Sabtu, 2 Disember 2017

Udang Goreng Serai & Lada Hitam. Firery Fried Black Pepper & Lemongrass Tiger Prawns






Bahan2nya

  • 600gm udang harimau di bersih dan dibelah di belakang nya
  • 2 sudu besar biji lada hitam (tumbuk halus)
  • 1 sudu teh biji ketumbar(tumbuk halus)
  • 1/2 inci halia(tumbuk halus)
  • 4 ulas bawang putih(tumbuk halus)
  • 2 biji bawang besar di hiris bulat
  • 1 batang serai di hiris2
  • 15 helai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar mentega
  • Minyak masak

Cara2nya
  1. Panaskan minyak di kuali, letakan bahan yang ditumbuk halus, 
  2. bila rencah nya bangkit aroma nya, letakan serai dan udang.
  3. Gaulkan rata2. 
  4. Kemudian letakan bawang hiris, mentega, garam dan gula secukup rasa. 
  5. Letakan daun kari dan goreng, gaulkan rata2. 
  6. Sajikan panas2. Selamat mencuba.

Tiada ulasan: