Bahan-bahan:
A)Untuk cupcakes:125 gram gula caster
125 gram mentega tanpa garam - dilembutkan dan dipotong
125 gram tepung naik sendiri - diayak
2 biji telur saiz L
2 sudu besar serbuk kopi
chocolate covered coffee beans- untuk hiasan (jika perlu)
B)Untuk buttercream:60 gram coklat putih - dipotong kiub
80 gram mentega - dilembutkan dan dipotong kiub butter
140 gram gula icing
1/2 sudu besar serbuk kopi
Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar pada suhu 190 Celsius. Atur kertas acuan cupcake di atas dulang pembakar.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.
- Dalam bekas yang berasingan, pukul telur dengan serbuk kopi dahulu. Kemudian, tuangkan ke dalam bancuhan mentega tadi. Masukkan setengah dahulu dan pukul sebati, dan kemudian setengah (lebihan) di masuk dan dikacau sehingga sebati.
- Tuang adunan kedalam setiap bekas cupcake. Kemudian masuk bakar di dalam ketuhar selama 18-20 minit atau sehingga kek masak.
Untuk frosting:
- Cairkan coklat putih menggunakan kaedah double-boiling atau anda boleh menggunakan microwave sahaja. Ketepikan dan sejukkan dahulu.
- Pukul mentega dan gila sehingga kembang. Kemudian masukkan serbuk kopi dan coklat yang telah dicairkan tadi. Pukul sehingga sebati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan