Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan

Rabu, 18 Oktober 2017

Resepi Sup Daging Yang Lembut Dan Ringkas





Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Kentang
  • Garam
  • Gula 


Bahan Kisar Atau Ditumbuk
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Lada hitam


Cara Menyediakan Resepi Sup Daging
  1. Tumis bahan yang dikisar atau ditumbuk bersama bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
  2. Kemudian tambah air setelah bahan yang ditumis naik bau.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul bagi sebati.
  4. Masukkan daging bersama tulang
  5. Setelah daging empuk, air mendidih, masukkan kentang.
  6. Dah rasa macam dah nak masak tu, bubuh pula daun sup dan bawang goreng.
  7. Siap untuk dihidangkan..

Selesai..




Khamis, 15 Jun 2017

SUP IKAN HARUAN




Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan haruan
  • 2 cawan air
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • 1 sudu makan lada hitam – di tumbuk
  • 3 ulas bawang merah – di tumbuk
  • 2 ulas bawang putih – di tumbuk
  • 2 cm halia – di tumbuk
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara:
  1. Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.
  2. Bilas dengan air dan di tos. 
  3. Panaskan air sehingga mendidih dan Masukkan bawang putih, merah, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & sup bunjut.
  4. Kemudian masukkan lada hitam, garam,asam keping dan ikan. 
  5. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. 
  6. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera

RESEPI SUP EKOR ALA THAI




BAHAN-BAHANNYA:

  • 1 kilo ekor lembu
  • 3 sudu besar kicap sotong
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 batang serai
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 sudu bawang besar
  • 15 tangkai cili padi }di belah dua
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 biji limau nipis
  • 3 biji tomato

CARA MENYEDIAKANNYA:
  1. Tumis cili kisar dan masukkan serai yang telah di titik. 
  2. Kacau sampai garing dan masukkan kicap sotong ,kemudian masukkan air dan ekor lembu. 
  3. Masak hingga ekor lembu empuk kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
  4. Masukkan cili padi,tomato dan bawang besar.Setelah itu masukkan jus limau,daun limau purut, dan bolehlah diangkat.

Selamat Mencuba



Rabu, 14 Jun 2017

SUP AYAM KAMPUNG







  • 1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 1 inci halia ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 2 batang serai dititik
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk 
  • 2 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis (banyaknya ikut suka)
  • Garam secukup rasa.
  • Sedikit bawang goreng.

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan ayam yg telah dipotong ke dalam periuk. rebus sehingga ayam lembut.
  2. Masukkan halia, bawang merah, bawang putih,serai, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang 10 - 15 minit.
  3. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yg telah dihiris. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah diangkat.
  5. Bila nak makan taburkan sedikit bawang goreng ( kalau bawang goreng buat sendiri lagi sedap)

Masakan paling femes. Siapa boleh masak kira dah boleh kahwin dah.