Isnin, 28 Mei 2018

Puding koktail








Bahan A
  • Separuh agar2 bertali (dari agar2 bertali yg 20g)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 2 ketul gula batu (yg kecil)
  • 1 tin buahan koktail (tin besar)
  • 2 cawan air buahan koktail..tak cukup tambah air
  • 1 sudu besar biji selasih..rendam dgn air panas

Cara2:
  1. Buahan koktail tapiskan air dia.. Ambil buahan koktail susun dlm loyang/acuan..ketepikan
  2. Masak agar2 dgn air hingga larut..masukkan gula dan gula batu..larutkan
  3. Masukkan air buahan koktail..kemudian biji selasih..biarkan mendidih sekejap.. Boleh tuang terus agar2 tu dlm loyang..biarkan sederhana beku

Bahan B
  • Separuh agar2 bertali
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair..cukupkan 2 cawan..tak cukup tambah air
  • Secubit garam
  • Pewarna ikut suka

Cara2:
  1. Masak agar2 dgn air hingga larut.. Masukkan gula..kacau2
  2. Masukkan susu cair dan secubit garam..kacau2.. Tuang pewarna yg di sukai.. Biarkan mendidih sekejap
  3. Tuang atas lapisan buahan koktail tadi perlahan2.. Dah sejuk simpan dlm peti sejuk
  4. Selepas 3 jam.. Keluarkan puding dari loyang/acuan dan potong ikut suka

Tiada ulasan: