Ahad, 29 Oktober 2017

Video Resipi Kek Butter Marble


Video Panduan ini dihasilkan oleh Lynnhassan, seorang baker berpengalaman yang sudah berkecimpung dalam bidang cake baking dan decoration lebih dari 10 tahun. Beliau juga adalah penulis buku keluaran Karangkraf yang bertajuk Kek Cawan dan Baking.

Lynnhassan juga aktif mengadakan kelas-kelas cake baking dan decoration dengan menggunakan Lynnhassan Baking Studio - lynnbakestudio.com . Beliau juga memiliki sebuah kafe kek di Saujana Utama. Lynnhassan telah bereksperimen dengan resipi-resipi kek dan pastri dan kebanyakan kelas dianjurkan adalah berpandukan resipi yang telah dimodifikasi dari resipi asal untuk memberikan rasa yang lebih sedap dan menepati citarasa umum.

Video panduan resipi ini menunjukkan langkah demi langkah cara membuat Kek Butter Marble dengan resipi istimewa Lynnhassan. Resipi turut disediakan bersama video panduan.

Video ini disediakan oleh Lynnhassan, seorang tenaga pengajar kek baking dan decoration dengan pengalaman selamat hampir 10 tahun mengajar dalam bidang ini.





Sabtu, 28 Oktober 2017

Resepi Udang Masak Berempah






Bahan-Bahan

  • Udang 
  • Bawang merah 4 ulas (di racik halus)
  • Bawang putih 2 ulas (di racik halus)
  • Daun kari 1 tangkai
  • Ketumbar 1 sudu teh
  • Serbuk jintan manis 1 sudu teh
  • Serbuk jintan putih 1sudu teh
  • Gula melaka & garam secukup rasa

Bahan Kisar
  • Cili kering 12 tangkai (di rebus dahulu)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

Cara-Caranya
  1. Masukan daun kari, bawang merah, bawang putih sehingga garing dan naik bau. Jangan sampai daun kari hangit yaa
  2. Masukan bahan blender, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Gaul-gaulkan tunggu sehingga betul-betul pecah minyak.
  3. Masukan gula melaka & garam secukup rasa. Masukan air sedikit selepas itu masukan udang. Tunggu sehingga udang masak. Gaul-gaulkan sekejap dan bolehlah di tutupkan apinya.


Khamis, 19 Oktober 2017

Video Resipi Kek Buah Kukus


Video Panduan ini dihasilkan oleh Lynnhassan, seorang baker berpengalaman yang sudah berkecimpung dalam bidang cake baking dan decoration lebih dari 10 tahun. Beliau juga adalah penulis buku keluaran Karangkraf yang bertajuk Kek Cawan dan Baking.

Lynnhassan juga aktif mengadakan kelas-kelas cake baking dan decoration dengan menggunakan Lynnhassan Baking Studio - lynnbakestudio.com . Beliau juga memiliki sebuah kafe kek di Saujana Utama. Lynnhassan telah bereksperimen dengan resipi-resipi kek dan pastri dan kebanyakan kelas dianjurkan adalah berpandukan resipi yang telah dimodifikasi dari resipi asal untuk memberikan rasa yang lebih sedap dan menepati citarasa umum.

Video panduan ini menunjukkan langkah demi langkah cara membuat kek buah kukus yang popular terutama semasa musim perayaan. Resipi turut disediakan bersama video panduan.

Video ini disediakan oleh Lynnhassan, seorang tenaga pengajar kek baking dan decoration dengan pengalaman selamat hampir 10 tahun mengajar dalam bidang ini.





Rabu, 18 Oktober 2017

Resepi Sup Daging Yang Lembut Dan Ringkas





Penyediaan bahan untuk memasak resepi ini memang ringkas dan gerenti sedap..huhu. Itu pun kalau anda ikut resepi dengan betul. Jadi, antara bahannya adalah..

Bahan-bahan
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Kentang
  • Garam
  • Gula 


Bahan Kisar Atau Ditumbuk
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Lada hitam


Cara Menyediakan Resepi Sup Daging
  1. Tumis bahan yang dikisar atau ditumbuk bersama bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
  2. Kemudian tambah air setelah bahan yang ditumis naik bau.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul bagi sebati.
  4. Masukkan daging bersama tulang
  5. Setelah daging empuk, air mendidih, masukkan kentang.
  6. Dah rasa macam dah nak masak tu, bubuh pula daun sup dan bawang goreng.
  7. Siap untuk dihidangkan..

Selesai..




Isnin, 9 Oktober 2017

KEK MINYAK ASAM MANIS





KEK MINYAK ASAM MANIS

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 suduteh baking powder 
  • 5 biji telur
  • 1 sudubesar ovalette 
  • 1 suduteh esen vanila 
  • 1 / 2 cawan gula halus 
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • Haw flakes
  • Pewarna 
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan 
  2. Pukul telur , vanilla , gula dan ovalette hingga putih dan gebu.
  3. Masukkan susu dan minyak kedlm adunan telur tadi . Pukul perlahan.
  4. Tuangkan tepung kedalam adunan. Kaup balikkan hingga sebati. 
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan.
  6. Sapukan acuan dgn minyak.
  7. Tuang sebahagian adunan kedlm acuan.
  8. Susun haw flakes diatas nya.
  9. Tuang adunan ke 2 dan susun haw flakes. 
  10. Buat hingga habis.
  11. Panaskan air dalam pengukus dan kukus selama 1 jam

Nota* Resepi utk 1 adunan

Rabu, 4 Oktober 2017

Video Resipi Cheese Brownies


Video Panduan ini dihasilkan oleh Lynnhassan, seorang baker berpengalaman yang sudah berkecimpung dalam bidang cake baking dan decoration lebih dari 10 tahun. Beliau juga adalah penulis buku keluaran Karangkraf yang bertajuk Kek Cawan dan Baking.

Lynnhassan juga aktif mengadakan kelas-kelas cake baking dan decoration dengan menggunakan Lynnhassan Baking Studio - lynnbakestudio.com . Beliau juga memiliki sebuah kafe kek di Saujana Utama. Lynnhassan telah bereksperimen dengan resipi-resipi kek dan pastri dan kebanyakan kelas dianjurkan adalah berpandukan resipi yang telah dimodifikasi dari resipi asal untuk memberikan rasa yang lebih sedap dan menepati citarasa umum.

Video panduan resipi ini menunjukkan langkah demi langkah cara membuat cheese marble brownies dengan resipi istimewa Lynnhassan. Resipi turut disediakan bersama video panduan.

Video ini disediakan oleh Lynnhassan, seorang tenaga pengajar kek baking dan decoration dengan pengalaman selamat hampir 10 tahun mengajar dalam bidang ini.