Selasa, 13 Jun 2017

BISKUT BUAH KANA







Bahan-bahan:-

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan marjerin / mentega
  • 1/2 sk serbuk penaik / baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan gula kastor (dikisar halus) –jika menggunakan gula aising, lebihkan sedikit sukatannya.
  • jem secukupnya

Cara-cara :

  1. Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan serbuk penaik diayak bersama.
  2. Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata.
  3. Masukkan tepung. Uli perlahan menjadi doh. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya.
  4. Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan ke dalam acuan buah kana. Ketukkan acuan dan susunkan biskut ke dalam dulang pembakar yang sudah dilengserkan dgn mentega /marjerin.
  5. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga masak.
  6. Sapukan jem yg digemari pada biskut dan tutup kemas.
  7. Sapu jem semasa biskut tengah panas supaya ia cepat kering dan melekat dgn sempurna.

Tiada ulasan: