Ahad, 11 Jun 2017

AYAM KAM HEONG





Bahan2
ayam (dlm 1/4 ekor camtu la.. hehehehe)
2 sudu besar kicap cair
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar tepung jagung

Perap semua bahan di atas selama 1/2 jam atau lebih kemudian goreng dan ketepikan.
Bahan Sos
Bahan A

  • 3 sudu besar udang kering - rendam, toskan dan tumbuk
  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 4 batang cili padi - ditumbuk
  • 2 tangkai daun kari

Bahan B
  • kacang panjang - hiris panjang.. dalam 3 inci
  • 4 biji cili padi - ketuk

Bahan C
  • 5 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk kari


Cara-cara
  1. panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan C tumis sehingga separuh kering.
  3. Masukkan bahan B kemudian masukkan ayam. Tumis sehingga kering.

Catat Ulasan