Selasa, 6 Jun 2017

Tart Kerang JJ





1 ketul pure butter
50 gram gula icing
1 sudu teh essen vanilla
350 - 370 gram tepung gandum
Atau 3 1/2 cawan
70 gram tepung jagung @ 1/2 cawan
10 gram @ 1 sudu besar tepung sagu
10 gram @ 1 sudu besar tepung beras
Pewarna kuning dan merah ..
Manik hiasan.

Untuk sapuan

  • 2 biji kuning telur.
  • Pewarna kuning lemon
  • sebatikan.

Doh bunga hiasan

  • Ambil doh sedikit dan warnakn merah
  • Klu adunan lembik tambah tepung hingga adunan senang untuk diterap.

Cara penyediaan
  1. Satukan butter , gula icing pukul sebati dan masukan essen vanilla kacau sebati
  2. Masukan semua tepung uli hingga jadi doh dan dan ambil sedikit doh timbang dalam 250g dan warnakn hijau dan selebihnya warnakan kuning lemon....asingkan 30 gram untuk buat bunga dan warnakan 
  3. Ambil sedikit adunan hijau 3 gram dan kuning 7 gram dan bulatkan kemudian leperkan bahagian tengah dan masukan inti berat 3 gram dan pastikan kedudukan hijau sebelah tepi dan masukkan dalam acuan kerang dan tekan ikut laras yg anda suka ...keluarkan dari acuan .
  4. ...sapu kuning telur dan hiaskan dgn bunga dan dot ditgh dgn adunan warna kuning atau manik hiasan.
  5. Bakar pada suhu 160 selama 30 minit ..

Tips 
  • Bila doh yg di campur warna akan jadi lembik ...blh tambah tepung gandum sedikit lagi ...pstikan doh xterlalu keras okey..
  • Klu doh keras tmbh butter bgi lembut bila terap xpecah atau retak atau patah ..bila di gulung.


Catat Ulasan