Khamis, 7 Jun 2018

Tart Permata Nur Qaseh



Bahan bahan:8 oz/226 gram tepung naik sendiri
5 oz/141 gram mentega
2 sudu besar air ais
Secubit garam, jika guna unsalted butter
Kuning telur + sedikit air + pewarna kuning telur - sapu di atas tart

Cara cara:
  1. Satukan mentega yang dipotong dadu dan tepung. Ramas ramas sehingga rata sebelum dimasukkan air ais. Gaul sebati sehingga ianya menjadi adunan doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  2. Masukkan doh ke dalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dicanai dan terap menggunakan acuan tart bunga atau apa apa yang disukai. Untuk hari ini, saya buat tart gulung.
  3. Sapu kuning telur di bahagian atas. Jangan sampai meleleh ke atas loyang untuk mengelakkan tart hangus di bahagian bawah. Susun dalam loyang yang dilenser sedikit mentega. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga bahagian bawahnya berwarna perang sedikit. 


Inti Tart Nenas

Bahan bahan:
  • 1 Ib/454 gram isi nenas parut 
  • 1/2 Ib/227 gram gula pasir 
  • Bunga cengkih dan kayu manis 
  • Daun pandan 
  • Sedikit pewarna kuning - opsyenal 

Cara cara:
  1. Nenas diparut dan ditoskan airnya. Boleh juga jika nenas dihancur menggunakan food processer atau blender. Kemudian timbangkan isi nenas. 
  2. Masukkan semula, nenas, jus nenas, gula, daun pandan serta bunga cengkih dan kayu manis ke dalam kuali dan masak di atas api perlahan sambil terus dikacau sehingga ianya tak melekat di daun pandan dan berkilat. Jangan terlalu kering. 
  3. Sejukkan dan siap untuk digunakan. 


Sumber







Tiada ulasan: