Jumaat, 2 Februari 2018

HOKKAIDO CUPCAKE


Hokkaido cup cake adalah kek chiffion kecil. Kek yang lembut gebu. Kanak kanak sangat menggemari kek ni.


Diatas kek ni di paip dengan krim kastad dan boleh dihias cantik untuk jualan. Meh kita buat


Bahan A 

  • 4 biji telur kuning (saiz A)
  • 10 gram gula kastor
  • 1/8 sudu teh garam
  • 50 gram minyak jagung
  • 65 gram susu segar/susu cair
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • 80 gram tepung kek
BAHAN B
  • 4 biji telur putih
  • 75 gram gula
  • 1/4 sudu teh cream of tartar

Cara-cara

  1. Campurkan bahan A dan pukul sehingga sebati berkrim. 
  2. Ketepikan Bahan B. Pukul telur putih dan cream of tartar sehingga berbuih kemudian masukkan gula dan pukul sehingga jadi 'soft peak' 
  3. Campurkan bahan telur putih (Bahan B) kedalam bahan A. Gaul sebati.
  4. Tuangkan kedalam kertas cup cake 3/4 penuh.
  5. Bakar dengan suhu oven 160 degree selama 20 minit kemudian turunkan suhu oven 140 degree dan bakar 20 minit lagi sehingga masak. Sejukkan kek
  6. Ayakkan snow powder keatas hokkaido cup cake dan paipkan krim kastad diatas nye.

Bahan Cream30 gram instant custard powder

  • 90 grm air
  • 150 gram non diary whipp cream (dipukul)

Cara-cara

  1. Campurkan instant custard powder dengan air sehingga sebati
  2. Campurkan dengan non diary whipped cream yang telah dipukul tadi. Paipkan ketas hokkaido cup cake


SELAMAT MENCUBA DAN MAJU JAYA DALAM PERNIAGAAN



Sumber

Tiada ulasan: