Sabtu, 10 Jun 2017

Gulai Nangka Daging Tetel Tumis Darat




  • 1/2 kilo daging tetel dibersihkan dan direbus hingga empuk
  • 3 hiris nangka dipotong kecil2 rebus sehingga empuk
  • 1 paket rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air rebusan dagin
  • garam dan perasa dan gula secukup rasa

Satukan semua bahan dan masak atas api sehingga mendidih


* Ikut kepekatan yang disuka, boleh tambah air atau santan jika hendak lebih berkuah.


Bahan tumis

  • 11 biji bawang merah dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 sdt jintan manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 senduk minyak masak


Tumis semua bahan sehingga kekuningan dan curah dalam kuah yang mendidih tadi, biar seketika sehingga naik minyak dan angkat



Catat Ulasan