Rabu, 31 Januari 2018

BLACK FOREST CHEESECAKE CUPCAKES





Bahan-bahan:


A)Crust:
  • 12 keping biskut Oreos- dihancurkan
  • 1 1/2 sudu besar mentega bergaram - dicairkan 

B)Cheesecake:

  • 4.5 oz (3/4 cawan) semi-sweet chocolate chips atau semi-sweet chocolate yang dipotong-potong - dicairkan terlebih dahulu dan disejukkan 
  • 2/3 cawan gula caster
  • 2 sudu besar serbuk koko 
  • Secubit garam
  • 12 oz. cream cheese- dilembutkan terlebih dahulu 
  • 2 biji telur saiz L 
  • 1 teaspoon esen vanila
  • 1/4 cawan heavy cream
  • 1/4 cawan sour cream

C)Topping:

  • 1 tin cherry pie filling
  • 1 1/4 cawan heavy cream
  • 2 1/2 sudu besar gula 
  • Parutan coklat sebagai hiasan 

Cara membuatnya:
Untuk 'crust':
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 Celsius. 
  2. Campurkan biskut oreo yang telah dihancurkan dengan mentega yang telah dicairkan. 
  3. Gaul sehingga bahan-bahan ini sebati. 
  4. Masukkan bahan-bahan ini kedalam setiap acuan kek. Tekan sedikit supaya ianya padat. Kemudian bakar di dalam ketuhar selama 5 minit. Keluarkan dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di isikan 'filing'. 
Untuk 'filling':
  1. Pukul gula, serbuk koko dan garam terlebih dahulu. Kacau sehingga tiada ketulan serbuk koko kelihatan.
  2. Masukkan pula cream cheese ke dalam campuran tadi, dan pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan telur satu per satu dan selepas otu masukkan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan, kacau sebati. 
  4. Selepas itu masukkan sour cream dan heavy cream, kacau sebati. 
  5. Selepas itu, ketukkan mangkuk pada meja sebanyak 30 kali untuk mengeluarkan/melepaskan gelembung-gelembung udara.
  6. Agihkan bancuhan dengan sama rata ke dalam acuan-acuan cupcake. 
  7. Kemudian masukkan kedalam ketuhar dan bakar lebih kurang 15-20 minit. 
  8. Keluarkan dan sejukkan pada suhu bilik selama 1 jam, kemudian balut dengan plastik dan sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam.

Untuk topping:
  1. Pukul heavy cream sehingga menjadi 'soft peaks'. 
  2. Kemudian campurkan gula dan pukul sehingga menjadi 'stiff peaks'. 
  3. Paipkan krim ini di atas kek di keliling kek manakala di tengah kek dibiarkan kosong.
  4. Kemudian, isikan bahagian tengah itu dengan cherry filling (lebih kurang 2 sudu besar). Tabur parutan coklat di atasnya.



Tiada ulasan: