Rabu, 14 Februari 2018

Cheesecake japanese cotton




Bahan-Bahan

  • 4 biji telur Gred A or 5 biji Gred B.Asingkan putih/kuning
  • 1 sdt esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram buttercup
  • 70 gram self raising flour
  • 70 gram gula halus 
  • 5 keping cheese

  1. Panas oven dengan letak air mendidih 180'C 10-15 minit
  2. Double boil - susu/butter/cheese .Ketepikan bila dah mendidih
  3. Whisk kuning telur sampai berbuih + esen vanilla.Ketepikan
  4. Untuk buat meringue, tips dia jangan terus speed laju. Tapi perlahan hingga berbuih kecik penuh, baru masukkan gula halus sikit-sikit. Lepas tu naikkan speed sekitar 1 minit n check dh sampai soft peak tak mcm dlm pic bawah. Jangan over nanti kek mendap tengah or tepi. 
  5. Masukkan bahan double boil tadi ke dalam adunan kuning telur. Kacau n ayak tepung . Lepas tu whisk sampai jangan berketul tepung.
  6. Baru masukkan meringue putih telur .Masukkan 1/3 setiap kali masuk, n kaup balik manja. Jangan kacau nnt ruang udara dia hilang.Keka tak gebu.
  7. Guna loyang saiz 8. Bahagian tepi balut dengan aluminium . bahagian bawah alas dengan parchment paper or baking paper.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang , hentak sekali ja. Lepas tu bakar pada suhu 165'C- 170'C guna teknik waterbath. Ini cara CA 
  9. 20 minit pertama api atas bawah kipas on ( jika ada kipas )
  10. 40 minit buka oven n tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil tuk elakkan hangit x cantik.api atas bawah kipas on ( jika ada kipas )
  11. Bila dh masak, keluarkan terus dari oven n terbalikkan.Sejukkan 15-20 minit. Lepas tu baru keluarkan dari loyang n terbalikkan ke atas. Bila dah sejuk baru potong.Baru cantik kejadiannya


Catat Ulasan