Memaparkan catatan dengan label Cup Cake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cup Cake. Papar semua catatan

Isnin, 5 Februari 2018

COFFEE CUPCAKES with COFFEE & WHITE CHOCOLATE BUTTERCREAM




Bahan-bahan:
A)Untuk cupcakes:125 gram gula caster
125 gram mentega tanpa garam - dilembutkan dan dipotong
125 gram tepung naik sendiri - diayak
2 biji telur saiz L
2 sudu besar serbuk kopi
chocolate covered coffee beans- untuk hiasan (jika perlu)

B)Untuk buttercream:60 gram coklat putih - dipotong kiub
80 gram mentega - dilembutkan dan dipotong kiub butter
140 gram gula icing
1/2 sudu besar serbuk kopi

Cara membuatnya:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 190 Celsius. Atur kertas acuan cupcake di atas dulang pembakar.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.
  3. Dalam bekas yang berasingan, pukul telur dengan serbuk kopi dahulu. Kemudian, tuangkan ke dalam bancuhan mentega tadi. Masukkan setengah dahulu dan pukul sebati, dan kemudian setengah (lebihan) di masuk dan dikacau sehingga sebati.
  4. Tuang adunan kedalam setiap bekas cupcake. Kemudian masuk bakar di dalam ketuhar selama 18-20 minit atau sehingga kek masak.

Untuk frosting:

  1. Cairkan coklat putih menggunakan kaedah double-boiling atau anda boleh menggunakan microwave sahaja. Ketepikan dan sejukkan dahulu.
  2. Pukul mentega dan gila sehingga kembang. Kemudian masukkan serbuk kopi dan coklat yang telah dicairkan tadi. Pukul sehingga sebati.






Ahad, 4 Februari 2018

MARBLE CUPCAKES




Bahan-bahan:
A) Kek1 2/3 cawan (210g) tepung serbaguna
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
1/2 sudukecil garam
1/2 cawan cawan (115g) mentega tanpa garam- dicairkan
1 cawan (200g) gula caster
1 biji telur saiz L- suhu bilik
1/4 cawan cawan (60g) yogurt
3/4 cawan + 1 sudu besar (195ml) susu - diasing-asingkan
2 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan (32g) serbuk koko

B) Milk Chocolate Frosting1 3/4 cawan (210g) gula icing
1/4 cawan (32g) serbuk koko
1/2 cawan (115g) mentega tanpa garam - dilembutkan, suhu bilik
2 sudu besar (30ml) heavy cream
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit garam

C) Vanilla Frosting1/2 cawan (115g) mentega tanpa garam - dilembutkan, suhu bilik
1 3/4 cawan (210g) gula icing
2 sudu besar (30ml) heavy cream
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit garam

Cara membuatnya:

  1. Panaskan ketuhar pada 170 Celsius. Aturkan kertas acuan cupcake di atas dulang pembakar.
  2. Campurkan tepung, garam, baking soda dan baking powder di dalam satu mangkuk dan ketepikan dahulu. Di dalam mangkuk yang besar, campurkan mentega cair dan gula, kacau sedikit dan simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 minit.
  3. Kemudian, masukkan telur, yogurt, 3/4 cawan susu dan esen vanila,kacau sehingga sebati. Selepas itu, masukkan campuran tepung tadi dan kacau sehingga sebati. Adunan akan menjadi sedikit pekat. Cedokkan adunan ini 3/4 cawan dan asingkan kedalam bekas lain. Kemudian campurkan adunan yang diasingkan ini dengan serbuk koko dan 1 sudu besar susu. Adunan coklat ini akan menjadi begitu pekat.
  4. Ambil 1 sudu besar adunan vanila dan isikan kedalam setiap acuan. Kemudian isikan pula satu susu besar adunan coklat diatasnya, diikuti adunan vanila diatasnya. Anda boleh membuat sedikit corak 'swirl' jika mahu dengan menggunakan lidi.
  5. Bakar cupcake selama 20-24 minit atau sehingga kek masak. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di 'frosting'

Untuk frosting coklat:

  • Ayak gula icing dan serbuk koko dan ketepikan.
  • Pukul mentega sehingga kembang. Masukkan campuran gula icing sedikit demi sedikit diselang selikan dengan heavy cream dan esen vanila dan pukul dengan kelajuan yang perlahan. Setelah habis dimasukkan kesemua bahan, pukul dengan kelajuan yang tinggi lebih kurang 2 minit.
  • Masukkan sedikit garam untuk mengurangkan rasa manis.

Untuk frosting vanila:
  • Pukul mentega sehingga kembang. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit diselang selikan dengan heavy cream dan esen vanila dan pukul dengan kelajuan yang perlahan. Setelah habis dimasukkan kesemua bahan, pukul dengan kelajuan yang tinggi lebih kurang 3 minit. Tambah gula icing jika frosting tidak begitu keras.
  • Masukkan sedikit garam untuk mengurangkan rasa manis.





LEMON CUPCAKES with LEMON BUTTERCREAM







Bahan-bahan:

A) Kek3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1/8 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan + 2 sudu besar gula caster
1 sudu besar parutan kulit lemon
1/2 cawan mentega tanpa garam - dilembutkan
1 biji telur saiz L
2 biji telur saiz L (putih telur sahaja)
1/2 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan + 3 sudu besar buttermilk
1 1/2 sudu besar jus lemon tablespoon

B)Sirap Lemon:1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar gula

C)Lemon Buttercream Frosting:1/2 cawan mentega tanpa garam + 1/4 cawan mentega bergaram
1 1/2 sudu kecil parutan kulit lemon
2 1/2 cawan gula icing
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar heavy cream
1/2 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu kecil
Kepingan lemon atau gula-gula lemon dan daun pudina sebagai hiasan (jika perlu)

Cara membuatnya:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 Celsius.
  2. Ayak tepung serbaguna dan tepung kek terlebih dahulu. Kemudian campurkan dengan baking soda, baking powder dan garam, gaul sebati.
  3. Kisar gula dan parutan kulit lemon dengan menggunakan 'food processor' sehingga halus.
  4. Selepas itu, pukul mentega bersama campuran gula itu tadi sehingga kembang dan berwarna pucat. Masukkan telur, kacau. Kemudian masukkan telur putih satu persatu dan pukul sehingga sebati. Selepas itu masukkan esen vanila, kacau sehingga sebati.
  5. Campurkan 1/3 tepung dengan bancuhan mentega berselang seli dengan 1/2 buttermilk secara 3 peringkat. Kacau sehingga sebati.
  6. Tuang secara sama rata kedalam setiap acuan cupcake. Bakar sehingga masak.

Untuk membuat sirap lemon:

  1. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau sehingga gula menjadi larut.
  2. Sapukan sirap ini di atas setiap kek yang telah siap dimasak. Sapukan semasa kek masih suam.

Untuk frosting:
  1. Pukul mentega dan parutan kulit lemon sehingga kembang. Masukkan 1 cawan gula icing, jus lemon, heavy cream, esen vanila dan ekstrak lemon. Pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan lebihan gula icing dan pukul sehingga menjadi kembang. Paipkan frosting ini di atas kek dan hiaskan dengan kepingan lemon/gula-gula lemon dan daun pudina.




Sabtu, 3 Februari 2018

APPLE CINNAMON CUPCAKES








Bahan-bahan:

A)Untuk cupcake:


6 biji buah epal merah
½ cawan apple cider vinegar
¼ sudu kecil serbuk kayu manis
¼ sudu kecil gula perang
2 cawan tepung kek
1 sudu kecil baking soda
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
¼ sudu kecil serbuk allspice
¼ sudu kecil serbuk cengkih
¾ cawan mentega tanpa garam- di potong kiub 1 inci , dibiarkan pada suhu bilik
1 ¼ cawan gula caster
1 biji telur saiz
9 biji gula-gula karamel- dipotong setengah (optional)

B)Untuk sos karamel:

1 ½ cawan gula caster
¼ cawan sirap jagung
½ cawan mentega- dilembutkan, dipotong kepada 1/2 inci kiub
1 ½ cawan heavy cream

C)Untuk karamel buttercream:

1 ½ cawan mentega tanpa garam- bersuhu bilik
1 ½ pound gula icing
½ sudu kecil garam
¼ cawan sos karamel

Cara membuatnya:

  • Panaskan ketuhar pada suhu 170 Celsius. Aturkan kertas acuan cupcake di atas dulang pembakar.
  • Untuk membuat sos epal, kupas dan potong 5 biji buah epal. Masukkan apple cider vinegar, serbuk kayu manis dan gula perang di dalam periuk dan masak selama 30 minit. Selepas itu, lenyekkan buah epal dan ketepikan. ( anggaran kuantiti= 1 1/2 cawan)
  • Kupas dan potong dadu satu biji epal yang masih belum di gunakan. Ketepikan.
  • Ayak tepung, baking soda, baking powder, garam, serbuk kayu manis, allspice dan serbuk cengkih. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk yang berasingan, pukul mentega selama 4 minit sehingga kembang. Kemudian masukkan gula dan pukul selama 3 minit. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
  • Masukkan tepung dan sos epal berselang-seli secara 3 peringkat. Kacau sebati. Kemudian masukkan buah epal yang dipotong kiub dan gaul sebati.
  • Tuangkan kedalam setiap acuan dan bakar kek sehingga masak.

Untuk sos karamel:

  1. Campurkan gula, sirap jagung dan air dan masak dengan menggunakan api yang tinggi. Kacau perlahan- lahan. Kemudian, turunkan suhu dengan menggunakan api yang sederhana, dan kacau sehingga gula melarut. Selepas itu, kuatkan api semula (jangan kacau), biarkan ianya mendidih dan bertukar warna keperangan. Tutup api, dan masukkan mentega dan krim. Kacau sehingga sebati.

Untuk karamel buttercream:
  1. Pukul mentega sehingga kembang selama 4 minit. Kemudian masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sos karamel dan kacau sebati. - Paipkan di atas cupcake dan tuangkan sos karamel di atasnya. Hiaskan dengan gula-gula karamel.


Sumber

CARROT CUPCAKES




Bahan-bahan:
A) Kek

  • 1 cawan gula caster 
  • 1/3 cawan minyak jagung 
  • 2 sudu besar jus oren 
  • 1/2 sudu kecil esen vanila 
  • 2 biji telur saiz L 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1/2 sudu kecil baking soda 
  • 1/2 sudu kecil serbuk allspice/kayu manis 
  • 1/2 sudu kecil garam 
  • 3/4 cawan + 2 sudu besar tepung serbaguna
  • 1 1/2 cawan carrot yang telah diparut 
  • 1/2 cawan walnuts- dicincang cup 
  • 1/4 cawan kelapa yang diparut

B)Frosting:

  • 8 ounces cream cheese- suhu bilik 
  • 3/4 cawan gula icing cup 
  • 1/2 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 Celsius. Aturkan kertas acuan cupcake di atas dulang pembakar.
  2. Satukan gula, minyak jagung, jus oren, esen vanila dan telur. Kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan baking powder, baking soda, serbuk allspice/kayumanis dan garam; kacau sebati. Selepas itu, masukkan tepung;kacau. Kemudian masukkan carrot, walnut dan kelapa. Kacau sehingga sebati.
  4. Tuangkan kedalam setiap acuan dan masukkan kedalam ketuhar. Bakar selama 25 minit atau sehingga kek masak.

Untuk frosting:
  1. Satukan kesemua bahan dan pukul sehingga sebati.



BLUEBERRY CUPCAKES




Bahan-bahan:
A)Topping

  • 1/3 cawan gula caster 
  • 1/4 cawan gula perang 
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis

B) Kek

  • 1 2/3 cawan tepung biasa 
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam 
  • 120 gram mentega tanpa garam- dilembutkan 
  • 2/3 cawan gula caster 
  • 2 biji telur saiz L 
  • 1 sudu kecil esen vanila 
  • 3/4 cawan sour cream 
  • 1 1/4 cawan buah blueberry - segar/frozen 

Icing:
  • 180g mentega tanpa garam- dilembutkan
  • 250 gram cream cheese - dilembutkan 
  • 1/2 sudu kecil esen vanila 
  • 2 2/3 cawan gula icing- diayak 1/
  • 4 cawan jem blueberry


Cara membuatnya:
Untuk topping:
  • Campurkan kesemua bahan-bahan untuk topping, gaul sebati.


Untuk cupcake:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 190°C/170°C. 
  2. Aturkan kertas acuan cupcake di atas dulang pembakar.
  3. Ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder dan garam terlebih dahulu. 
  4. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. 
  5. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati. 
  6. Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
  7. Masukkan tepung berselang seli dengan sour cream secara 3 peringkat. Kemudian masukkan buah blueberry dan kacau sebati.
  8. Tuang kedalam setiap acuan cupcake dan masuk kedalam ketuhar dan bakar selama 20 minit atau sehingga kek masak.

Untuk frosting/icing:
  1. Pukul mentega dan cream cheese sehingga kembang. 
  2. Kemudian masukkan esen vanila dan gula icing. Pukul sehingga sebati. 
  3. Masukkan sesudu jem blueberry dan kacau sebati.
  4. Kemudian, masukkan icing di dalam 'piping bag' dan paipkan diatas setiap cupcake


Sumber

Jumaat, 2 Februari 2018

HOKKAIDO CUPCAKE


Hokkaido cup cake adalah kek chiffion kecil. Kek yang lembut gebu. Kanak kanak sangat menggemari kek ni.


Diatas kek ni di paip dengan krim kastad dan boleh dihias cantik untuk jualan. Meh kita buat


Bahan A 

  • 4 biji telur kuning (saiz A)
  • 10 gram gula kastor
  • 1/8 sudu teh garam
  • 50 gram minyak jagung
  • 65 gram susu segar/susu cair
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • 80 gram tepung kek
BAHAN B
  • 4 biji telur putih
  • 75 gram gula
  • 1/4 sudu teh cream of tartar

Cara-cara

  1. Campurkan bahan A dan pukul sehingga sebati berkrim. 
  2. Ketepikan Bahan B. Pukul telur putih dan cream of tartar sehingga berbuih kemudian masukkan gula dan pukul sehingga jadi 'soft peak' 
  3. Campurkan bahan telur putih (Bahan B) kedalam bahan A. Gaul sebati.
  4. Tuangkan kedalam kertas cup cake 3/4 penuh.
  5. Bakar dengan suhu oven 160 degree selama 20 minit kemudian turunkan suhu oven 140 degree dan bakar 20 minit lagi sehingga masak. Sejukkan kek
  6. Ayakkan snow powder keatas hokkaido cup cake dan paipkan krim kastad diatas nye.

Bahan Cream30 gram instant custard powder

  • 90 grm air
  • 150 gram non diary whipp cream (dipukul)

Cara-cara

  1. Campurkan instant custard powder dengan air sehingga sebati
  2. Campurkan dengan non diary whipped cream yang telah dipukul tadi. Paipkan ketas hokkaido cup cake


SELAMAT MENCUBA DAN MAJU JAYA DALAM PERNIAGAAN



Sumber

Khamis, 1 Februari 2018

CUP CAKE CHOC MOCHA




Bahan2

  • 110gm butter
  • 100gm gula castor
  • 2biji telur
  • 110gm tepung naik sendiri 
  • 4sudu besar serbuk koko
  • 1sdt esen Mocha (akak guna esen Mocha Chef Amer ni yang semerbak 1rumah bau wangiannya..)
  • 2sdb susu (akak guna full cream je


Cara2

  1. Ayak tepung naik sendiri dan serbuk koko. ketepikan
  2. Pukul butter dan gula castor hingga sebati. Masukkan telur sebiji sebiji dan esen mocha. pukul hingga kembang.
  3. Masukkan pula campuran tepung di selang seli dengan susu tadi.
  4. Timbang adunan 33gm dalam bekas solo cup cake saiz M. menghasil kan anggaran 15 bekas.
  5. Bakar pada suhu 180'c api atas bawah selama 25min.



Sumber

Vanilla cup cake




1 cawn butter
1 – 1 1/3 cawan gula
6 biji telur
3 cawan tepung
1 sd baking powder
1 susu kecil garam
1 cawan susu segar
1 sudu teh essen vanilla


Cara penyediaannya

  1. Panaskan oven 170 c dan sediakan paper cup.
  2. Pukul gula dgn butter hingga kembang
  3. Masukkan telur satu per satu.
  4. Masukkan tepung yang di ayak dengan serbuk penaik dan garam.
  5. Masukkan adunan ke dalan cup cake dan bakar selama 18 – 20 minit.

Utk frosting

  • 1 ½ cawan butter
  • ¾ cawan susu segar/cair
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu vanilla
  • 3 lb. gula icing ( 2.2 lb = 1 kg)

Caranya

  1. Pukul semua bahan bermula dari kelajuan perlahan.
*Jika cuaca panas, tambahkan sedikit lagi icing sugar. Hiaskan icing sugar mengikut kreativiti anda.





