Ahad, 4 Februari 2018

MARBLE CUPCAKES




Bahan-bahan:
A) Kek1 2/3 cawan (210g) tepung serbaguna
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
1/2 sudukecil garam
1/2 cawan cawan (115g) mentega tanpa garam- dicairkan
1 cawan (200g) gula caster
1 biji telur saiz L- suhu bilik
1/4 cawan cawan (60g) yogurt
3/4 cawan + 1 sudu besar (195ml) susu - diasing-asingkan
2 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan (32g) serbuk koko

B) Milk Chocolate Frosting1 3/4 cawan (210g) gula icing
1/4 cawan (32g) serbuk koko
1/2 cawan (115g) mentega tanpa garam - dilembutkan, suhu bilik
2 sudu besar (30ml) heavy cream
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit garam

C) Vanilla Frosting1/2 cawan (115g) mentega tanpa garam - dilembutkan, suhu bilik
1 3/4 cawan (210g) gula icing
2 sudu besar (30ml) heavy cream
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit garam

Cara membuatnya:

  1. Panaskan ketuhar pada 170 Celsius. Aturkan kertas acuan cupcake di atas dulang pembakar.
  2. Campurkan tepung, garam, baking soda dan baking powder di dalam satu mangkuk dan ketepikan dahulu. Di dalam mangkuk yang besar, campurkan mentega cair dan gula, kacau sedikit dan simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 minit.
  3. Kemudian, masukkan telur, yogurt, 3/4 cawan susu dan esen vanila,kacau sehingga sebati. Selepas itu, masukkan campuran tepung tadi dan kacau sehingga sebati. Adunan akan menjadi sedikit pekat. Cedokkan adunan ini 3/4 cawan dan asingkan kedalam bekas lain. Kemudian campurkan adunan yang diasingkan ini dengan serbuk koko dan 1 sudu besar susu. Adunan coklat ini akan menjadi begitu pekat.
  4. Ambil 1 sudu besar adunan vanila dan isikan kedalam setiap acuan. Kemudian isikan pula satu susu besar adunan coklat diatasnya, diikuti adunan vanila diatasnya. Anda boleh membuat sedikit corak 'swirl' jika mahu dengan menggunakan lidi.
  5. Bakar cupcake selama 20-24 minit atau sehingga kek masak. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di 'frosting'

Untuk frosting coklat:

  • Ayak gula icing dan serbuk koko dan ketepikan.
  • Pukul mentega sehingga kembang. Masukkan campuran gula icing sedikit demi sedikit diselang selikan dengan heavy cream dan esen vanila dan pukul dengan kelajuan yang perlahan. Setelah habis dimasukkan kesemua bahan, pukul dengan kelajuan yang tinggi lebih kurang 2 minit.
  • Masukkan sedikit garam untuk mengurangkan rasa manis.

Untuk frosting vanila:
  • Pukul mentega sehingga kembang. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit diselang selikan dengan heavy cream dan esen vanila dan pukul dengan kelajuan yang perlahan. Setelah habis dimasukkan kesemua bahan, pukul dengan kelajuan yang tinggi lebih kurang 3 minit. Tambah gula icing jika frosting tidak begitu keras.
  • Masukkan sedikit garam untuk mengurangkan rasa manis.





Tiada ulasan: