Sabtu, 3 Februari 2018

APPLE CINNAMON CUPCAKES








Bahan-bahan:

A)Untuk cupcake:


6 biji buah epal merah
½ cawan apple cider vinegar
¼ sudu kecil serbuk kayu manis
¼ sudu kecil gula perang
2 cawan tepung kek
1 sudu kecil baking soda
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
¼ sudu kecil serbuk allspice
¼ sudu kecil serbuk cengkih
¾ cawan mentega tanpa garam- di potong kiub 1 inci , dibiarkan pada suhu bilik
1 ¼ cawan gula caster
1 biji telur saiz
9 biji gula-gula karamel- dipotong setengah (optional)

B)Untuk sos karamel:

1 ½ cawan gula caster
¼ cawan sirap jagung
½ cawan mentega- dilembutkan, dipotong kepada 1/2 inci kiub
1 ½ cawan heavy cream

C)Untuk karamel buttercream:

1 ½ cawan mentega tanpa garam- bersuhu bilik
1 ½ pound gula icing
½ sudu kecil garam
¼ cawan sos karamel

Cara membuatnya:

  • Panaskan ketuhar pada suhu 170 Celsius. Aturkan kertas acuan cupcake di atas dulang pembakar.
  • Untuk membuat sos epal, kupas dan potong 5 biji buah epal. Masukkan apple cider vinegar, serbuk kayu manis dan gula perang di dalam periuk dan masak selama 30 minit. Selepas itu, lenyekkan buah epal dan ketepikan. ( anggaran kuantiti= 1 1/2 cawan)
  • Kupas dan potong dadu satu biji epal yang masih belum di gunakan. Ketepikan.
  • Ayak tepung, baking soda, baking powder, garam, serbuk kayu manis, allspice dan serbuk cengkih. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk yang berasingan, pukul mentega selama 4 minit sehingga kembang. Kemudian masukkan gula dan pukul selama 3 minit. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
  • Masukkan tepung dan sos epal berselang-seli secara 3 peringkat. Kacau sebati. Kemudian masukkan buah epal yang dipotong kiub dan gaul sebati.
  • Tuangkan kedalam setiap acuan dan bakar kek sehingga masak.

Untuk sos karamel:

  1. Campurkan gula, sirap jagung dan air dan masak dengan menggunakan api yang tinggi. Kacau perlahan- lahan. Kemudian, turunkan suhu dengan menggunakan api yang sederhana, dan kacau sehingga gula melarut. Selepas itu, kuatkan api semula (jangan kacau), biarkan ianya mendidih dan bertukar warna keperangan. Tutup api, dan masukkan mentega dan krim. Kacau sehingga sebati.

Untuk karamel buttercream:
  1. Pukul mentega sehingga kembang selama 4 minit. Kemudian masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sos karamel dan kacau sebati. - Paipkan di atas cupcake dan tuangkan sos karamel di atasnya. Hiaskan dengan gula-gula karamel.


Sumber

Tiada ulasan: