Ahad, 19 November 2017

Kuih Jongkong Kelapa Muda Mudah Sedap




Bahan-bahan:

  • 100 gram tepung beras
  • 50 gram tepung sagu
  • ¼ sudu teh garam
  • 600 ml air
  • 50 ml air daun pandan
  • 2 helai daun pandan (potong sebesar 2 inci)
  • 250 gram gula melaka (hancurkan)
  • 2 biji isi kelapa muda
  • 500 ml santan dari 1 biji kelapa
  • Daun pisang secukupnya untuk membungkus

Cara Penyediaan:
  1. Masukkan tepung beras, tepung sagu dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan bancuh dengan sebahagian air. Ketepikan.
  2. Didihkan air selebihnya, masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Masukkan air daun pandan dan kacau adunan sehingga pekat dan masak. Angkat dari api.
  3. Letak sepotong daun pandan di atas 2 lehai daun pisang yang ditindih. Tambah 1 sudu besar gula melaka, 2 sudu besar adunan tepung, 3 sudu besar isi kelapa muda dan 4 sudu besar santan. Bungkus dan ikat drapi. Buat hingga habis.
  4. Sementara itu panaskan pengukus. Kukus selama 1 jam sehingga masak. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi ini.

Catat Ulasan