Sabtu, 9 September 2017

Udang Percik



Bahan-bahan

  • 4 ekor udang besar
  • *1/2 biji bawang besar@ 4 biji bwg merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 batang serai - hiris
  • *1 inci halia
  • *3cm kunyit hidop
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sk halba
  • sehelai daun kunyit - hiris halus
  • santan kelapa
  • gula melaka
  • garam

Cara-cara

  1. Blend bahan yg bertanda *.
  2. Tumis bahan blend dan juga cili kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan, garam, gula melaka dan juga halba.
  4. Masukkan udang. Masak setengah masak sahaja. Angkat. Lebihan kuah tadi masak hingga kuah pekat. Taburkan daun kunyit dan matikan api.
  5. Bakar udang atas bara api dan balik2kan.
  6. Dah masak, tuangkan lebihan kuah percik tadi ke atas udang.Siap utk dihidang.

Tiada ulasan: