Bahan-Bahan:
2 biji terung panjang bersaiz sederhana, hiris pada ketebalan 1.5 cm
1 senduk cili kisar
1 sudu kecil belacan (optional)
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
1 mangkuk ikan bilis goreng
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan belacan. Masak sambal hingga pecah minyak. Jika kering, tambahkan sedikit air.
- Masukkan terung dan kacau seketika sehingga masak, kemudian masukkan ikan bilis.
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kacau sebati, angkat dan hidang. Hiaskan bersama daun bawang.
Tips
Hati-hati menambah garam kerana ikan bilis sudah mempunyai rasa masin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan