Ahad, 13 Mei 2018

Biskut Raya Paling Senang Sedap German Cookies




Bahan-bahan125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (boleh juga guna tepung gandum)
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak, nak ikut style Che Mat sila letak)


GERMAN COOKIES sukatan cawan½ cawan butter
1 cawan tepung kentang
¾ cawan tepung halus /tepung gandum
¼ cawan gula ising
Secubit garam

Cara penyediannya

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit 
  4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara….

Tiada ulasan: