Memaparkan catatan dengan label Kek Kukus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek Kukus. Papar semua catatan

Ahad, 25 Februari 2018

KEK CHOCOLATE MOIST



BAHAN A

1 cawan gula pasir
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

BAHAN B

3/4 cawan tepung gandum
1 sdt bicarbonate of soda
1 sdt baking powder

BAHAN C

4 Biji telur di blend hingga kembang
1sdt essence vanilla


Satukan semua BAHAN A dalam periuk. Masak dengan api yg kecik sambil sentiasa kacau. Bila mendidih, tutup api, Tunggu hingga sejuk sedikit, masukkan BAHAN B & C secara berselang seli. Kacau rata. (Saya blend jek). Masukkan dalam mangkuk kecik2,anggaran separuh dari bekas sebab adunan akan naik bila dikukus dan kukus hingga masak. Pastikan air kukusan dah mendidih ya, baru kukus kek kita ni. Kukus dlm anggaran 10-15min. Tutup penutup pengukus dengan kain agar air wap tidak menitik.
Bila dah masak, sejuk kan baru dituang topping.

# saya memang guna HANYA 3/4 CAWAN TEPUNG SAHAJA... saya tak salah type.. 3/4 cawan tepung bersamaan dengan 96gm


TOPPING CHOCOLATE CAIR
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu cair dipanaskan


Campur semua bahan, kacau rata


Isnin, 9 Oktober 2017

KEK MINYAK ASAM MANIS





KEK MINYAK ASAM MANIS

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 suduteh baking powder 
  • 5 biji telur
  • 1 sudubesar ovalette 
  • 1 suduteh esen vanila 
  • 1 / 2 cawan gula halus 
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • Haw flakes
  • Pewarna 
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan 
  2. Pukul telur , vanilla , gula dan ovalette hingga putih dan gebu.
  3. Masukkan susu dan minyak kedlm adunan telur tadi . Pukul perlahan.
  4. Tuangkan tepung kedalam adunan. Kaup balikkan hingga sebati. 
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan.
  6. Sapukan acuan dgn minyak.
  7. Tuang sebahagian adunan kedlm acuan.
  8. Susun haw flakes diatas nya.
  9. Tuang adunan ke 2 dan susun haw flakes. 
  10. Buat hingga habis.
  11. Panaskan air dalam pengukus dan kukus selama 1 jam

Nota* Resepi utk 1 adunan

Isnin, 12 Jun 2017

RESEPI KEK MILOKO LAYER MARIE









Bahan22 cwn tepung naik sendiri
3 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1 cwn air panas suam
1/2 cwn gula castor
1 cwn serbuk koko
1 cwn serbuk milo
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanila

CARA BUAT

  1. Blend/Mixer telur+gula dan esen vanila sampai gebu
  2. Masukkan susu pekat dan blend/mixer
  3. Lps tu masukkan minyak dan blend/mixer+ tepung+baking powder+serbuk koko dan milo yg telah diayak dan kacau cara kaup balik bersama air panas suam
  4. Curahkan SEPARUH adunan dlm loyang 8x8 yg telah dialas paper butter dan disapu minyak disekeliling loyang dan kukus selama 10 minit atau tgk agak2 keras dan keluarkan

Lapisan biskut marie

Bahan2 lapisan biskut marie

  • 1 1/2 cwn biskut marie yg telah dikisar**}
  • 1/2 cwn tepung naik sendiri**}
  • 1/2 sdt baking powder**}
  • 1 biji telur*
  • 1/2 sudu teh esen vanila*
  • 1/2 cwn minyak masak*
  • 1/2 cwn susu pekat*
  • 1/2 cwn air panas suam
  1. Blend/mixer bahan2 yg bertanda * masukkan bahan2 yg bertanda ** yg telah diayak dan kacau cara kaup balik bersama air
  2. Curahkan keatas kek coklat yg telah separuh masak dan kukus lagi dlm 10 minit
  3. Lps tu curahkan lapisan separuh lagi adunan coklat tadi dan kukus selama lbh kurang 30 minit . (Angkat dan sejukkan kek)

BAHAN2 UTK TOPPING
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 2 sdb minyak masak
Kacau semua bahan2 tersebut gunakan kaedah double boil dan biarkan sejuk sikit curahkan atas ke tadi