Selasa, 6 Jun 2017

RESEPI AIR KATIRA YANG PALING NYAMAN BILA DI MINUM





Bahan-Bahannya .... Perlu disediakan lebih awal
  • Penyediaan Sirap - Permulaannya anda perlu didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air. Kemudian anda masukkan 1 helai daun pandan dan masak sehingga larut gulanya....
  • 2-3 ketul biji katira – anda perlu merendam biji kathira semalaman, dan perlu buangkan kekotoran serta ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.
  • 10 butir kembang semangkuk – Perlu direndam semalaman dan buangkan biji serta kulitnya. Kemudian anda perlu menapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.
  • 1 sudu besar biji selasih – Perlu direndam dengan air masak sehingga ianya mengembang, kemudian ditapis lagi.

Cincau
Kismis
1 cawan sirap (air gula)
6 cawan air
1 sudu teh air mawar
1 tin susu sejat @ susu cair
Cara-Cara Membuatnya:
  1. Sediakan sebuah bekas yang besar atau mangkuk. Masukkan bahan-bahan seperti kembang semangkuk, katira,cincau, kismis dan biji selasih.
  2. Seterusnya anda tuangkan sirap (air gula), air susu cair dan juga air mawar.campuran bahan-bahan tadi dikacau rata.
  3. Akhir sekali boleh masukkan ketulan air batu dan bolehlah dihidangkan didalam gelas.. Semestinya ada akan teruja akan kesedapan air katira ini.

Sumber
Catat Ulasan