telur + beberapa titik pewarna merah untuk warnakn carrot...
  7. dah siap blh bakar pada suhu 15minit api bawah sahaja.... keluarkan dan cat lagi skali....
  8. masukkn balik bakar lagi selama 30 minit api atas bawah suhu 150 sahaja...
  9. suhu jangan tinggi klau x biskut merekah

Selasa, 6 Jun 2017

Tart Kerang JJ





1 ketul pure butter
50 gram gula icing
1 sudu teh essen vanilla
350 - 370 gram tepung gandum
Atau 3 1/2 cawan
70 gram tepung jagung @ 1/2 cawan
10 gram @ 1 sudu besar tepung sagu
10 gram @ 1 sudu besar tepung beras
Pewarna kuning dan merah ..
Manik hiasan.

Untuk sapuan

  • 2 biji kuning telur.
  • Pewarna kuning lemon
  • sebatikan.

Doh bunga hiasan

  • Ambil doh sedikit dan warnakn merah
  • Klu adunan lembik tambah tepung hingga adunan senang untuk diterap.

Cara penyediaan
  1. Satukan butter , gula icing pukul sebati dan masukan essen vanilla kacau sebati
  2. Masukan semua tepung uli hingga jadi doh dan dan ambil sedikit doh timbang dalam 250g dan warnakn hijau dan selebihnya warnakan kuning lemon....asingkan 30 gram untuk buat bunga dan warnakan 
  3. Ambil sedikit adunan hijau 3 gram dan kuning 7 gram dan bulatkan kemudian leperkan bahagian tengah dan masukan inti berat 3 gram dan pastikan kedudukan hijau sebelah tepi dan masukkan dalam acuan kerang dan tekan ikut laras yg anda suka ...keluarkan dari acuan .
  4. ...sapu kuning telur dan hiaskan dgn bunga dan dot ditgh dgn adunan warna kuning atau manik hiasan.
  5. Bakar pada suhu 160 selama 30 minit ..

Tips 
  • Bila doh yg di campur warna akan jadi lembik ...blh tambah tepung gandum sedikit lagi ...pstikan doh xterlalu keras okey..
  • Klu doh keras tmbh butter bgi lembut bila terap xpecah atau retak atau patah ..bila di gulung.