Jumaat, 20 April 2018

Murtabak Roti Berkeju






Bahan: (untuk 3-4 orang makan)
12 keping roti Gardenia (jenis Bonanza)
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih potong halus
250g daging hancur 
2 biji ubi kentang dipotong dadu
Segenggam sayur kobis yang diracik halus
Sedikit chili flakes
3 sudu besar rempah kari daging
4 biji telur Gred A
1 cawan susu segar
Cheese yang disagat secukupnya @ saya guna Beca cheese
Sedikit minyak untuk menumis
Serbuk roti secukupnya 
Sedikit olive oil 
3 sudu minyak untuk menumis inti
Serbuk Oregano - optional

Cara masak inti:

  1. Panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga terbit bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh bersama sedikit air. Goreng hingga garing.
  2. Masukkan pula daging hancur dan kacau hingga air agak kering. Masukkan pula bawang besar, chili flakes, kobis dan kentang. Kacau biar sebati.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Terus masak hingga kentang empuk serta kuahnya agak kering. Angkat dan ketepikan.

Cara menyediakan murtabak:

  1. Griskan dengan butter/marjerin loyang empat segi yang bersaiz sesuai.
  2. Dalam mangkuk berasingan, kocokkan susu, telur, sedikit serbuk lada hitam dan satu sudu kecil garam hingga sebati. 
  3. Celupkan empat keping roti ke dalam campuran susu dan atur dalam loyang empat segi yang telah di sapu dengan butter tadi. Sendukkan bahan inti di atas roti dan ratakan. Taburkan sedikit cheese.
  4. Ulang langkah di atas dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur di atas roti. 
  5. Taburkan baki cheese sebanyak yang disukai di atas lapisan roti yang terakhir. Taburkan pula serbuk roti, sedikit serbuk oregano dan tuangkan sedikit olive oil ke serata permukaan roti.
  6. Bakar dengan suhu kepanasan 200 C selama 40 minit atau hingga lapisan atas garing kekuningan. Sedia untuk dimakan bersama salad kegemaran atau di makan begitu saja.

Tiada ulasan: