Isnin, 12 Jun 2017

RESEPI KEK MILOKO LAYER MARIE









Bahan22 cwn tepung naik sendiri
3 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1 cwn air panas suam
1/2 cwn gula castor
1 cwn serbuk koko
1 cwn serbuk milo
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanila

CARA BUAT

  1. Blend/Mixer telur+gula dan esen vanila sampai gebu
  2. Masukkan susu pekat dan blend/mixer
  3. Lps tu masukkan minyak dan blend/mixer+ tepung+baking powder+serbuk koko dan milo yg telah diayak dan kacau cara kaup balik bersama air panas suam
  4. Curahkan SEPARUH adunan dlm loyang 8x8 yg telah dialas paper butter dan disapu minyak disekeliling loyang dan kukus selama 10 minit atau tgk agak2 keras dan keluarkan

Lapisan biskut marie

Bahan2 lapisan biskut marie

  • 1 1/2 cwn biskut marie yg telah dikisar**}
  • 1/2 cwn tepung naik sendiri**}
  • 1/2 sdt baking powder**}
  • 1 biji telur*
  • 1/2 sudu teh esen vanila*
  • 1/2 cwn minyak masak*
  • 1/2 cwn susu pekat*
  • 1/2 cwn air panas suam
  1. Blend/mixer bahan2 yg bertanda * masukkan bahan2 yg bertanda ** yg telah diayak dan kacau cara kaup balik bersama air
  2. Curahkan keatas kek coklat yg telah separuh masak dan kukus lagi dlm 10 minit
  3. Lps tu curahkan lapisan separuh lagi adunan coklat tadi dan kukus selama lbh kurang 30 minit . (Angkat dan sejukkan kek)

BAHAN2 UTK TOPPING
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 2 sdb minyak masak
Kacau semua bahan2 tersebut gunakan kaedah double boil dan biarkan sejuk sikit curahkan atas ke tadi

Tiada ulasan: