Jumaat, 8 September 2017

Ayam Percik Versi Utara




Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz sederhana - Dibelah dua atau 4.

Bahan dikisar :

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu makan biji ketumbar
  • 2 batang serai
  • 3 -4 biji buah keras
  • 10 -15 tangkai cili kering rebus
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Cara :

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan sedikit air. Masak dan kacau hingga kuah mendidih.
  2. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  3. Masukkan ayam tadi kedalam kuah dan masaklah hingga ayam 1/2 masak.
  4. Setelah ayam 1/2 masak keluarkan ayam tadi dan ketepikan.
  5. Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat. Selalunya biar pecah minyak sikit baru sedap. Ini dinamakan kuah percik untuk dipercik keatas ayam yang sedang dipanggang. Simpan sedikit untuk buat sos cicah.
  6. Lumurkan ayam dengan kuah dan panggang atas api arang atau didalam oven.
  7. Balik-balikkan ayam tadi dan percik-percik kan kuah percik tadi keatas ayam mengunakan daun kunyit
  8. Panggang sehingga masak.

Tiada ulasan: