Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

Isnin, 22 Jun 2020

Kek Lapis Coklat Pelangi






Bahan: 

500 g mentega
50 g gula kastor
1 sudu makan ovalet
10 biji telur gred A
360 g tepung hong kong
400 g susu manis
250 g coklat masakan (dicairkan)
200 g horlick
Sedikit almond nib
Pewarna hitam, ungu, biru, turquoise, hijau, kuning, oren, pink 

Cara:

  1. Pukul mentega, gula dan ovalet hingga putih dan kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan dipukul hingga sebati.
  3. Selepas itu masukkan susu manis dan horlick.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dipukul sehingga rata.
  5. Bahagi adunan kepada: 
  • Pewarna hitam dimasukkan coklat yg dicairkan sebanyak 8 lapisan - 165 g setiap lapisan
  • Warna pelangi sebanyak 7 lapisan - 165 g setiap lapisan 

Bakar ikut urutan seperti dalam gambar. 
# Guna loyang 8 X 8 inci
# Suhu 150 °C atau mengikut kepanasan oven masing-masing 
# Selamat mencuba # 


Sumber: FB Carolyn Joshua

Kek lapis asmaradana




Bahan bahan 

16oz butter(450gram)
1/2gelas gula halus
2gelas tepung hong kong
10biji telur
200gram jem campuran atau mana mana jem buah
1sudu makan ovellet
200gram serbuk horlicks
1sudu makan esen vanilla
1tin kecil/rendah susu pekat manis
Pewarna ungu secukupnya


  • Telur ,esen vanilla dan gula dipukul sampai kembang.ketepikan.
  • Dalam bekas lain butter dan susu pekat dipukul sampai kembang dan putih.
  • Kemudian satukan kedua dua adunan. Pukul sampai sebati.
  • Masukan horlicks,jem buah dan ovelete. Pukul lagi sampai sebati.
  • Akhir sekali masukan tepung hong kong. Gaul guna senduk sahaja sampai sebati dan rata 
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. (Bahagian 1 warna asal ... Bahagian 2 warna ungu)
  • Bakar berlapis lapis sampai habis.
  • Lapisan yang pertama guna api atas bawah .
  • Lapisan kedua dan yang seterusnya guna api atas sahaja.
  • Lapisan yang terakhir guna api atas bawah.
  • Selepas 1/2 jam boleh cucuk tengah tengah kek dengan lidi samaada kek sudah masak atau belum. Sekiranya lidi keluar bermakna kek sudah masak.
  • Suhu yang digunakan ialah 140c bergantung juga pada suhu oven masing.




Kek pilih kasih





10 biji telur
16oz mentega
1 tin kaya kecil
1bungkus kecil horlick
3 sudu besar browning
11/2 gelas kacangtumbuk
200 gm bijan d goreng tanpa minyak
1 gelas gula
1/2 tin susu manis
2 gelas tepung roti marie... 
Cara buat:
Satukan semua... kukus selama 3 jam 





Selasa, 5 Jun 2018

Kek Coklat Mini





RESEPI

  • 1 CAWAN SERBUK COKLAT
  • 3/4 CAWAN GULA
  • 1 CAWAN SUSU PEKAT
  • 1 CAWAN SUSU CAIR
  • 1 CAWAN MINYAK MASAK
  • 5 BIJI TELUR GRED A
  • 1SUDU KCIL ASEN VANILLA
  • 1 CAWAN TEPUNG GANDUM
  • 1 SUDU KCIL BAKING SODA
  • 1 SUDU KCIL BAKING POWDER

CARA
  1. Ayak tepung gandum bersama baking soda dan baking powder dan ketepikan sebentar
  2. Masukkan serbuk coklak, Gula, Minyak, Susu pekat, Susu cair.
  3. Masak dgn api yg perlahan agk smpai gula sudah larut 
  4. masukkan Telur dan asen vanilla
  5. gaul sebati seterusnya masukkan Tepung yg d ayak tdi....gaul sebati
  6. Masukkan dlm acuan adunan yg sudah di msak tdi....
Acuan kcil yg sy gna sy kukus dlm 10 minit sahaja api sederhana

