Isnin, 22 Jun 2020

Kek Lapis Coklat Pelangi






Bahan: 

500 g mentega
50 g gula kastor
1 sudu makan ovalet
10 biji telur gred A
360 g tepung hong kong
400 g susu manis
250 g coklat masakan (dicairkan)
200 g horlick
Sedikit almond nib
Pewarna hitam, ungu, biru, turquoise, hijau, kuning, oren, pink 

Cara:

  1. Pukul mentega, gula dan ovalet hingga putih dan kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan dipukul hingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan susu manis dan horlick.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dipukul sehingga rata.
  5. Bahagi adunan kepada: 
  • Pewarna hitam dimasukkan coklat yg dicairkan sebanyak 8 lapisan - 165 g setiap lapisan
  • Warna pelangi sebanyak 7 lapisan - 165 g setiap lapisan 

Bakar ikut urutan seperti dalam gambar. 
# Guna loyang 8 X 8 inci
# Suhu 150 °C atau mengikut kepanasan oven masing-masing 
# Selamat mencuba # 


Sumber: FB Carolyn Joshua

Kek lapis asmaradana




Bahan bahan 

16oz butter(450gram)
1/2gelas gula halus
2gelas tepung hong kong
10biji telur
200gram jem campuran atau mana mana jem buah
1sudu makan ovellet
200gram serbuk horlicks
1sudu makan esen vanilla
1tin kecil/rendah susu pekat manis
Pewarna ungu secukupnya


  • Telur ,esen vanilla dan gula dipukul sampai kembang.ketepikan.
  • Dalam bekas lain butter dan susu pekat dipukul sampai kembang dan putih.
  • Kemudian satukan kedua dua adunan. Pukul sampai sebati.
  • Masukan horlicks,jem buah dan ovelete. Pukul lagi sampai sebati.
  • Akhir sekali masukan tepung hong kong. Gaul guna senduk sahaja sampai sebati dan rata 
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. (Bahagian 1 warna asal ... Bahagian 2 warna ungu)
  • Bakar berlapis lapis sampai habis.
  • Lapisan yang pertama guna api atas bawah .
  • Lapisan kedua dan yang seterusnya guna api atas sahaja.
  • Lapisan yang terakhir guna api atas bawah.
  • Selepas 1/2 jam boleh cucuk tengah tengah kek dengan lidi samaada kek sudah masak atau belum. Sekiranya lidi keluar bermakna kek sudah masak.
  • Suhu yang digunakan ialah 140c bergantung juga pada suhu oven masing.




Kek pilih kasih





10 biji telur
16oz mentega
1 tin kaya kecil
1bungkus kecil horlick
3 sudu besar browning
11/2 gelas kacangtumbuk
200 gm bijan d goreng tanpa minyak
1 gelas gula
1/2 tin susu manis
2 gelas tepung roti marie... 
Cara buat:
Satukan semua... kukus selama 3 jam