Sabtu, 3 Februari 2018

CARROT CUPCAKES




Bahan-bahan:
A) Kek

  • 1 cawan gula caster 
  • 1/3 cawan minyak jagung 
  • 2 sudu besar jus oren 
  • 1/2 sudu kecil esen vanila 
  • 2 biji telur saiz L 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1/2 sudu kecil baking soda 
  • 1/2 sudu kecil serbuk allspice/kayu manis 
  • 1/2 sudu kecil garam 
  • 3/4 cawan + 2 sudu besar tepung serbaguna
  • 1 1/2 cawan carrot yang telah diparut 
  • 1/2 cawan walnuts- dicincang cup 
  • 1/4 cawan kelapa yang diparut

B)Frosting:

  • 8 ounces cream cheese- suhu bilik 
  • 3/4 cawan gula icing cup 
  • 1/2 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 Celsius. Aturkan kertas acuan cupcake di atas dulang pembakar.
  2. Satukan gula, minyak jagung, jus oren, esen vanila dan telur. Kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan baking powder, baking soda, serbuk allspice/kayumanis dan garam; kacau sebati. Selepas itu, masukkan tepung;kacau. Kemudian masukkan carrot, walnut dan kelapa. Kacau sehingga sebati.
  4. Tuangkan kedalam setiap acuan dan masukkan kedalam ketuhar. Bakar selama 25 minit atau sehingga kek masak.

Untuk frosting:
  1. Satukan kesemua bahan dan pukul sehingga sebati.



Tiada ulasan: