Bahan-bahan3 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
secubit baking soda
3/4 cawan olive oil atau minyak sapi bahagikan kepada 1/4 + 1/2
Cara-cara
- Satukan tepung, gula garam dan baking soda dalam satu mangkuk yang besar
- Dalam mangkuk yang lain pukul telur dan susu segar ~ kocok aje
- Buatkan satu lubang di tengah2 tepung
- Tuangkan telur dan susu tadi ke dalam lubang
- Gaul rata perlahan2 sehingga menjadi doh
- Tambahkan 1/4 minyak dan uli rata selama 8 - 10 minit
- Salutkan doh dengan 1/4 minyak lagi pada seluruh permukaan doh dan tutup doh dengan tuala yang lembab
- Rehatkan doh selama 2 ~ 4 jam
- Basahkan tangan dengan baki minyak dan bahagikan doh kepada 12 bahagian yang sama besar berbentuk bebola kecil
- Sapukan minyak minyak pada papan canai
- Selepas tu bolehlah di goreng atas kuali leper
- Renjiksan sedikt aje minyak dan balik2kan roti
- Sedia di nikmati bersama kuah kari, dal atau sambal tumis.
kredit: norazlitaaziz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan