Jumaat, 16 Jun 2017

BISKUT SEMPERIT SUSU







Bahan-bahan:

  • 1 cawan@seketul 250g butter (Jenama Buttercup)
  • 1/2 cawan Susu pekat
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla
  • 4 cawan @ Sepeket 400g Tepung Jagung
  • 2 sb Tepung Beras
  • 2 sb Tepung Custard
  • Sedikit pewarna kuning (ikut suka nak warna apa dan banyak mana)
  • Choc chip utk hiasan (bole juga guna ceri or manik)

Cara-cara:

  1. Masukkan butter, susu pekat dan esen vanila ke dalam bekas. Kacau menggunakan senduk biasa sehingga sebati.
  2. Selepas sebati, masukkan pewarna kuning. Kacau lagi sampai rata.
  3. Masukkan Tepung Jagung 1 cawan dulu, dan diikuti tepung beras dan tepung custard. Gaul guna tangan ye. 
  4. Kemudian masuk lagi baki 1 cawan tepung jagung tadi. Masukkan sikit sikit. Uli doh sampai lembut.
  5. Bila dah siap uli, boleh buat semperit.
  6. Hias kan dengan choc chip. 
  7. Panaskan oven 170 darjah selama 5 minit. 
  8. Bakar semperit yang dah siap tadi 160 darjah selama 25 minit atau sehingga bila kita tolak dia mudah tertanggal.

Tiada ulasan: