Isnin, 14 Mei 2018

Biskut Suji





Bahan-Bahan :2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus ( gula kastor)
1 cawan minyak sapi
Hirisan buah ceri merah sebagai hiasan

Cara Membuat Biskut Suji Tradisional
  1. Cairkan minyak sapi dalam kuali dan tuang ke dalam bekas menguli.
  2. Campurkan dengan 1 cawan gula halus.
  3. Masukkan pula tepung gandum dan gaul rata sehingga sebati
  4. Ambil tepung yang sudah diuli dengan sudu kecil bentuk bulat supaya saiz biskut sama.
  5. Bentukkan tepung bulat-bulat di atas tapak tangan.
  6. Letakkan hirisan ceri di atas bahagian tengah biskut sebagai hiasan.
  7. Sapu minyak dengan marjerin di atas loyang pembakar sebelum letakkan biskut suji yang sudah dibentuk bulat.
  8. Bakar pada suhu 150 `c dalam masa 15 minit. 

Catat Ulasan