Rabu, 31 Januari 2018

BLACK FOREST CHEESECAKE CUPCAKES





Bahan-bahan:


A)Crust:
  • 12 keping biskut Oreos- dihancurkan
  • 1 1/2 sudu besar mentega bergaram - dicairkan 

B)Cheesecake:

  • 4.5 oz (3/4 cawan) semi-sweet chocolate chips atau semi-sweet chocolate yang dipotong-potong - dicairkan terlebih dahulu dan disejukkan 
  • 2/3 cawan gula caster
  • 2 sudu besar serbuk koko 
  • Secubit garam
  • 12 oz. cream cheese- dilembutkan terlebih dahulu 
  • 2 biji telur saiz L 
  • 1 teaspoon esen vanila
  • 1/4 cawan heavy cream
  • 1/4 cawan sour cream

C)Topping:

  • 1 tin cherry pie filling
  • 1 1/4 cawan heavy cream
  • 2 1/2 sudu besar gula 
  • Parutan coklat sebagai hiasan 

Cara membuatnya:
Untuk 'crust':
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 Celsius. 
  2. Campurkan biskut oreo yang telah dihancurkan dengan mentega yang telah dicairkan. 
  3. Gaul sehingga bahan-bahan ini sebati. 
  4. Masukkan bahan-bahan ini kedalam setiap acuan kek. Tekan sedikit supaya ianya padat. Kemudian bakar di dalam ketuhar selama 5 minit. Keluarkan dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di isikan 'filing'. 
Untuk 'filling':
  1. Pukul gula, serbuk koko dan garam terlebih dahulu. Kacau sehingga tiada ketulan serbuk koko kelihatan.
  2. Masukkan pula cream cheese ke dalam campuran tadi, dan pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan telur satu per satu dan selepas otu masukkan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan, kacau sebati. 
  4. Selepas itu masukkan sour cream dan heavy cream, kacau sebati. 
  5. Selepas itu, ketukkan mangkuk pada meja sebanyak 30 kali untuk mengeluarkan/melepaskan gelembung-gelembung udara.
  6. Agihkan bancuhan dengan sama rata ke dalam acuan-acuan cupcake. 
  7. Kemudian masukkan kedalam ketuhar dan bakar lebih kurang 15-20 minit. 
  8. Keluarkan dan sejukkan pada suhu bilik selama 1 jam, kemudian balut dengan plastik dan sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam.

Untuk topping:
  1. Pukul heavy cream sehingga menjadi 'soft peaks'. 
  2. Kemudian campurkan gula dan pukul sehingga menjadi 'stiff peaks'. 
  3. Paipkan krim ini di atas kek di keliling kek manakala di tengah kek dibiarkan kosong.
  4. Kemudian, isikan bahagian tengah itu dengan cherry filling (lebih kurang 2 sudu besar). Tabur parutan coklat di atasnya.



BROWN BUTTER PEACH CUPCAKES



Bahan-bahan:

A)Untuk kek:

  • ¾ cawan mentega 
  • 1 cawan puri buah pic 
  • 1 cawan gula perang 
  • ½ cawan gula caster 
  • ½ sudu kecil esen vanila 
  • 2 biji telur saiz L - suhu bilik 
  • 2 cawan tepung serbaguna 
  • 2 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil garam 
  • ½ sudu kecil serbuk kayu manis 
  • 2 cawan buah pic yang dicincang 

B)Untuk Frosting:

  • ½ cawan mentega- suhu bilik 
  • 4 oz cream cheese- suhu bilik 
  • ½ cawan puri buah pic 
  • 1 sudu kecil esen vanila 
  • 5-6 cawan gula icing 

Cara membuatnya:

  1. Masak mentega sehingga mentega menjadi keperangan. Tutup api dan Tuang didalam mangkuk yang berasingan. Ketepikan.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 160 Celsius. 
  3. Pukul mentega yang telah diperangkan, puri buah pic, gula perang, gula caster dan esen vanila sehingga sebati. 
  4. Kemudian masukkan telur,pukul sebati. - Satukan tepung, baking powder, garam dan serbuk kayu manis dalam satu mangkuk yang berasingan. Kacau sebati bahan-bahan ini. 
  5. Kemudian masukkan kedalam bancuhan mentega tadi bersama buah pic yang telah dicincang. Kacau sehingga sebati.
  6. Tuang kedalam setiap acuan 3/4 penuh. Masukkan kedalam ketuhar dan bakar dalam lebih kurang 20 minit.

Untuk frosting:
  1. Pukul mentega dan cream cheese sehingga kembang. 
  2. Kemudian masukkan puri buah pic dan esen vanila. 
  3. Kacau sehingga sebati. 
  4. Selepas itu, masukkan gula icing sehingga mencapai tahap konsistensi dan rasa yang diingini.

Untuk membuat puri:
  1. Masak 3 cawan buah pic bersama 1 sudubesar jus lemon, 1 sudu besar air dan 1 sudu besar gula di atas api yang sederhana. 
  2. Biarkan ianya sehingga mendidih selama 5 minit. 
  3. Tutup api, sejukkan terlebih dahulu sebelum dikisar.