Ahad, 25 Februari 2018

KEK CHOCOLATE MOIST



BAHAN A

1 cawan gula pasir
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

BAHAN B

3/4 cawan tepung gandum
1 sdt bicarbonate of soda
1 sdt baking powder

BAHAN C

4 Biji telur di blend hingga kembang
1sdt essence vanilla


Satukan semua BAHAN A dalam periuk. Masak dengan api yg kecik sambil sentiasa kacau. Bila mendidih, tutup api, Tunggu hingga sejuk sedikit, masukkan BAHAN B & C secara berselang seli. Kacau rata. (Saya blend jek). Masukkan dalam mangkuk kecik2,anggaran separuh dari bekas sebab adunan akan naik bila dikukus dan kukus hingga masak. Pastikan air kukusan dah mendidih ya, baru kukus kek kita ni. Kukus dlm anggaran 10-15min. Tutup penutup pengukus dengan kain agar air wap tidak menitik.
Bila dah masak, sejuk kan baru dituang topping.

# saya memang guna HANYA 3/4 CAWAN TEPUNG SAHAJA... saya tak salah type.. 3/4 cawan tepung bersamaan dengan 96gm


TOPPING CHOCOLATE CAIR
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu cair dipanaskan


Campur semua bahan, kacau rata


Khamis, 15 Februari 2018

Kek Cheese Leleh





Bahan A.. (meringue)

  • 4 @ 5 biji putih telur gred a @b
  • 1/2 sudu teh cream of tartar

Bahan B

  • 4 @5 biji kuning telur
  • tepung naik sendiri 70 gram
  • tepung jagung 50 gram
  • 1sudu teh baking soda.. 
  • sikit esen or creamy vanilla
  • 70 ml minyak
  • 70 ml fresh milk full cream Dutch lady or susu cair
  • sikit salt
  • gula kastor 140 gram @ gula halus 130 gram

ayak ye tepung ni ni,kalo rajin
Cara:
step1:bhn b

  1. 5 biji kuning telur+esen+gula.mixer hingga gula hancur n kuning telur hingga putih pucat.
  2. buh minyak+susu segar n salt..mixer lgi
  3. buh segala tepung n mixer hingga gebu.

step 2:bhn a

  1. mixer 5 biji putih telur hingga berbuih..stop mixer kejap n buh cream or tartar..mixer hingga bertanduk..

step 3

  1. kaup balikkn putih telur @ meringue sebanyak 3 x ke dlm bhn b (kuning telur+tepung..)
  2. Hentakkan adunan sebanyak 2 x 
  3. bakar suhu 150 minit selama 35 minit ikut oven masing2..
  4. sy guna loyang segiempat 8x8..guna baking paper ya
  5. dah masak tu,cepat2 terlangkup kn kek atas redai..siap!!

resepi topping..

  • 250 gram cream cheese
  • 1cwan whipping non diary value pride
  • 50 ml fresh milk
  • skit esen vanilla
-mixer sebati..

Rabu, 14 Februari 2018

Cheesecake japanese cotton




Bahan-Bahan

  • 4 biji telur Gred A or 5 biji Gred B.Asingkan putih/kuning
  • 1 sdt esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram buttercup
  • 70 gram self raising flour
  • 70 gram gula halus 
  • 5 keping cheese

  1. Panas oven dengan letak air mendidih 180'C 10-15 minit
  2. Double boil - susu/butter/cheese .Ketepikan bila dah mendidih
  3. Whisk kuning telur sampai berbuih + esen vanilla.Ketepikan
  4. Untuk buat meringue, tips dia jangan terus speed laju. Tapi perlahan hingga berbuih kecik penuh, baru masukkan gula halus sikit-sikit. Lepas tu naikkan speed sekitar 1 minit n check dh sampai soft peak tak mcm dlm pic bawah. Jangan over nanti kek mendap tengah or tepi. 
  5. Masukkan bahan double boil tadi ke dalam adunan kuning telur. Kacau n ayak tepung . Lepas tu whisk sampai jangan berketul tepung.
  6. Baru masukkan meringue putih telur .Masukkan 1/3 setiap kali masuk, n kaup balik manja. Jangan kacau nnt ruang udara dia hilang.Keka tak gebu.
  7. Guna loyang saiz 8. Bahagian tepi balut dengan aluminium . bahagian bawah alas dengan parchment paper or baking paper.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang , hentak sekali ja. Lepas tu bakar pada suhu 165'C- 170'C guna teknik waterbath. Ini cara CA 
  9. 20 minit pertama api atas bawah kipas on ( jika ada kipas )
  10. 40 minit buka oven n tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil tuk elakkan hangit x cantik.api atas bawah kipas on ( jika ada kipas )
  11. Bila dh masak, keluarkan terus dari oven n terbalikkan.Sejukkan 15-20 minit. Lepas tu baru keluarkan dari loyang n terbalikkan ke atas. Bila dah sejuk baru potong.Baru cantik kejadiannya


