Rabu, 31 Januari 2018

BROWN BUTTER PEACH CUPCAKES



Bahan-bahan:

A)Untuk kek:

  • ¾ cawan mentega 
  • 1 cawan puri buah pic 
  • 1 cawan gula perang 
  • ½ cawan gula caster 
  • ½ sudu kecil esen vanila 
  • 2 biji telur saiz L - suhu bilik 
  • 2 cawan tepung serbaguna 
  • 2 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil garam 
  • ½ sudu kecil serbuk kayu manis 
  • 2 cawan buah pic yang dicincang 

B)Untuk Frosting:

  • ½ cawan mentega- suhu bilik 
  • 4 oz cream cheese- suhu bilik 
  • ½ cawan puri buah pic 
  • 1 sudu kecil esen vanila 
  • 5-6 cawan gula icing 

Cara membuatnya:

  1. Masak mentega sehingga mentega menjadi keperangan. Tutup api dan Tuang didalam mangkuk yang berasingan. Ketepikan.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 160 Celsius. 
  3. Pukul mentega yang telah diperangkan, puri buah pic, gula perang, gula caster dan esen vanila sehingga sebati. 
  4. Kemudian masukkan telur,pukul sebati. - Satukan tepung, baking powder, garam dan serbuk kayu manis dalam satu mangkuk yang berasingan. Kacau sebati bahan-bahan ini. 
  5. Kemudian masukkan kedalam bancuhan mentega tadi bersama buah pic yang telah dicincang. Kacau sehingga sebati.
  6. Tuang kedalam setiap acuan 3/4 penuh. Masukkan kedalam ketuhar dan bakar dalam lebih kurang 20 minit.

Untuk frosting:
  1. Pukul mentega dan cream cheese sehingga kembang. 
  2. Kemudian masukkan puri buah pic dan esen vanila. 
  3. Kacau sehingga sebati. 
  4. Selepas itu, masukkan gula icing sehingga mencapai tahap konsistensi dan rasa yang diingini.

Untuk membuat puri:
  1. Masak 3 cawan buah pic bersama 1 sudubesar jus lemon, 1 sudu besar air dan 1 sudu besar gula di atas api yang sederhana. 
  2. Biarkan ianya sehingga mendidih selama 5 minit. 
  3. Tutup api, sejukkan terlebih dahulu sebelum dikisar.



Tiada ulasan: