Khamis, 31 Ogos 2017

AYAM PERCIK MADU






Bhn2

  • 1 ekor ayam.. belah 4..kelar2kn sikit
  • 2 cawan santan
  • 2 sdb madu lebah
  • 2 sdb sos tiram
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • mentega secukupnya

Bhn2 Blend
  • 7 tangkai cili kering (kepedasan ikut suka)
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia muda
  • 3 batang serai
  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 helai daun kunyit

Cara
  1. panaskn 2 sdb mentega.. tuangkn bhn2 kisar ..tumis hngga wangi..
  2. masukkn garam n gula
  3. tuangkn santan..sntsa kacau..
  4. masukkn sos tiram n madu lebah.. reneh ats api hngga kuah terbit mnyak..ketepikn
  5. dgn mnggunakn kuali non-stick, sederhanakn api..pijarkn 1 sdb mentega..layur ayam dlm kuali..balik2kn hngga ayam agk kekuningn..
  6. kemudian lumurkn ayam dengan kuah percik tadi, biar rata..
  7. masukkn ayam dlm ketuhar n bakar dgn suhu 200'c selama 10-15 minit or hngga ayam masak..(jika ayam dibakar mnggunakn bara api arang/kayu..mesti balik2kn ayam pd kedua2 permukaan hngga ayam msk)
  8. ketika mnghidang, bolehlah tuangkn kuah percik atas ayam..
  9. siappppp
Sumber

Rabu, 30 Ogos 2017

Laksa Asam Pulau Pinang




BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA :-)
  • 600 gram ikan selayang @ ikan sardine (gunakan ikan yang segar)
  • 6 keping asam gelugor
  • 2 kuntum bunga kantan, dibelah 4 setiap 1
  • 1 genggam daun kesom
  • 3 camca besar cili kisar
  • 1 batang serai, diketuk
  • 2 liter air rebusan ikan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air panas

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2.5 inci belacan
  • 3 biji cili merah


BAHAN-BAHAN UNTUK LAKSA :-)
  • Mi laksa secukupnya (jika guna yang kering, rebus hingga kembang, tos dan cuci bawah air paip untuk membuang kanjinya, toskan)
  • Telur rebus secukupnya, dibelah 2 setiap 1
  • Daun salad, hiris
  • Bawang besar, hiris
  • Nanas, dihiris kecil
  • Timun, dihiris kecil
  • Bunga kantan, hiris halus
  • Daun kesom, hiris halus
  • Daun pudina, hiris halus
  • Cili merah @ cilipadi, dihiris
  • Limau kasturi, dibelah 2
  • Petis @ otak udang, secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Ikan direbus dengan 2 liter air selama 15 minit. Keluarkan ikan, sejukkan. Asingkan isi dan tulangnya. Isi ikan dihancurkan. Air rebusan tadi ditapis dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar halus, cili kisar, serai dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah sedikit air panas jika perlu.
  2. Masukkan isi ikan, daun kesom dan bunga kantan. Kacau rata dan biarkan mendidih dengan api sederhana selama 20 minit. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (boleh juga masukkan sedikit serbuk perasa jika suka). Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK LASAK ASAM PULAU PINANG :- Masukkan secukupnya mi laksa ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah laksa asam secukupnya (pastikan anda kacau dulu kuahnya). Tambah bahan2 ulam atasnya, taruk telur rebus dan sudukan petis atau otak udang sebelum dihidangkan. Jangan lupa perahkan limau kasturi...Selamat mencuba!