Rabu, 22 November 2017

Kek pandan span tanpa mixer



(blend sehingga gebu)

  • 5 biji telur
  • Secawan gula halus 
  • 1 sudu kecil Esen pandan
  • 1 sudu kecil Pewarna hijau
  • 1 sudu kecil penuh Ovelete 

Bahan B (ayak sama)
  • 2cawan gandum 
  • 1sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder 

Bahan C
  • Setengah cawan minyak
  • Secawan air

  1. ambil bahan blend masukkan ke dalam bekas bahan B dan kacau sebati (kacau manja secara manual saja) 
  2. kemudian masukkan minyak kacau sikit then masukkan air kacau sebati "adunan mcm cair tak pekat". Siap
  3. masukkan ke dalam loyang dan kukus atau bakar sehingga masak (40 minit)

Selamat mencuba



Isnin, 9 Oktober 2017

KEK MINYAK ASAM MANIS





KEK MINYAK ASAM MANIS

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 suduteh baking powder 
  • 5 biji telur
  • 1 sudubesar ovalette 
  • 1 suduteh esen vanila 
  • 1 / 2 cawan gula halus 
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • Haw flakes
  • Pewarna 
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan 
  2. Pukul telur , vanilla , gula dan ovalette hingga putih dan gebu.
  3. Masukkan susu dan minyak kedlm adunan telur tadi . Pukul perlahan.
  4. Tuangkan tepung kedalam adunan. Kaup balikkan hingga sebati. 
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan.
  6. Sapukan acuan dgn minyak.
  7. Tuang sebahagian adunan kedlm acuan.
  8. Susun haw flakes diatas nya.
  9. Tuang adunan ke 2 dan susun haw flakes. 
  10. Buat hingga habis.
  11. Panaskan air dalam pengukus dan kukus selama 1 jam

Nota* Resepi utk 1 adunan

Jumaat, 15 September 2017

Kek Milo Viral




2cwn penuh milo
1sdk esen vanilla
3biji telur
2sdb susu pekat manis

  • pukul telur/esen vanilla/ susu sehingga kembng, 
  • lepas tu masukkan milo ..
  • putar sekejap smpi sebati ..gune senduk kayu pon boleh ... 
  • Then bakar lah ikut suhu oven masing2 ..mekza pny oven 200°c - 40minit 


Isnin, 12 Jun 2017

RESEPI KEK MILOKO LAYER MARIE









Bahan22 cwn tepung naik sendiri
3 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1 cwn air panas suam
1/2 cwn gula castor
1 cwn serbuk koko
1 cwn serbuk milo
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanila

CARA BUAT

  1. Blend/Mixer telur+gula dan esen vanila sampai gebu
  2. Masukkan susu pekat dan blend/mixer
  3. Lps tu masukkan minyak dan blend/mixer+ tepung+baking powder+serbuk koko dan milo yg telah diayak dan kacau cara kaup balik bersama air panas suam
  4. Curahkan SEPARUH adunan dlm loyang 8x8 yg telah dialas paper butter dan disapu minyak disekeliling loyang dan kukus selama 10 minit atau tgk agak2 keras dan keluarkan

Lapisan biskut marie

Bahan2 lapisan biskut marie

  • 1 1/2 cwn biskut marie yg telah dikisar**}
  • 1/2 cwn tepung naik sendiri**}
  • 1/2 sdt baking powder**}
  • 1 biji telur*
  • 1/2 sudu teh esen vanila*
  • 1/2 cwn minyak masak*
  • 1/2 cwn susu pekat*
  • 1/2 cwn air panas suam
  1. Blend/mixer bahan2 yg bertanda * masukkan bahan2 yg bertanda ** yg telah diayak dan kacau cara kaup balik bersama air
  2. Curahkan keatas kek coklat yg telah separuh masak dan kukus lagi dlm 10 minit
  3. Lps tu curahkan lapisan separuh lagi adunan coklat tadi dan kukus selama lbh kurang 30 minit . (Angkat dan sejukkan kek)

BAHAN2 UTK TOPPING
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 2 sdb minyak masak
Kacau semua bahan2 tersebut gunakan kaedah double boil dan biarkan sejuk sikit curahkan atas ke tadi