Sabtu, 2 September 2017

Ayam Percik Putih Kelantan





Bahan bahan

  • 1 ekor ayam - potong 4, buang kulit & dikelar
  • 1/2 keping asam keping
  • Garam 
  • Gula
  • 1 batang serai - ketuk

Bahan kisar:
  • 6 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 cawan santan pekat 

Bahan perap:
  • Bawang merah
  • Halia
  • Garam

Cara cara:
  1. Kisar beberapa biji bawang merah dan beberapa hiris halia dan lumur pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika. 
  2. Susun ayam dalam pemanggang dan bakar atas dapur arang. Nota: Ayam boleh juga dikukus sehingga sehingga masak. Atau boleh juga dicelur seketika.
  3. Kisar pula bahan kisar iaitu bawang merah dan halia bersama santan. Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan bersama serai yang diketuk sehingga pekat. Nota: Ada juga orang yang meletakkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan kuah. Ini adalah opsyenal. Kalau santan telah pekat, tak perlulah masukkan tepung.
  4. Masukkan garam, gula dan asam keping. Sesuaikan rasa.
  5. Kuah percik dilumur rata rata pada ayam yang sedang dibakar. Terbalikkan ayam dan bakar lagi dan lumur lagi berulang ulang sehingga kuah percik melekat di ayam.

Tiada ulasan: