Isnin, 30 April 2018

Murtabak Daging (Guna Roti Prata Je)







Bahan - Bahan :

500g Daging Kisar
3sb Rempah Kerutuk
1 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Telur secukupnya

Cara - Cara :
  1. Mula² kita buat inti murtabak dulu, hiris nipis bawang putih,bawang besar & halia. Tumiskan semua bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan goreng sekejap, masukkan plak rempah kerutuk. Kacau sehingga daging masak dan inti menjadi kering sedikit. Perasakan dengan sedikit garam kemudian siap. ketepikan dulu inti murtabak ni.
  3. Untuk kulit murtabak plak keluarkan roti prata dari freezer sekejap, agak² lembut sikit da boleh dicanai dengan roll kayu. Tabur tepung kat board supaya tak melekat roti prata kita tu. Canai macam nak buat kulit karipap. Canai nipis agak² boleh letak inti kat dalam dan lipat petak. Jangan nipis sangat takot koyak plak nanti letak inti.
  4. Pecahkan 1 telur dalam bowl then kacau, masukkan plak beberapa sudu inti kedalam telur tadi kemudian kacau lagi. Kalau suka bleh tambah hirisan bawang besar, aku tak letak sebab x suka bawang banyak²
  5. Letakkan inti yang telah bercampur dengan telur tadi kat tengah² roti prata yang telah dicanai then lipat macam kat kedai jual murtabak tu.
  6. Amik pan then masukkan sedikit minyak kemudian goreng murtabak kita tu tadi. Masa nak masukkan murtabak ke dalam pan aku guna sudip lebar tu so kadar murtabak pecah then kuar inti tu agar sedikit..hehehehehehe Goreng sampai garing then bleh la angkat. 
  7. Nak macam Murtabak singapore tu boleh la tabur inti yang kita buat memula tadi kat atas murtabak yang da digoreng tadi. Kemudian ulangla sampai habis inti kita buat tadi, kalau rasa banyak boleh goreng sikit then sejukkan, letak dalam freezer jadi murtabak frozen, nak makan goreng je nanti..senang kan
Boleh makan murtabak ni dengan kari ayam, marbelesss..



Jumaat, 20 April 2018

Murtabak Roti Berkeju






Bahan: (untuk 3-4 orang makan)
12 keping roti Gardenia (jenis Bonanza)
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih potong halus
250g daging hancur 
2 biji ubi kentang dipotong dadu
Segenggam sayur kobis yang diracik halus
Sedikit chili flakes
3 sudu besar rempah kari daging
4 biji telur Gred A
1 cawan susu segar
Cheese yang disagat secukupnya @ saya guna Beca cheese
Sedikit minyak untuk menumis
Serbuk roti secukupnya 
Sedikit olive oil 
3 sudu minyak untuk menumis inti
Serbuk Oregano - optional

Cara masak inti:

  1. Panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga terbit bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh bersama sedikit air. Goreng hingga garing.
  2. Masukkan pula daging hancur dan kacau hingga air agak kering. Masukkan pula bawang besar, chili flakes, kobis dan kentang. Kacau biar sebati.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Terus masak hingga kentang empuk serta kuahnya agak kering. Angkat dan ketepikan.

Cara menyediakan murtabak:

  1. Griskan dengan butter/marjerin loyang empat segi yang bersaiz sesuai.
  2. Dalam mangkuk berasingan, kocokkan susu, telur, sedikit serbuk lada hitam dan satu sudu kecil garam hingga sebati. 
  3. Celupkan empat keping roti ke dalam campuran susu dan atur dalam loyang empat segi yang telah di sapu dengan butter tadi. Sendukkan bahan inti di atas roti dan ratakan. Taburkan sedikit cheese.
  4. Ulang langkah di atas dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur di atas roti. 
  5. Taburkan baki cheese sebanyak yang disukai di atas lapisan roti yang terakhir. Taburkan pula serbuk roti, sedikit serbuk oregano dan tuangkan sedikit olive oil ke serata permukaan roti.
  6. Bakar dengan suhu kepanasan 200 C selama 40 minit atau hingga lapisan atas garing kekuningan. Sedia untuk dimakan bersama salad kegemaran atau di makan begitu saja.

RESEPI ROTI PRATA / ROTI CANAI






Bahan-bahan3 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
secubit baking soda
3/4 cawan olive oil atau minyak sapi bahagikan kepada 1/4 + 1/2

Cara-cara

  1. Satukan tepung, gula garam dan baking soda dalam satu mangkuk yang besar
  2. Dalam mangkuk yang lain pukul telur dan susu segar ~ kocok aje
  3. Buatkan satu lubang di tengah2 tepung
  4. Tuangkan telur dan susu tadi ke dalam lubang
  5. Gaul rata perlahan2 sehingga menjadi doh
  6. Tambahkan 1/4 minyak dan uli rata selama 8 - 10 minit
  7. Salutkan doh dengan 1/4 minyak lagi pada seluruh permukaan doh dan tutup doh dengan tuala yang lembab
  8. Rehatkan doh selama 2 ~ 4 jam
  9. Basahkan tangan dengan baki minyak dan bahagikan doh kepada 12 bahagian yang sama besar berbentuk bebola kecil
  10. Sapukan minyak minyak pada papan canai
  11. Selepas tu bolehlah di goreng atas kuali leper
  12. Renjiksan sedikt aje minyak dan balik2kan roti
  13. Sedia di nikmati bersama kuah kari, dal atau sambal tumis.

kredit: norazlitaaziz